Selasa, 27 Mei 2025
PERGI HAJI PUN RASUAH ?
WOIT
ANAK MENANTU
PERGI HAJI
POTONG QUE
JENG JENG JENG
POTONG QUE INI
RASUAH KE TIDAK
KAH KAH KAH
POTONG JANGAN
TAK POTONG
AMIN
TAK POTONG PUN
BOLEH ISAP
KAH KAH KAH
KHALAS
SKODENG ANAK BULAN
SKODENG
ANAK BULAN
KEMUDIAN
SKODENG ANAK
IKAN
KHALAS
MAIN BOMOH -BOMOH
Saman video ilmu hitam: Keputusan ganti rugi Rosmah 8 Julai
Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 8 Julai depan untuk keputusan jumlah ganti rugi yang perlu dibayar oleh seorang pemilik akaun TikTok kepada Rosmah Mansor, kerana mengaitkan isteri bekas Najib itu dengan amalan ilmu hitam.
Peguam Abu Bakar Isa Ramat yang mewakili Rosmah selaku plaintif berkata tarikh itu, ditetapkan Hakim Ahmad Shahrir Mohd Salleh selepas pendengaran untuk taksiran ganti rugi yang dijalankan menerusi aplikasi Zoom hari ini.
“Semasa pendengaran, mahkamah membangkitkan mengenai persoalan undang-undang dan seorang lagi peguam plaintif Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff memohon satu tarikh untuk memfailkan hujahan ringkas, bagi menjawab persoalan undang-undang itu.
“Hujahan perlu difailkan dalam masa dua minggu dan keputusan taksiran ganti rugi ditetapkan pada 8 Julai 2025,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Pada 28 Mei tahun lepas, Rosmah, 73, memperoleh penghakiman ingkar daripada Mahkamah Tinggi di sKuala Lumpur terhadap Ku Muhammad Hilmie Ku Din, 35, yang dinamakan sebagai defendan, selepas lelaki itu gagal memasukkan memorandum kehadiran untuk menjawab saman berkenaan pada tarikh ditetapkan.
Rosmah, yang memfailkan saman itu pada 19 Sept 2023, mendakwa Ku Muhammad Hilmie memuat naik satu rakaman video di akaun TikTok milik defendan, yang mengandungi kenyataan berunsur fitnah dan tidak benar terhadap plaintif pada 22 Mac 2023.
Rosmah mendakwa kenyataan fitnah itu antara lain membawa maksud beliau melakukan perbuatan berdosa, dikaitkan dengan aktiviti melibatkan syaitan, bomoh serta seorang individu yang jahat dan mengamalkan perbuatan syirik.
Beliau mendakwa kenyataan fitnah itu memprejudiskan reputasinya selaku isteri Perdana Menteri Malaysia keenam dan penaung badan-badan amal di negara ini yang dikenali umum, selain dipandang serong oleh orang awam, dicemuh dan dihina sekali gus mencemarkan reputasinya selaku figura dikenali masyarakat.
Sehubungan itu, beliau menuntut antara lain ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan serta perintah yang dianggap sesuai oleh mahkamah.- Bernama









