Selasa, 22 Julai 2025
BIJAK BUAT VIDEO - INI UPAHNYA
Surat, minit mesyuarat, rakaman audio sahkan syarikat berkait Farhash terima lesen carigali arang batu di Sabah
KAH KAH KAH
SAPA BIJAK
BUAT VIDEO
PASTI DAPAT
UPAH
KAH KAH KAH
PUKRAK MUKRAK
TANGGA
KEJAYAAN
KHALAS
BERITA BAIK YANG MENGGERUNKAN !!!
BUKAN PESTA GAY
‘Itu bukan pesta gay tapi program kesihatan’
Kementerian Kesihatan mengesahkan bahawa program yang diserbu polis Kelantan bulan lepas atas alasan "pesta gay" sebenarnya program kesedaran kesihatan berkaitan HIV.
Bagaimanapun, kementerian tidak memberikan sebarang ulasan mengenai serbuan polis tersebut.
Pengesahan itu dibuat menerusi jawapan Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad di X malam tadi, sebagai respons kepada hantaran yang memintanya mempertahankan program kesedaran HIV itu.
Dalam jawapannya, Dzulkefly memuat naik terjemahan Bahasa Inggeris kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah Kesihatan Kelantan Dr Zaini Hussin semalam – yang juga dilampirkannya – berkenaan program tersebut.
Dalam kenyataan itu, Zaini menjelaskan bahawa program tersebut dianjurkan oleh sebuah NGO tempatan, Sahabat, yang berada bawah pengawasan Yayasan Bantuan Aids.

Katanya, Sahabat telah menjadi rakan strategik Jabatan Kesihatan Kelantan sejak 2006 dalam melaksanakan program pendidikan kesihatan dan aktiviti lapangan yang mensasarkan kumpulan berisiko tinggi termasuk penagih dadah suntikan dan lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki.
Ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang HIV, jangkitan kelamin, dan Hepatitis C.
Dzulkefly juga menegaskan bahawa kerjasama antara Kementerian Kesihatan, jabatan kesihatan negeri, dan NGO kesihatan penting dalam mendekati kumpulan berisiko tinggi untuk meningkatkan kesedaran mereka tentang strategi pencegahan, kepentingan diagnosis awal, dan manfaat rawatan awal.
"Kementerian Kesihatan tetap komited dengan pendekatan kesihatan awam yang mengutamakan pencegahan penyakit, intervensi awal, dan akses kepada rawatan untuk semua, selaras dengan dasar kesihatan negara mengikut nilai agama dan sensitiviti budaya," tambahnya.
Pada 17 Jun, polis menyerbu program tersebut pada jam satu pagi dan merampas ubat HIV serta kondom.
Ketua Polis Kelantan Yusoff Mamat mendakwa operasi itu dijalankan berdasarkan maklumat awam dan risikan yang dikumpul oleh pasukan khas berikutan aduan tentang majlis bertemakan makanan yang dipercayai dianjurkan khas untuk komuniti gay.
Bagaimanapun, beberapa NGO menolak dakwaan bahawa program itu adalah "pesta gay".
Sebaliknya, mereka menjelaskan bahawa program tersebut memberikan maklumat kesihatan seksual dan berkaitan HIV, kondom, serta ujian sukarela untuk menggalakkan amalan seksual yang lebih selamat.
Majlis Aids Malaysia – yang turut terlibat – menambah bahawa sesi tersebut berlanjutan hingga lewat malam kerana ujian HIV dilakukan secara sulit dan profesional, mengambil masa kira-kira 10 hingga 15 minit bagi setiap klien. Mereka yang mempunyai keputusan reaktif diberikan kaunseling dan dirujuk untuk tindakan susulan.
WOIT
SAPA BERI
MAKLUMAT
SALAH
KAH KAH KAH
KESIAN PADA
KERAJAAN PAS
KAH KAH KAH
KENA TUDUH
MACAM MACAM
KHALAS
ESOK DAPAT GULA GULA
ESOK AKAN
DAPAT
GULA GULA
AMIN
JUAL LAPANGAN TERBANG KEPADA ZIONIS YAHUDI



