Jumaat, 25 April 2025

GENDANG PERANG DARI NEW DELHI


INI BUNYI 

GENDANG PERANG

DARI NEW DELHI

KHALAS

JANGAN GADAI TANAH MELAYU INI !!!


Kampung Sungai Baru didakwa masih tanah rizab Melayu, pengambilan tak sah

PETALING JAYA – Pengambilan tanah di Kampung Sungai Baru oleh Kerajaan Persekutuan didakwa tidak sah apabila satu dokumen rasmi kerajaan menunjukkan kawasan itu masih berstatus tanah rizab Melayu.

Dakwaan itu dibuat oleh peguam dan aktivis hak asasi, N. Surendran daripada Lawyers for Liberty (LFL).

Menurutnya, siasatan dan semakan yang dibuat oleh Jawatankuasa Penduduk Kampung Sungai Baru mendapati kawasan tersebut tergolong sebagai Malay Agricultural Settlement (MAS) yang diwartakan sebagai rizab Melayu sejak tahun 1932 melalui Warta Kerajaan No 1550.

“Kami memiliki dokumen rasmi dan peta kerajaan yang jelas menyatakan Kampung Sungai Baru terletak dalam kawasan ‘Malay Agricultural Settlement’. 

“Warta ini masih berkuat kuasa dan tidak pernah dibatalkan secara sah oleh mana-mana pihak berkuasa negeri atau Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam sidang media yang turut dihadiri Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Hak Penduduk Kg Sungai Baru di pejabat LFL di sini hari ini.

Dakwa Surendran, jika status rizab itu masih berkuatkuasa maka segala proses pengambilan tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 adalah tidak sah dan perlu dibatalkan serta-merta.

“Kami menyifatkan perkara ini sebagai satu pelanggaran serius terhadap hak pemilik asal tanah. Akta Pengambilan Tanah tidak boleh digunakan sesuka hati ke atas tanah rizab yang tidak pernah dibatalkan statusnya secara rasmi,” tegas beliau.

Surendran turut memetik keputusan Mahkamah Persekutuan pada tahun 2007 yang menyatakan bahawa status rizab Melayu kekal sah walaupun tanah tersebut telah diambil untuk pembangunan melainkan jika dibatalkan melalui proses yang sah di sisi undang-undang.

Beliau mendakwa, Kerajaan Persekutuan telah gagal menjalankan siasatan terperinci berhubung status sebenar tanah sebelum memulakan proses pengambilan, malah sehingga kini tidak memberi sebarang maklum balas terhadap pendedahan awam yang telah dibuat sejak Disember 2024.

“Ini bukan hanya soal pampasan, tetapi soal hak dan kelangsungan warisan tanah orang Melayu di tengah ibu kota.

“Kami mendesak kerajaan menjalankan siasatan rasmi di bawah peruntukan Kanun Tanah Negara dan mengambil tindakan segera untuk membetulkan ketidakadilan ini,” katanya lagi.

Kampung Sungai Baru yang terletak berhampiran Jambatan Saloma dan KLCC kini sedang melalui proses pembangunan semula. Namun, sebahagian besar penduduk mendakwa mereka diusir tanpa rundingan adil, manakala pampasan yang ditawarkan tidak setimpal dengan nilai pasaran sebenar kawasan tersebut.

Projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru melibatkan rumah flat dan teres menimbulkan polemik susulan tuntutan kumpulan penduduk asal terdiri daripada golongan minoriti yang tidak berpuas hati dengan pampasan yang diperoleh.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa memberitahu Parlimen, usaha sama di antara pemilik dan pemaju di Kampung Sungai Baru, Kampung Baru di sini adalah berdasarkan rundingan yang dipersetujui bersama tanpa paksaan, tekanan atau desakan. -

WOIT

 MELAYU !!!

LU SEDARLAH

TANAH MELAYU

NAK KENA GADAI

AMIN

KHALAS

SERANGAN BESAR DARI RUSIA



Trump gesa Putin hentikan serangan ke atas Ukraine

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump semalam menggesa rakan sejawatnya dari Russia, Vladimir Putin supaya menghentikan serangan ke atas Ukraine, selepas Moscow melancarkan serangan peluru berpandu dan dron di Kyiv semalam sekali gus menjadi serangan paling dahsyat di dalam beberapa bulan ini.

Gesaan langsung Trump kepada Putin itu dibuat selepas Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky mendesak sekutunya supaya mengenakan lebih tekanan terhadap Russia untuk menghentikan pencerobohan.

Zelensky memendekkan lawatannya ke Afrika Selatan bagi menangani kesan serangan terbaru berkenaan iaitu sebahagian daripada siri serangan udara Russia yang mengorbankan puluhan orang awam.

"Saya tidak gembira dengan serangan Russia itu. Ia tidak perlu dan sangat tidak kena pada waktunya. Vladimir, BERHENTI!," kata Trump menerusi hantaran di media sosial.

Trump yang sebelum ini sering dikritik kerana dilihat pro-Russia dan memusuhi Zelensky, ditanya oleh wartawan mengenai sebarang tawaran yang dikemukakan Moscow dalam rundingan.

"Mereka bersedia menghentikan perang dan tidak ambil alih seluruh negara - itu satu konsesi besar," jawabnya.

Russia menceroboh Ukraine pada tahun 2022 dengan harapan untuk menakluk negara itu dalam beberapa hari, namun terperangkap dalam peperangan berdarah yang mengorbankan ramai orang di kedua-dua belah pihak.

Utusan khas Trump, Steve Witkoff dijangka berada di Russia minggu ini bagi mengadakan satu lagi pusingan rundingan dengan Putin mengenai kemungkinan perjanjian gencatan senjata.

Ukraine menjadi sasaran serangan udara sepanjang tiga tahun pencerobohan Russia, namun serangan ke atas Kyiv – yang lebih dilindungi sistem pertahanan udara – jarang berlaku.

Zelensky berkata Russia menggunakan peluru berpandu balistik buatan Korea Utara dalam serangan terbabit, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 12 orang.

Serangan itu sekali lagi mencetuskan keraguan terhadap usaha AS untuk memujuk Russia dan Ukraine mencapai perjanjian gencatan senjata.

Trump sebelum ini turut mengkritik Zelensky kerana enggan menerima pendudukan Russia di Crimea, yang dirampas Moscow pada tahun 2014.

"Kami hanya lakukan apa yang dicadangkan oleh rakan-rakan kami, kecuali perkara yang bertentangan dengan perlembagaan dan undang-undang negara kami," kata Zelensky kepada wartawan di Afrika Selatan ketika ditanya mengenai isu Crimea.

Beliau turut mempersoalkan sama ada negara-negara sekutu benar-benar mengambil tindakan mencukupi untuk memaksa Putin menghentikan serangan.

"Saya tidak nampak sebarang tekanan kuat terhadap Russia atau pakej sekatan baharu bagi mengekang pencerobohan ini," kata Zelensky, sambil mengingatkan bahawa Trump sendiri pernah memberi amaran kepada Moscow akan ada akibat jika tidak bersetuju menghentikan peperangan.- AFP



WOIT 

SEBELUM ADA

GENCATAN SENJATA

RUSIA AKAN

BUAT SERANGAN

BESAR

AMIN

INI TAKTIK BIASA

DALAM SEMUA

PERANG

AMIN

BUKAN MAK JANDA TIGA KALI NIKAH


SKMM dibidas selepas tindakan ke atas pengkritik mahu bongkar anak Anwar


Seorang pengkritik yang kerap membongkar butiran berkenaan salah urus kerajaan dan korporat membidas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) selepas dipanggil untuk disoal siasat berkenaan tawarannya mahu menyiasat anak sulung Perdana Menteri Anwar Ibrahim, seperti mana beberapa ahli politik lain disiasat atas dakwaan salah guna kuasa dan rasuah.

Aliff Ahmad, pengasas bersama SCRUT, platform yang membantu orang ramai daripada menjadi mangsa penipuan syarikat kereta terpakai, dipanggil SKMM selepas hantarannya mahu "scrut" Nurul Izzah, iaitu istilah yang membawa maksud membongkar pelbagai butiran dan tindakan seseorang sekiranya terdapat salah laku.

Dalam hantarannya semalam, Aliff berkata akan menyiasat Nurul Izzah sekiranya hantaran itu mencapai 20,000 perkongsian.

"Ramai pula minta SCRUT Nurul Izzah. Dia kerja apa? Mana dia dapat duit untuk hidup dan berpolitik? Ada berniaga apa? 20,000 perkongsian (shares) hantaran ini. Aku buatkan. Itu harganya. Korang buat keputusan," tulisnya.

Beberapa jam kemudian, beliau menerima notis mengarahkannya hadir ke pejabat SKMM di Cyberjaya itu pada jam 8 malam tadi untuk disoal siasat di bawah Seksyen 255 Akta Komunikasi dan Multimedia, yang memberi kuasa kepada pegawai SKMM untuk memanggil mana-mana individu bagi tujuan soal siasat, di mana waran mahkamah boleh dikeluarkan sekiranya gagal hadir.

Bagaimanapun, Aliff berkata beliau tidak dapat hadir semalam kerana "ada hal".

"Aku tak boleh datang. Aku suruh pagi esok diorang pergi jumpa majistret tunjuk hantaran aku, minta waran tangkap. Buatlah dokumen sikit malam ini. Esok ngadaplah majistret," tulisnya malam tadi.

Difahamkan Aliff hadir di SKMM pagi tadi.

Beliau mempersoalkan SKMM yang menurutnya "beriya nak siasat".

"Walhal di luar sana berapa banyak hantaran, video atau gambar yang jelek, jijik, lucah, lucah dan dahsyat yang terang-terangan melanggar undang-undang dan akta komunikasi dan multimedia yang patut disiasat," katanya.

Aliff berharap beliau akan didakwa di mahkamah supaya dapat mendengar hujah terhadapnya.

"Kalau tak dakwa, maksudnya apa?"

Aliff sebelum ini membuat beberapa pendedahan membabitkan pemimpin PKR, termasuk siasatan terperinci terhadap Invoke, syarikat yang ditubuhkan Rafizi Ramli untuk membantu kempen pilihan raya PKR. 

Beliau turut pernah menyasarkan Anwar, timbalannya Ahmad Zahid Hamidi, bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin, presiden PAS Abdul Hadi Awang dan pemimpin DAP Lim Guan Eng.

Pada Februari, Aliff melakukan siasatan terhadap beberapa syarikat yang dinamakan oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke untuk memecahkan monopoli Puspakom, syarikat yang menjalankan pemeriksaan kenderaan bagi pihak Jabatan Pengangkutan Jalan, di mana beliau memberi amaran monopoli Puspakom akan digantikan oleh oligopoli yang diwarnai kronisme dan syarikat ala "Alibaba".

Awal bulan ini, beliau mendedahkan butiran membabitkan Pengerusi PKR Perlis Amin Ahmad yang juga pengerusi Institut Terjemahan & Buku Malaysia, sebuah syarikat di bawah Kementerian Pendidikan.

Dihubungi MalaysiaNow, Amin, yang isterinya merupakan pengarah urusan sebuah yayasan di bawah Khazanah Nasional, menafikan tuduhan kronisme terhadapnya sambil mengancam tindakan undang-undang terhadap Aliff.

Tindakan terbaru SKMM terhadap Aliff mencerminkan pelbagai sekatan suruhanjaya itu terhadap hantaran media sosial yang mengkritik pentadbiran Anwar, di mana  platform seperti X, YouTube dan Facebook diminta menurunkan kandungan.

Statistik oleh TikTok untuk tahun 2023 menunjukkan kerajaan Malaysia paling banyak membuat permintaan menurunkan kandungan.

Kerajaan juga telah menyekat blog dan laman berita yang menyiarkan laporan yang tidak disenangi pemimpin kerajaan, termasuk MalaysiaNow, yang pernah disekat selama 48 jam pada Jun 2023.

Sekatan ke atas laman media yang mengkritik kerajaan menyaksikan Malaysia jatuh daripada tempat ke-73 kepada 107 dalam Indeks Kebebasan Media 2024.


WOIT

LU JANGAN

GANGGU LAGI

KAH KAH KAH

DIA BUKAN

MAK JANDA

TIGA KALI

NIKAH

KAH KAH KAH

NANTI KENA CAKAR

TAK SEMPAT

PANCUT

KAH KAH KAH

KHALAS

JANGAN MEMBABI TULI


JANGAN MEMBABI

TULIS

KAH KAH KAH

KHALAS

PERANG UKRAINE TERUS MEMBARA


APAKAH GENCATAN

SENJATA AKAN

BERALAKU?

AMIN

TANGKAP JANGAN TAK TANGKAP

 

KETIMBANG

Bila pula perkataan "Bang Non", menjadi najis untuk digunakan?


Seseorang merasa marah bila namanya dikaitkan dgn perkataan keji atau najis.

Misalnya, Mat Tahi  Tapi boleh dikaitkan dgn GANJA. Biarpun ganja dimasukkan ke dlm katogeri najis. Ada Mat Ganja. Nasi ganja, Durian Ganja 

2.Ganja najis. Babi atau Khinzir najis 

Dikaitkan dengan babi, boleh bergaduh.

Maknanya ada 2 katogeri najis.

Najis ganja, enak. 

Nasi dan durian.

3.Perkataan ABANG NON, sudah najiskah?

Sekarang DS Anwar, tak boleh dikaitkan dgn ABANG NON.

Siapa yg mengaitkannya AKAN DITANGKAP.

ADUH, DI BAWAH AKTA APA PULA?

4.Nampaknya, Kerajaan Reformasi Madani, banyak sungguh benda pelik yg berlaku.

Banyak tangkapan sebelum ini terpilih di bawah 3R.

Mana ada AKTA 3R?

Tapi rakyat ditakutkan dgn 3R.

Kini rakyat ditakutkan dgn Perkataan KETIMBANG, ABANG NON.

Apa sudah jadi?

5.Siapa yg popularkan KETIMBANG?

Bukankah Abang NON, yg memperkenalkan perkataan itu semasa ucapan Belanjawan Negara?

Adakah, perkataan KETIMBANG itu sudah popular dengan makna baru, dari makna asal 

YB Wahid Rosol mengertikan- KELENTONG TIPU SEMBANG?

6.Seingat saya, Anwar Ibrahim telah lama sebelum ini, dirinya dikaitkan dgn perkataan ABANG NON. 

Dulunya, membawa konotasi yg baik lagi mulia 

ABANG NON membawa lambang KEMESRAAN.

Tetiba perkataan MESRA itu bertukar menjadi Perkataan Najis.

Ini suatu revolusi atau reformasi terpancut dari lubang najis mana?

7.Adakah ianya, suatu kebebalan yg disengajakan. 

Iya, macam 2 akhbar Cina membuang Bulan Bintang pd Jalur Gemilang.

Membuang lam bang Islam.

Katanya terlepas pandang.

PELIKNYA BENDERA CHINA TIDAK TERLEPAS PANDANG 

PAK POLISI NGAK  TANGKAP MEREKA?.

Jadi, adakah perkataan ABANG NON yg telah puluhan tahun digunakan itu TERLEPAS PANDANG JUGA.

8.Hati2 warga BMN dan warga seluruhnys.

Akta baru telah berkuatkuasa terhadap perkataan- KETIMBANG, ABANG NON.

Syabas Kerajaan Reformasi Madani 

Ketimbang, jangan Tak Ketimbang.


BANG NON

MAKIN MENTAL

KAH KAH KAH

AMIN

BABI JANGAN TAK BABI


BABI

JANGAN

TAK BABI

KAH KAH KAH

AMIN



PERANG DAN MULA


Pakistan and India exchange fire as UN calls for ‘maximum restraint’

Countries trade blows across line of control in disputed Kashmir as tensions rise after deadly shooting


Tentera dari Pakistan dan India berbalas tembakan semalaman merentasi garisan kawalan di Kashmir yang dipertikaikan, kata pegawai, selepas PBB menggesa pesaing bersenjata nuklear itu untuk menunjukkan "bertahan maksimum" selepas tembakan maut di rantau itu.


Hubungan telah menjunam ke tahap paling rendah dalam beberapa tahun, dengan India menuduh Pakistan menyokong “keganasan rentas sempadan” selepas lelaki bersenjata melakukan serangan terburuk ke atas orang awam di Kashmir yang majoriti Muslim dipertandingkan selama suku abad.


Syed Ashfaq Gilani, seorang pegawai kerajaan di Kashmir yang ditadbir Pakistan, memberitahu Agence France-Presse pada hari Jumaat bahawa tentera berbalas tembakan di sepanjang garis kawalan yang memisahkan kedua-dua negara. "Tiada tembakan terhadap penduduk awam," tambahnya.


Tentera India mengesahkan terdapat tembakan terhad senjata kecil yang dikatakan telah dimulakan oleh Pakistan, sambil menambah ia telah "bertindak balas dengan berkesan".


Tiga pegawai tentera India memberitahu Reuters bahawa askar Pakistan menggunakan senjata kecil untuk menembak ke arah kedudukan India. Para pegawai, yang tidak mahu namanya disiarkan selaras dengan dasar jabatan, berkata tentera India bertindak balas dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.


DUNIA

MAKIN 

HURU HARA

AMIN

PERANG UKRAINE

PERANG GAZA

PERANG SUDAN

SEKARANG PERANG

INDIA-PAKISTAN

AMIN

KITA WAJIB 

BERSEDIA 

AMIN

INI TANDA AWAL

PERANG DUNIA

AKAN PECAH

AMIN

DI WILAYAH

NUSANTARA

BERAWAS DENGAN

CHINA MERAH !!!

KHALAS

RASUAH - MENJADI JADI


SPRM tahan 6 suspek tuntutan palsu RM15 juta kepada KDN

PUTRAJAYA: Enam individu termasuk dua pegawai polis, seorang pengarah syarikat dan ketua pegawai kewangan (CFO) direman kerana disyaki terlibat tuntutan palsu bernilai kira-kira RM15 juta.

Tuntutan itu berkaitan perolehan kontrak perkhidmatan penyelenggaraan sistem command & control, communication & computer integration (C4i).

Perintah reman tujuh hari hingga 30 April dikeluarkan Majistret Muhammad Fadzlan Mohd Noor selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.

Sumber berkata, suspek terdiri lima lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 30 dan 50-an ditahan sekitar 8 malam tadi, ketika hadir selepas dipanggil memberi keterangan di ibu pejabat SPRM Putrajaya.

Katanya, siasatan awal mendapati semua suspek dipercayai melakukan perbuatan itu antara 2022 hingga 2025 dengan bersubahat mengemukakan tuntutan palsu bernilai kira-kira RM15 juta.

Walaupun tuntutan dibuat, namun sebahagian kerja komponen di khidmat sokongan tidak dilaksanakan seperti ditetapkan dalam kontrak.

"Projek C4i keseluruhannya dianggarkan bernilai kira-kira RM70 juta diberikan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan diuruskan Kementerian Dalam Negeri (KDN)," katanya.

Sumber SPRM berkata, penggeledahan dilakukan oleh SPRM terhadap 15 lokasi termasuk KDN dan beberapa syarikat sekitar Johor, Selangor, Putrajaya serta Kuala Lumpur.

"Susulan itu, SPRM menyita empat kenderaan mewah bernilai kira-kira RM1.3 juta selain membekukan 51 akaun bank melibatkan 30 akaun individu dan 21 akaun perniagaan milik 10 syarikat keseluruhannya bernilai kira-kira RM3.5 juta.

"Menerusi operasi dijalankan dengan kerjasama PDRM, SPRM turut merampas pelbagai jenis mata wang asing terdiri daripada RM9,000; USD$388; Riyal 2,340; QAR 1,789; Dirham 15,055 dan KZT 21,219, dan sembilan telefon bimbit," katanya.

Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin, ketika dihubungi media mengesahkan penahanan dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, kes terbabit juga disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil dari Aktiviti Haram 2001 (AMLA)

WOIT

15 JUTA BAGI 6

SORANG DAPAT

BERAPA?

AMIN

JELAS KAKITANGAN

KERAJAAN ADALAH

KAKI RASUAH

TERBESAR DALAM

NEGARA

AMIN

HARI HARI 

KENA TANGKAP

KHALAS

ABANG BELON - PAKCIK PETAI - ZIONIS TEMPATAN


Kakak Gigit; 

Pak Cik Petai;

 Abang Belon 

dan Zionis Tempatan


Saya  pernah membaca berita pada 17 Disember 2017  tentang seorang anak muda bernama Mohamed Bauzzizi dari Tunisia.  Anak muda ini sedang  menjual  sayur dan buah-buah dalam kereta sorongnya. Tertiba Bauzzizi telah diserang dan di pukul oleh pekerja Dewan Bandaraya Tunis.

Barang jualan telah di rampas. Anak muda ini membantah dan membakar  dirinya. Rakyat Tunisia keluar berdemo. Lalu meledak  Arab Spring - Musim Bunga Negara Arab yang menjatuhkan kerajaan Mesir dan Tunisia.

Saya juga ada  membaca berita ini pada 7 Februari 2025  dari The Guardian London : Seorang askar Israel bernama Hajabi, 25, berulang kali menyerang tahanan  Palestin yang terikat dan ditutup matanya dengan penumbuk, baton dan buntut senapang ... kerana  Si Palestin mempertahankan haknya..‘’

Saya terlihat klip Pak Cik Petai  dengan marah telah mencampakkan petai-petai jualnya. Wow ! Saya terperanjat hairan  kerana saya peminat petai yang setia. Tetapi petai dah naik harga. Dulu 25  ke 50 sen sepapan sekarang 4 papan 10 ringgit. Zaman saya menyimpan petai dalam minyak Zaiton dah berakhir. Aduh ! Kenapa petai dicampakkan?

Klip Pak Cik Petai ini diambil di Port Dickson. Voila ! Apa dah jadi. Kenapa Pak Cik Petai naik darah.

Pak Cik Petai ini sedang mencari rezeki menjual petai atas motosikal. Pegawai Majlis Bandaran Port Dickson telah datang menghalang  dia dari berjaja. Seperti biasa  Yang Berkuasa menunjukkan taring kuasa dan  mengganggu warga mencari makan.  

Di awal   Ramadan tahun ini saya juga terbaca berita seorang Kakak telah melawan dengan menggigit tangan pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang merampas barang jualannya di  Dataran Merdeka.

Sehari sebelum  Hari Raya tahun 2025 ini saya membaca  pula berita Abang Belon. Abang ini juga telah diserang dan di pukul oleh pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.  Abang ini cedera  parah. Tulang punggung dilapur    retak. Abang ini  memerlukan rawatan hospital dan kini bergerak dengan kerusi roda.

Saya teringat kembali pada malam Rabu 9 Jun 2010 – saya telah di jemput membaca sajak  di Dewan Sivik Petaling Jaya. Saya membaca sajak bertajuk Zionis Tempatan yang saya tulis khas untuk malam itu. Malam itu di Dewan Sivik ialah  malam bersetia kawan dengan perjuangan Palestin. 

Dua minggu kemudian saya  juga telah di jemput untuk membaca sajak yang sama di Dewan Seri Pinang  Pulau Pinang. Bila saya membaca sajak Zionis Tempatan ini  6 YB dari Barisan Nasional keluar meninggalkan dewan.

Sajak ini saya tulis khas untuk menyokong  perjuangan Palestin yang ketika itu di serang oleh Zionis Israel . Ini sebahagian dari sajak itu:

Gaza berada di hadapan mata
Gaza berada di kampung Berembang
Gaza berada di kampung Pelentong
Gaza berada di kampung Mamali
Gaza berada di kem Kamunting
Gaza berada di Simpang Renggam
Gaza berada di Mahkamah Jalan Duta

Yang syahid bernama Kugan
Yang syahid bernama Teoh Beng Hock
Yang syahid bernama Aminulrashid

Hari ini saya bertanya pada diri saya  sendiri - apakah perlu saya menambah lagi bait-bait sajak ini dengan: 

Gaza berada di Port Dickson
Gaza berada di Kuala Lumpur
Gaza berada di Dataran Merdeka
Gaza berada di Jalan   Tengku Abdul Rahman

Yang melawan bernama Kakak Gigit
Yang periuk dibubuh pasir bernama Pak Cik Petai
Yang di belasah  bernama  Zaimuddin 
Yang tulang retak bernama  Zaimuddin  Azlan
Yang terlantar di hospital di kenali sebagai Abang Belon.

Untuk saya  cukup mudah. Tidak perlu berdulak dalik. Tidak perlu rujuk merujuk. Zionis ini bermakna zalim. Kezaliman ialah sifat dan watak utama kaum Zionis. Sesiapa sahaja yang zalim adalah Zionis. 

Justeru Zionis bukan hanya berada di Israel. Zionis bukan hanya di berada di Amerika. Zionis bukan hanya berada di Eropah.  Zionis berada di mana-mana.  Di mana ada kezaliman di situ ada Zionis. Kezaliman bermakna Zionis. Khalas.

Bukan senang jadi miskin. Ayat ini keluar dari mulut Abang Belon. Bukan mudah mencari seringgit dua – ini falsafah Pak Cik Petai.  Bila mendengar ayat-ayat  ini air mata saya berlinang. Dada menjadi sebak.

Dalam masa yang sama saya juga terbaca berita seorang Pegawai Tinggi  DBKL  yang mendapat bayaran bulanan dari Towkay Lendir dan Towkay Judi dari Bukit Bintang.  Pegawai DBKL ini dibayar – entah berapa – pasti lumayan – untuk tidak menutup – untuk tidak mengganggu penjualan  Lendir dan Judi.

Kenapa agaknya  Ramadan tahun 2025 ini memaparkan berita rakyat biasa – Abang , Pak Cik dan Kakak – di huru harakan hidup mereka. Dalam masa yang sama Pegawai Tinggi hidup mewah senang lenang.

Jawabnya amat mudah.

Untuk saya ini menunjukkan kita wajib menilai kembali arus perjalanan negara kita. Kita wajib sekali lagi menggali kembali persejarahan lama untuk memahami sekarang. Memahami yang dulu wajib untuk kita bersuluh berjalan ke hadapan. 

Kes Kakak di Dataran Merdeka, kes Pak Cik Petai dan kes Abang Belon hanyalah manifestasi. Yang kita baca , yang kita lihat di Tik Tok itu hanya manifestasi . Manifestasi ini menunjukkan bahawa  anyaman fabrik  budaya Melayu sedang terancam.

Di belakang manifestasi ini ada permasalahan yang maha berat. Ada beban yang sedang dipikul oleh Bani Melayu.

Pada tahun 14 Mei 1948 Zionis Israel telah mengambil bumi Palestin secara haram. Anak watan Arab tidak rela bumi dan tanah air mereka di rampas oleh kaum Zionis. Tarikh ini dipanggil Nakba atau Malapetaka.

Kaum Zionis – kaum pendatang dari  Eropah  - telah datang dan menjajah negara tanah tumpah darah watan Arab. Bentrokan dan perlawanan berlaku. Semenjak Nakba hingga ke hari ini tidak ada damai di bumi Palestin. Bumi Palestin terus bergolak. 

Hakikatnya Arab  Palestin tidak mahu menerima pendatang luar yang  menjajah negara mereka. Projek Israel ialah projek yang di eram dan menetas atas tapak tangan  Inggeris. Deklarasi Balfour 1917 telah di reka oleh Arthur Belfour (1840-1930) Setiausaha Luar  kerajaan Inggeris bersama dengan Zionis bernama Lord  Rothschild (1868-1937).

Sama juga yang berlaku di Tanah Melayu. Kuasa kolonial Inggeris membawa masuk pendatang dari China dan India. Inggeris  menubuhkan apa yang panggil Malaya. Malah Sir Henry Gurney (1898-1951) Pesuruhjaya Tinggi ke  Tanah Melayu sebelum ke Tanah Melayu adalah Ketua Setiausaha Inggeris di Palestin.

Jelas ada persamaan antara Palestin dengan Tanah Melayu. Di  Palestin Inggeris membawa masuk Bani Yahudi. Di Tanah Melayu Inggeris membawa masuk China dan India.

Kuasa kolonial Inggeris telah mengeram dan menetas kan apa yang di kenali sebagai United Malays National Organisation. Parti ini menjadi boneka kepada kuasa kolonial Inggeris.  

Maka - Malapetaka – Nakba – untuk  Tanah Melayu berlaku pada 31 Ogos 1957. United Malays National Organisation mendapat kuasa dari Inggeris.

Hari ini di Palestin  peranan boneka  telah  dan sedang dimainkan oleh Al-Fatah. Kini Al-Fatah di bawah Mahmud Abbas sedang menjadi perkakas Zionis Yahudi.

Apa jadi di Tanah Melayu?

Sesudah PRU 15 jelas kelihatan majoriti  Bani Melayu telah menolak projek yang berasal usul dari benih  yang disemai oleh kolonial Inggeris.  Dari segi sokongan amat jelas Bani Melayu tidak lagi menyokong United Malays National Organisation. Tapi dengan licik lagi jahat kemenangan Bani Melayu ini telah di  kelencongkan. Kemenangan menjadi kekalahan.

Justeru kerajaan yang wujud hari ini bukan – saya ulang – bukan kerajaan yang mendapat sokongan Bani Melayu. Justeru   perangi dan tingkah laku mereka sama seperti apa yang berlaku di Palestin.

Di Palestin ada Al-Fatah dengan Mahmud Abbas yang klim mewakili Palestin. Tetapi tidak mendapat sokongan anak watan Palestin. Di Malaysia Anwar Ibrahim klim sebagai kerajaan Madani walhal tidak mendapat sokongan anak watan Melayu.

Sama seperti di Palestin sesiapa yang melawan akan di belasah seperti Abang Belon kena belasah. Sesiapa yang berani menegakkan hak akan di rampas harta mata pencarian seperti yang di perlakukan kepada  Pak Cik Petai dan Kakak Gigit.

Sama seperti di Palestin – anak watan Arab akan terus melawan kezaliman Zionis.    Kita di Tanah Melayu juga akan terus melawan Zionis Tempatan hingga mereka di campakkan ke dalam tong sampah sejarah.Amin. (TT)

TULISAN INI DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL
BEBAS NEWS
https://bebasnews.my/2025/04/11/kakak-gigit-pak-cik-petai-abang-belon-dan-zionis-tempatan/