Ahad, 20 Julai 2025

DEMO 26 JULAI TERSUSUN TERATUR


DEMO 26 JULAI

TERSUSUN

 TERATUR

TURUN DENGAN

 AMAN

KHALAS

MADEY DAH 100 TAHUN !!!


MADEY 

DAH 100 TAHUN

MASIH MELAWAN 

AMIN

BANGKIT DAN LAWAN


BANGKIT

DAN LAWAN !!!

AMIN

Unknown commented on 
"TERIMA KASIH MB PERAK"

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila dijajah boleh tawanlah semula
Bangkit ingat petua dulu supaya jalan lurus
Kalau tidak ditepi berbogel tak berakal

Dengan nama yang maha esa
Maafkan aku aku terlena
Mata buka tapi aku leka
Sekarang kita sedia pasang deria kita lebih peka

Siap gerak gempur
Sedia rentak tempur
Redah onak lumpur
Maju tiada undur
Tak kenal uzur hingga jasad kita terkubur
Kalau kurang kaki tangan lutut dan siku dihulur

Ini malam kita pakai tanjak songsang
Askar jati gerak senyap yang lain berkompang
Berani segorombolan tak takut bila seorang
Kuatkan benteng jangan ada yang berlobang

https://www.youtube.com/watch?v=31yLtr2clcw

KERAJAAN KUKUH ? KAH KAH KAH


PM: K'jaan kukuh sebab perpaduan luar biasa parti gabungan
Kerajaan Madani kukuh hasil pegangan kepada prinsip dan semangat perpaduan antara parti gabungan serta komitmen bersama untuk membangunkan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata walaupun setiap parti gabungan dalam Kerajaan Madani mempunyai fahaman dan pendirian berbeza, nilai kebersamaan dan semangat perpaduan dalam kalangan mereka amat mengagumkan.

“Alhamdulillah, walaupun kita ini gabungan parti dengan berlainan pendirian dan fahaman, tetapi semangat untuk membangunkan negara menjadikan kerjasama dan semangat itu luar biasa.

“Terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr) Ahmad Zahid Hamidi (Pengerusi Barisan Nasional), (Datuk Seri) Fadillah Yusof (Gabungan Parti Sarawak) dan rakan-rakan lain atas semangat ini,” kata beliau.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada program Kenduri Rakyat bersempena dengan program Ukhuwah Madani dan Pemukiman Anggota Pentadbiran dan Ahli Parlimen Kerajaan Madani di Kampung Pachitan, di Port Dickson hari ini.

Turut hadir i Wan Azizah Wan Ismail serta kedua-dua Timbalan Perdana Menteri  Ahmad Zahid Hamidi dan  Fadillah Yusof.

Hadir sama, lebih 100 anggota Kabinet dan Ahli Parlimen Kerajaan Madani termasuk Menteri Komunikasi k Fahmi Fadzil dan Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Ahli Parlimen Port Dickson  Aminuddin Harun.

Dalam pada itu, Anwar berkata Kerajaan Madani yang dibentuk ialah kerajaan prihatin yang terus mendengar dan memahami suara rakyat.

Beliau berkata meskipun prestasi ekonomi makro negara menunjukkan perkembangan memberangsangkan dengan peningkatan pelaburan dan penurunan kadar pengangguran, kerajaan tidak boleh ambil ringan terhadap cabaran yang masih dirasai oleh rakyat pada peringkat akar umbi.

“Dari segi ekonomi makro kita nampak prestasi membaik, pelaburan naik, kadar pengangguran turun. Tetapi saya tahu, pada peringkat bawah masih ada kesukaran.

“Sebab itu, Kerajaan Madani yang kita bina ini, kerajaan yang prihatin …. Kita kena dengar suara rakyat, jangan tinggal kebiasaan, jangan abaikan suara akar umbi,” kata Anwar.

Sebanyak 143 orang terdiri daripada barisan jemaah menteri dan Ahli Parlimen menyertai Program Ukhuwah Kepimpinan Kerajaan Madani bersempena dengan pemukiman anggota pentadbiran dan Ahli Parlimen di sini.

Program melibatkan penyertaan anggota pentadbiran Kerajaan Madani itu sebagai usaha membina jaringan ukhuwah antara pemimpin dengan rakyat dalam suasana santai, inklusif dan penuh nilai kebersamaan.- Bernama

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

WOIT

KALAU KUKUH

TAK PERLU HEBOH

KAH KAH KAH

TERUS SAJA 

BUAT KERJA

KAH KAH KAH

NI DAH RIBU

RIBU RAKYAT

TURUN BERDEMO

KAH KAH KAH

SAMPAI RAFIZI

PUN TERPAKSA

CAKAP

JANGAN JATUHKAN

ANWAR

KAH KAH KAH

KHALAS

NAJIB JADI BARUA JO LO


Hairan kenapa susah sangat kesan, bawa pulang Jho Low? – Puad

KUALA LUMPUR – Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempunyai tanggungjawab besar membawa pulang Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low sekiranya usahawan dalam pemburuan itu benar-benar berada di Shanghai, China seperti dilaporkan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Mohd Puad Zarkashi berkata, rakyat berasa hairan mengapa begitu sukar untuk mengesan dan membawa pulang Jho Low untuk dibawa ke muka pengadilan.

Beliau mendakwa sebelum ini bekas Ketua Polis Negara (KPN),  Abdul Hamid Bador pernah berjanji pada akhir Disember 2019 Jho Low akan dibawa balik ke Malaysia.

Bahkan, Abdul Hamid juga pernah mendakwa, Jho Low tukar identiti jadi beruang-berjalan macam seladang.

Semalam, beberapa media antarabangsa yang memetik dua wartawan penyiasat iaitu Bradley Hope dan Tom Wright mendakwa  Jho Low kini tinggal di Shanghai menggunakan identiti palsu dengan nama ‘Constantinos Achilles Veis’ serta pasport Australia palsu.

Pendedahan itu dibuat dua wartawan berkenaan yang membongkar skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Bradley Hope dan Tom Wright dalam episod khas Finding Jho Low: Live with Bradley Hope & Tom Wright.

Bagaimanapun setakat ini, tiada sebarang pengesahan rasmi daripada kerajaan China berhubung keberadaan beliau.

Sementara itu, Mohd Puad turut mempersoalkan sama ada kepercayaan rakyat  wujud konspirasi dalam tuduhan terhadap Najib yang dikaitkan dengan Jho Low selama ini adalah berasas.

Jho Low kekal sebagai suspek utama dalam skandal 1MDB dan dikehendaki oleh pihak berkuasa Malaysia serta antarabangsa sejak 2018. Notis merah Interpol terhadapnya masih berkuat kuasa. – 

WOIT

NAJIB JADI

BARUA JO LO

AMIN

JO LO IALAH

AGEN

CHINA MERAH

AMIN

AWAS BAHAYA

CHINA MERAH

AMIN

DULU INGGERIS

JADIKAN

TANAH MELAYU

LADANG GETAH

AMIN

KINI CHINA MERAH

NAK JADIKAN

TANAH MELAYU

LADANG DURIAN

KHALAS

KEJAYAAN RAKYAT




Tindakan, Keputusan Tiga Ketua Hakim Baharu Akan Diperhatikan Rakyat – NGO


KUALA LUMPUR, 18 Jul 25 – Tindak-tanduk tiga ketua hakim baharu yang dilantik akan diperhatikan bukan sahaja oleh komuniti guaman tetapi juga rakyat yang mendambakan integriti, ketelusan dan kedaulatan undang-undang.

Setiausaha Agung Sekretariat Tanahair Dr Armin Baniaz Pahamin berkata, ini kerana badan kehakiman merupakan benteng terakhir dalam mengekang penyalahgunaan kuasa.

“Meskipun tiada skandal peribadi yang diketahui membabitkan hakim-hakim yang dilantik, sejarah politik dan aliran pemikiran kehakiman mereka tidak boleh dipandang ringan.

“Tindakan dan keputusan mereka dalam bulan-bulan mendatang akan diperhatikan rapi bukan sahaja oleh warga perundangan tetapi juga oleh seluruh rakyat Malaysia,” katanya, dalam satu kenyataan.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, memperkenankan pelantikan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu, diumumkan menerusi satu kenyataan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia malam tadi.

Baginda turut berkenan melantik Datuk Abu Bakar Jais sebagai Presiden Mahkamah Rayuan manakala, Datuk Azizah Nawawi pula sebagai Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak bagi menggantikan Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak yang bakal bersara.

Pelantikan tersebut dibuat atas nasihat perdana menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja, berdasarkan Fasal (1) Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan.

Majlis penyampaian watikah pelantikan dan istiadat mengangkat serta menandatangani sumpah jawatan dan sumpah setia di hadapan Yang di-Pertuan Agong akan diadakan pada 28 Julai 2025 di Istana Negara.

Armin Baniaz turut mempersoalkan, latar belakang mereka dengan Wan Ahmad Farid merupakan bekas timbalan menteri dalam negeri ketika pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi dan aktif dalam Umno sehingga tahun 2013.

“Pelantikannya ke jawatan tertinggi badan kehakiman merupakan langkah yang belum pernah berlaku dalam sejarah moden perundangan Malaysia,” katanya.

Abu Bakar pula katanya terkenal dengan keputusan keputusan yang menegaskan keutamaan autoriti agama dan menghadkan semakan kehakiman dalam isu berkaitan fatwa.

Manakala pelantikan Azizah yang membawa pengalaman luas dari Jabatan Peguam Negara serta sejarah kehakiman yang dihormati.

Namun, keputusan beliau pada tahun 2018 untuk membatalkan pengharaman pendaftaran Bersaty walaupun dilihat sebagai mempertahankan ruang demokrasi oleh sesetengah pihak turut dianggap sebagai satu bentuk campur tangan kehakiman yang memihak kepada pembangkang ketika itu.

“Dalam sebuah sistem demokrasi yang menjunjung prinsip pemisahan kuasa, kredibiliti keputusan kehakiman khususnya yang melibatkan pemimpin negara mesti bebas daripada sebarang syak wasangka.

“Sekiranya mahkamah dilihat sebagai tidak bebas atau bersifat berat sebelah dalam mengadili kes berprofil tinggi, ia bukan sahaja mencemarkan keyakinan terhadap keadilan tetapi juga melemahkan kepercayaan rakyat terhadap demokrasi perlembagaan,” katanya. @politiko.my

APA YANG

PENTING DISINI

IALAH SUARA

BANTAHAN

ORANG RAMAI

DI DENGAR

AMIN

SOSOK YANG

TIDAK DISUKAI

TELAH DIKETEPI

AMIN

INI KEJAYAAN

RAKYAT

KHALAS

PETANG INI


PETANG INI

JAM 5.57 PETANG GUA
MATA HARI DILINDUNG AWAN
GUA DI ATAS PUNCAK HOKKIEN
DI BELAKANG PETALING JAYA
DI KIRI KL SENTRAL
DI DEPAN  BUKIT BINTANG
DI KANAN SUNGAI BESI
JEREBU
KUALA LUMPUR BERJEREBU
PANAS MEMBAWA JEREBU
TAPI UDARA NYAMAN
BERANGIN SEJUK
MUNGKIN ADA 
HUJAN RAHMAT DI WILAYAH JAUH
AMIN

CHINA MERAH PILIHARA JO LO


Laporan: Jho Low kerja untuk China, kerugian Malaysia jauh lebih besar
Ahli perniagaan yang menjadi buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, dilaporkan dilihat di Shanghai dan didakwa sedang bekerja dengan kerajaan China sebagai “pakar strategi di belakang tabir”.

Wartawan penyiasat Bradley Hope dan Tom Wright berkata Jho Low menggunakan pasport palsu Australia dengan nama Greek, Veis Constantinos Achilles untuk menyembunyikan identitinya semasa bergerak dari satu tempat ke tempat lain.

“Dia tinggal di kawasan kejiranan mewah di Shanghai yang dikenali sebagai Green Hills, dalam sebuah banglo dengan kereta-kereta mewah, dan berulang-alik 15 minit ke pejabatnya di Pusat Kewangan Shanghai,” dakwa mereka dalam surat berita “Whale Hunting” malam tadi.

Pada tahun 2023, Hope menolak dakwaan bahawa Jho Low berada di Macau, dan menyatakan dia percaya bahawa ahli perniagaan itu sebenarnya dikenakan tahanan rumah di Shanghai.

Hope dan Wright merupakan penulis buku terlaris Billion Dollar Whale dan sebelum ini adalah wartawan The Wall Street Journal.

Pada bulan Mac, mereka melancarkan satu sistem ganjaran menggunakan "meme coin" untuk mengesan keberadaan Jho Low dan mendapatkan maklumat mengenainya.

Individu yang memberikan maklumat yang disahkan sebagai benar oleh moderator akan menerima ganjaran dalam bentuk token $JHOLOW, bergantung kepada nilai dan kepentingan maklumat tersebut.

Kerugian jauh lebih besar

Dalam ulasan lanjut, surat berita itu turut mendakwa bahawa kerugian sebenar yang ditanggung oleh Malaysia akibat penyelewengan 1MDB adalah jauh lebih besar berbanding jumlah yang diakui kerajaan, iaitu mencecah RM76.5 bilion.

“Seorang pegawai kanan telah mengesahkan jumlah ini berdasarkan siasatan dan penelitian dalaman mereka: AS$7.65 bilion (RM32.48 bilion) telah dicuri daripada 1MDB, dengan Jho Low secara peribadi mencuri kira-kira AS$2.5 bilion (RM10.61 bilion).

"Jumlah kerugian ekonomi akibat penipuan ini – kos sebenar kepada Malaysia – adalah sekitar AS$12 bilion (RM50.95 bilion), iaitu hampir keseluruhan saiz 1MDB semasa kemuncaknya (AS$13 bilion atau RM55.20 bilion).

"Perjanjian inisiatif Jalur dan Laluan (Belt and Road Initiative) yang korup dan terlebih bayar yang ditandatangani (bekas perdana menteri) Najib Abdul Razak bagi menutup skandal 1MDB (yang didalangi Jho Low) menyebabkan Malaysia menanggung kerugian tambahan sebanyak AS$6 bilion (RM25.48 bilion). Sebahagian daripada wang itu mungkin telah dicuri, dan tidak mustahil Jho Low turut menerima sebahagiannya.

"Ini bermakna jumlah kos langsung 1MDB kepada Malaysia mencecah sekitar AS$18 bilion (RM76.43 bilion). Kos tidak langsung mungkin lebih teruk lagi (termasuk kesan kepada pinjaman, reputasi, dan sebagainya),” tulis mereka.

Impak akibat 1MDB

Siasatan antarabangsa terhadap skandal besar 1MDB – yang terus memberi kesan besar terhadap landskap politik dan kewangan Malaysia – menganggarkan sekurang-kurangnya AS$4.5 bilion (RM16.8 bilion) telah diseleweng dari dana milik kerajaan itu antara tahun 2009 hingga 2013.

Skandal ini – yang sering digelar antara penipuan kewangan terbesar dalam sejarah moden – masih membawa kesan undang-undang dan politik yang signifikan di dalam dan luar negara.

Pada 30 Mei lalu, bekas pegawai Goldman Sachs, Tim Leissner, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun oleh mahkamah di New York atas peranannya dalam skandal 1MDB.

Goldman Sachs memainkan peranan utama dalam penjualan bon bernilai AS$6.5 bilion bagi pihak 1MDB dengan bantuan Jho Low.

Namun, sebahagian besar dana tersebut telah diseleweng ke dalam akaun bank luar pesisir dan syarikat kosong yang dikaitkan dengan Jho Low, yang berasal dari Pulau Pinang.

Pada Mei, sebuah mahkamah di Luxembourg mengarahkan bank swasta Edmond de Rothschild Europe membayar denda €25 juta (RM120 juta) sebagai penyelesaian kes jenayah berkaitan pengubahan wang haram dan kesalahan menyembunyikan maklumat melibatkan 1MDB.

Daripada jumlah yang diselewengkan daripada 1MDB, kira-kira AS$472.5 juta (RM2.2 bilion) telah dimasukkan ke dalam akaun di Edmond de Rothschild Europe.

DARI DULU

GUA UDAH BILANG

CHINA MERAH

PILIHARA JO LO

AMIN

JO LO ADALAH

AJEN BESAR

CHINA MERAH

UNTUK JAJAH

TANAH MELAYU

AMIN

KHALAS

APA ITU POOFTER ?


PUFTE - POOFTER

RAMAI TAK FAHAM
INI MAKNANYA 
JANTAN  SUKA JUBO JANTAN
PERKATAAN POPULAR
 DI AUSTRALIA
AMIN
Unknown commented on
 "CARA MAHFUZ 
SOKONG DEMO 26 JULAI 2025"

Bagero..PM ko tu puftè..Masuk gok sebab jubo budak bancuh teh atas meja mesyuarat.

Ni la TT kata...Bangla berak kat Kelantan ko nampak, tapi lembu pakai g-string Merah dalam pejabat ko, ko tak nampak...

Babi betoi Unta Tua DAPig ni...mata dan hati dah gelap gulita banyak muntahkedarah benda haramjadah ke?

LANGKAH FAUZIAH TEPAT


FAUZIAH  GEMOK

PERLU KURANGKAN

BERAT BADAN

AMIN

LANGKAH BIJAK

JANGAN BELI

BARANG BANYAK

KURANGKAN MAKAN 

LEBIH AFDAL

 MAKAN BUBUR 

DENGAN GARAM

KHALAS

HARI HARI AKHIR SAEKOR ZELENSKY



Ukraine cadang rundingan baru dengan Russia minggu depan


KYIV: Kyiv mencadangkan satu pusingan rundingan damai baharu dengan Russia minggu depan.

Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky menyatakan cadangan itu beberapa jam selepas serangan Russia di seluruh Ukraine yang meragut lebih banyak nyawa.

Dua pusingan rundingan di Istanbul antara Moscow dan Kyiv sebelum ini gagal menghasilkan sebarang kemajuan ke arah gencatan senjata, sebaliknya menghasilkan pertukaran tahanan berskala besar dan perjanjian untuk memulangkan mayat tentera yang terbunuh.

"Setiausaha Majlis Keselamatan Umerov melaporkan beliau telah mencadangkan pertemuan dengan pihak Russia pada minggu depan," kata Zelensky dalam ucapannya.

Zelensky mengulangi kesediaannya untuk mengadakan pertemuan bersemuka dengan presiden Russia, Vladimir Putin.

"Pertemuan di peringkat kepimpinan diperlukan untuk benar-benar memastikan keamanan yang berkekalan," katanya.

Pada rundingan bulan lalu, Russia menggariskan senarai tuntutan, termasuk gesaan agar Ukraine menyerahkan lebih banyak wilayah dan menolak semua bentuk sokongan tentera Barat.

Kyiv menolak tuntutan itu yang disifatkan sebagai tidak boleh diterima dan pada masa itu dan mempersoalkan titik rundingan lanjut jika Moscow tidak bersedia untuk membuat konsesi.

Kremlin berkata awal bulan ini ia bersedia untuk meneruskan rundingan dengan Ukraine selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memberi Russia 50 hari untuk mencapai perjanjian damai atau berdepan sekatan.

Trump juga berjanji untuk membekalkan Kyiv dengan bantuan ketenteraan baharu, ditaja oleh sekutu NATO, kerana kemusnahan bandarnya yang mengalami serangan udara Russia semakin meningkat.

Russia telah meningkatkan serangan udara jarak jauh ke atas bandar-bandar Ukraine serta serangan barisan hadapan dan tembakan sejak beberapa bulan kebelakangan ini sekaligus mengingkari amaran Trump.

Semalam, Russia melancarkan serangan peluru berpandu dan dron yang membunuh tiga orang di Ukraine.

Dua orang maut selepas peluru berpandu Russia mengenai wilayah Dnipropetrovsk tengah Ukraine, sebuah hab perindustrian penting.

Russia sebelum ini melancarkan 20 dron di bandar pelabuhan Ukraine Odesa membunuh sekurang-kurangnya satu orang.

Russia terpaksa menangguhkan perkhidmatan kereta api selama kira-kira empat jam, menyebabkan gangguan di wilayah Rostov selatan, susulan serangan dron Ukraine yang mencederakan seorang pekerja kereta api.

Moscow dan Kyiv mengancam satu sama lain dengan segerombolan dron murah untuk mengatasi pertahanan udara masing-masing, kerana kedua-dua pihak yang bertelagah semalam berkata, mereka telah memintas ratusan dron yang dilancarkan dalam jumlah besar hampir setiap hari.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian Istanbul, Kyiv menerima 1,000 mayat askar pada Khamis, manakala Russia berkata ia telah menerima 19 mayat askar dari Ukraine.

Kesatuan Eropah pada hari Jumaat bersetuju pakej ke-18 sekatan ke atas Moscow yang menyasarkan bank Russia dan menurunkan had harga eksport minyak, dalam usaha untuk mengekang keupayaannya untuk membiayai perang.


JELAS INI

TANDA DAH

LENGIT

KAH KAH KAH

SEBELUM AKHIR

TAHUN UKRAINE

AKAN BUNGKUS

KAH KAH KAH

ZELENSKY AKAN

CABUT LARI ATAU

DIBUNUH  ASKAR

SENDIRI

KHALAS