Selasa, 22 Julai 2025

TOK MATA TOLAK DAP - CARA SELAMAT

TOK  MAT

AMBIL GARIS 

SELAMAT

CARA TOLAK DAP

AMIN 

BIJAK BUAT VIDEO - INI UPAHNYA


Surat, minit mesyuarat, rakaman audio sahkan syarikat berkait Farhash terima lesen carigali arang batu di Sabah


Dokumen berupa surat, rekod pendaftaran syarikat, minit mesyuarat lembaga pengarah dan rakaman audio akan mengesahkan sebuah syarikat terkait dengan bekas pemimpin PKR Farhash Wafa Salvador dianugerahkan lesen untuk mencari gali simpanan mineral di kawasan hutan simpan luas di Sabah bersempadan Kalimantan.

Dokumen tersebut didedahkan secara eksklusif kepada MalaysiaNow oleh sumber dalaman Sabah Mineral Management Sdn Bhd - agensi pelesenan mineral yang dipengerusikan Ketua Menteri Hajiji Noor - yang kini terpalit skandal rasuah melibatkan sekumpulan ahli politik kanan Sabah.

SSM_record_BumiSuriaRekod rasmi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (atas) menyatakan Farhash dan seorang lagi ahli perniagaan Aminuddin Mustapha, dilantik sebagai pengarah Bumi Suria Sdn Bhd pada 7 Mei 2024.

Bumi Suria dimiliki sepenuhnya oleh Borneo Bumi Sdn Bhd, yang merupakan syarikat dimiliki 100% oleh kedua-dua Farhash dan Aminudin pada asas 50-50, seterusnya mengesahkan bahawa Bumi Suria adalah milik Farhash dan Aminuddin.

Selang seminggu pelantikan mereka sebagai pengarah Bumi Suria, Hajiji telah mempengerusikan mesyuarat lembaga SMM yang turut dihadiri pegawai-pegawai dan pengarah SMM termasuk CEO ketika itu, Jontih Enggihon, di samping Ketua Pegawai Strategi ketika itu, Natasha Sim Nuo.

Malah mesyuarat itu turut mengundang sekurang-kurangnya empat ahli perniagaan dan eksekutif tertinggi mewakili sebuah syarikat perlombongan gergasi dari Indonesia.

Mesyuarat antara lain meluluskan permohonan Bumi Suria mendapatkan lesen carigali, memberikannya hak eksklusif meneroka simpanan arang batu seluas kira-kira 70,000 hektar di hutan simpan Kalabakan dan Gunung Rara berhampiran sempadan Kalimantan, iaitu kawasan yang hampir tiga kali ganda keluasan Kuala Lumpur.

Melalui surat bertarikh 21 Mei tahun lalu, Jontih memaklumkan Bumi Suria mengenai keputusan tersebut. Ia dibalas Farhash melalui surat bertarikh 7 Jun di mana beliau "mengucapkan ribuan terima kasih" kepada SMM kerana meluluskan permohonan Bumi Suria.

farhash_letter_SMMFarhash dalam suratnya turut melampirkan memorandum persefahaman antara Bumi Suria dan PT Bayan Resources, sebagai memenuhi syarat usaha carigali arang batu itu perlu dilakukan secara usahasama dengan firma Indonesia itu.

PT Bayan Resources merupakan syarikat perlombongan gergasi yang dimiliki "raja arang batu" Indonesia dan hartawan Low Tuck Kwong. Ia juga memiliki sebuah syarikat di Malaysia bernama Bayan Resources yang diketuai jutawan Malaysia berpangkalan di Indonesia, Lim Chai Hock.

Susulan pendedahan MalaysiaNow hari ini, Natasha, yang kini menggantikan Jontih sebagai CEO SMM, menafikan agensi itu meluluskan lesen kepada mana-mana syarikat yang dikaitkan dengan Farhash.

MalaysiaNow telah menghubungi Natasha untuk mendapatkan maklum balas.

Sementara itu, MalaysiaNow mempunyai sebuah rakaman audio yang boleh mengesahkan laporannya.

Menurut portal berita Malaysiakini, Natasha "sendiri terpalit dengan kontroversi" selepas tular gambar memaparkannya bersama taikun balak Sabah, Elbert Lim di hadapan sebuah jet peribadi yang dikatakan milik "seorang hartawan arang batu dari Indonesia".

Sejak akhir tahun lalu, Malaysiakini telah menerbitkan siri rakaman video yang diperolehnya daripada ahli perniagaan Albert Tei, yang menunjukkan beberapa ahli Dewan Undangan Negeri Sabah membincangkan rasuaha berjumlah sehingga jutaan ringgit.

Bimbang akan keselamatan dirinya, Tei kemudian meminta perlindungan supaya dapat melaporkan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Permohonan Tei kepada Anwar Ibrahim untuk mendapatkan perlindungan sebagai pemberi maklumat bagaimanapun ditolak oleh perdana menteri, tindakan yang mengundang kritikan aktivis anti-rasuah.

SPRM setakat ini telah membawa pertuduhan rasuah terhadap dua Adun Sabah - Yusof Yacob dan Andi Muhammad Suryady Bandy, di samping Tei sendiri - tindakan yang dikritik pelbagai pihak sebagai pendakwaan terpilih kerana masih gagal menangkap "jerung" sebenar yang dikenal pasti dalam video-video yang didedahkan.


KAH KAH KAH

SAPA BIJAK

BUAT VIDEO

PASTI DAPAT

UPAH

KAH KAH KAH

PUKRAK MUKRAK

TANGGA

KEJAYAAN 

KHALAS

BERITA BAIK YANG MENGGERUNKAN !!!




Ulama PAS: Sertai himpunan 'turun Anwar' tanggungjawab moral, agama


Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) membangkitkan aspek “tanggungjawab moral dan agama” dalam menggesa orang ramai menyertai himpunan bagi mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri Anwr Ibrahim, di Kuala Lumpur Sabtu ini.

“DUPP menegaskan bahawa menjadi tanggungjawab moral dan agama setiap rakyat untuk menyuarakan kebenaran di hadapan pemerintah yang zalim.

“Maka dengan ini, DUPP menyeru seluruh rakyat, tanpa mengira latar belakang, untuk turun ke jalan secara aman dan berdisiplin pada Sabtu ini. Inilah saatnya untuk kita nyatakan pendirian, demi maruah negara dan generasi akan datang,” kata ketuanya Ahmad Yahaya dalam kenyataan hari ini.

Himpunan itu dijangka bermula jam dua petang pada Sabtu ini, dan merupakan kemuncak kepada siri himpunan kecil anjuran PAS dan PN bagi mendesak Anwar letak jawatan.

Ahmad yang juga ahli Parlimen Pokok Sena berkata Anwar perlu berbuat demikian kerana gagal menunaikan janji, memacu ekonomi dan menstabilkan pentadbiran negara.

“Kerajaan Madani hari ini umpama bas yang dipandu melulu, mendedah rakyat kepada bahaya kemalangan.

“Rakyat tidak lagi boleh berdiam diri melihat negara ini terus dipandu oleh pemandu yang hilang arah,” katanya lagi.

Menolak kritikan tersebut ke atasnya, Anwar sebelum ini memberi jaminan polis tidak akan mengganggu himpunan tersebut.

Bagaimanapun, Anwar menegaskan jika PN ingin dia meletakkan jawatan, gabungan itu patut melakukannya menerusi undi tidak percaya di Parlimen. 


INI BERITA BAIK

BERITA  AMAT

BAIK

AMIN

PARA AGAMAWAN

AKAN TURUN KE

JALAN RAYA

JENG JENG JENG

HEBAT MAHA

HEBAT

AMIN

MADAFAKA NAK

CAKAP APA?

AMIN

KHALAS

BUKAN PESTA GAY

 


‘Itu bukan pesta gay tapi program kesihatan’

Kementerian Kesihatan mengesahkan bahawa program yang diserbu polis Kelantan bulan lepas atas alasan "pesta gay" sebenarnya program kesedaran kesihatan berkaitan HIV.  

Bagaimanapun, kementerian tidak memberikan sebarang ulasan mengenai serbuan polis tersebut.  

Pengesahan itu dibuat menerusi jawapan Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad di X malam tadi, sebagai respons kepada hantaran yang memintanya mempertahankan program kesedaran HIV itu.  

Dalam jawapannya, Dzulkefly memuat naik terjemahan Bahasa Inggeris kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah Kesihatan Kelantan Dr Zaini Hussin semalam – yang juga dilampirkannya – berkenaan program tersebut.  

ADS

Dalam kenyataan itu, Zaini menjelaskan bahawa program tersebut dianjurkan oleh sebuah NGO tempatan, Sahabat, yang berada bawah pengawasan Yayasan Bantuan Aids.

Katanya, Sahabat telah menjadi rakan strategik Jabatan Kesihatan Kelantan sejak 2006 dalam melaksanakan program pendidikan kesihatan dan aktiviti lapangan yang mensasarkan kumpulan berisiko tinggi termasuk penagih dadah suntikan dan lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki.  

Ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang HIV, jangkitan kelamin, dan Hepatitis C.  

Dzulkefly juga menegaskan bahawa kerjasama antara Kementerian Kesihatan, jabatan kesihatan negeri, dan NGO kesihatan penting dalam mendekati kumpulan berisiko tinggi untuk meningkatkan kesedaran mereka tentang strategi pencegahan, kepentingan diagnosis awal, dan manfaat rawatan awal.  

ADS

"Kementerian Kesihatan tetap komited dengan pendekatan kesihatan awam yang mengutamakan pencegahan penyakit, intervensi awal, dan akses kepada rawatan untuk semua, selaras dengan dasar kesihatan negara mengikut nilai agama dan sensitiviti budaya," tambahnya.  

Pada 17 Jun, polis menyerbu program tersebut pada jam satu pagi dan merampas ubat HIV serta kondom.  

Ketua Polis Kelantan Yusoff Mamat mendakwa operasi itu dijalankan berdasarkan maklumat awam dan risikan yang dikumpul oleh pasukan khas berikutan aduan tentang majlis bertemakan makanan yang dipercayai dianjurkan khas untuk komuniti gay.  

Bagaimanapun, beberapa NGO menolak dakwaan bahawa program itu adalah "pesta gay".  

Sebaliknya, mereka menjelaskan bahawa program tersebut memberikan maklumat kesihatan seksual dan berkaitan HIV, kondom, serta ujian sukarela untuk menggalakkan amalan seksual yang lebih selamat.  

Majlis Aids Malaysia – yang turut terlibat – menambah bahawa sesi tersebut berlanjutan hingga lewat malam kerana ujian HIV dilakukan secara sulit dan profesional, mengambil masa kira-kira 10 hingga 15 minit bagi setiap klien. Mereka yang mempunyai keputusan reaktif diberikan kaunseling dan dirujuk untuk tindakan susulan.  

WOIT

SAPA BERI 

MAKLUMAT

SALAH

KAH KAH KAH

KESIAN PADA

KERAJAAN PAS

KAH KAH KAH

KENA TUDUH

MACAM MACAM

KHALAS 

ESOK DAPAT GULA GULA



ESOK AKAN

DAPAT

GULA GULA

AMIN 


Unknown commented on 
"TURUN TURUN -
 MAT LANCHAU TOLAK TEPI"

Gula-gula bantuan disediakan sebelum turun padang, inilah cara inilah budaya inilah kita sebenarnya, apabila dapat gula-gula dapatlah kencing manis, terpaling ramai penyakit kencing manis orang-orang kita, terpaling ramai makan 24 jam tanpa berhenti kita juga, makanan percuma lebih diminati, daulah Madani mencari jalan gula-gula apa terpaling sesuai, gula-gula mana paling berkesan, kah kah kah,

kalau lihat sejarah perjalanan perjuangan pendekar kita dahulu memang pasti ianya akan berjaya, kah kah kah, musuh kita bukan orang lain, musuh kita kawan kita rakan kita sama-sama hasad dengki, sama-sama sakit hati, sakit jiwa kah kah kah walaupun sampai usia 100 tahun tetapi perangai tetap sama amin, kah kah kah

JUAL LAPANGAN TERBANG KEPADA ZIONIS YAHUDI

 




Penjawat Awam Tidak Pernah Berikrar Pertahankan Anwar, Kata Tun Faisal


KUALA LUMPUR, 22 Jul 25 – Ikrar penjawat awam adalah untuk mempertahankan Raja dan negara dan tidak pernah sesekali mereka berikrar mempertahankan  Anwar Ibrahim, kata Ketua Penerangan Bersatu Tun Faisal Ismail.

Katanya, pembangkang mendesak untuk Anwar diturunkan kerana kegagalannya mengurus ekonomi dan kewangan negara sehingga memaksa rakyat ditekan dengan perluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Yang hendak diturunkan Anwar sebab apa, zalim kerana membebankan rakyat dengan tarik subsidi rakyat, naikkan tarif elektrik, gagal kawal kos sara hidup dan kenaikan harga barang yang melampau sehingga mengakibatkan rakyat terbeban.

“Munafik dan penipu, kerana tidak tunaikan janji-janji pilihan raya dan janji-janji Reformasi, mengakibatkan hakisan keyakinan terhadap agensi undang-undang dan institusi kehakiman melalui lantikan-lantikan yang meragukan,” katanya, dalam hantaran Facebook.

Anwar juga dakwanya meremehkan soal kedaulatan dan keselamatan negara dalam hal Ambalat dan jualan saham MAHB kepada entiti BlackRock

Tun Faisal juga menyindir anak Anwar, Nurul Izzah yang menyertai himpunan oleh badan peguam baru-baru ini.

“Lagi pun, kita nak turunkan Anwar je, sejak bila dan mana ada penjawat awam berikrar untuk pertahankan Anwar, bekas banduan penjenayah rasuah salah guna kuasa dan bekas banduan penjenayah liwat yang masih ada kes serangan seksual ke atas seorang lelaki.” Katanya.

Pembangkang akan menganjurkan himpunan “Turun Anwar” hujung minggu ini di ibu negara bermula pukul 2 petang. @politiko.my

JENAYAH PALING

BESAR IALAH

JUAL 39 LAPANGAN

TERBANG MILIK

MALAYSIA 

KEPADA SYARIKAT

BLACKROCK

AMIN

BLACKROCK

SYARIKAT ZIONIS

PEMBEKAL SENJATA

KEPADA ISRAEL

AMIN

MADAFAKA

PUKRAK MUKRAK

KHALAS