Isnin, 11 Ogos 2025

CONTOH TERBAIK WARGANET



INI CONTOH TERBAIK

PERANAN WARGANET

AMIN

CCARA MADANI SELESAI MASAALAH


INI CARA MADANI

SELESAI MASAALAH

JIKA ADA SESIAPA BERTANYA
JANGAN JAWAB PERTANYAAN

TANGKAP YANG BERTANYA
BAWA KE RUMAH PASONG
BAGI SI PENANYA  TAKUT
KALAU MASIH TAK TAKUT
BAWA KE MAHKAMAH
KHALAS

JANGAN TANGKAP - HANYA NAK BERTANYA


HANYA NAK

 BERTANYA

JANGAN TANGKAP

AMIN

KENAPA AWAL 

KEMATIAN

TAK  DIBUAT  

BEDAH SIASAT?

KHALAS

SELAMAT DATANG CUKAI




Kerajaan Dijangka Kutip Cukai Secara Agresif Untuk Biaya RMK13 – Isham Jalil


KUALA LUMPUR, 11 Ogos 25 – Mantan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT), Isham Jalil menyifatkan Rancangan Malaysia 13 (RMK13) akan menjadikan kerajaan berusaha untuk mengutip cukai yang lebih banyak untuk membayar projek-projek dalam RMK13.


Menurutnya, ia berpunca apabila projek-projek yang diumumkan dalam RMK13 akan menyebabkan hutang negara bertambah.


“RMK-13 budget in Development Expenditure i.e. Projek i.e. hutang, kerajaan akan tambah hutang RM430b or RM86b a year in average untuk belanja besar ini.


“Hutang negara akan bertambah. Bila hutang bertambah mereka perlu kutip cukai lagi banyak untuk bayar projek-projek hutang ini. Katanya kepada politiko.my


Dalam kenyataan yang sama, Isham berkata sistem percukaian sedia ada tidak semestinya dirombak untuk mendapat kutipan cukai yang tinggi, sebaliknya kerajaan akan membuat kutipan dengan cara yang lebih agresif.


“Tidak semesti dirombak (sistem cukai), cuma mereka akan lebih aggresif kutip cukai dari rakyat.


“Perkembangan ekonomi itu questionable. Tambah hutang itu for sure. Ujarnya.


Dalam pembentangan RMK13 oleh Perdana Menteri baru-baru ini, jumlah pelaburan keseluruhan antara 2026 hingga 2030 adalah RM611 bilion dan daripada jumlah tersebut sebanyak RM 430 bilion akan disediakan dari peruntukan pembangunan kerajaan, manakala RM 120 bilio lagi datangnya dari syarikat berkaitan kerajaan GLC/GLIC dan RM 61 bilion lagi akan melibatkan model perkongsian awam-swasta (PPP).


Baru-baru ini, Ketua Pembangkang,  Hamzah Zainuddin dalam perbahasan di dewan rakyat mempersoalkan bagaimana kerajaan boleh menyediakan jumlah tersebut bagi memastikan RMK13 berjaya dilaksanakan. @politiko.my

WOIT

UNTUK TUKANG

HASUT INI

BERITA BAIK

AMIN

INI PELURU

UNTUK HASUT

RAKYAT KE

JALAN AYA

KAH KAH KAH

KHALAS

MASIH ENJOI BERANCUK !!!



PASAI APA

LU NAK 

GUA MAMPOS

KAH KAH KAH

GUA MASIH

ENJOI BERANCUK

MINUM WINE

MANDI TELANJANG

DAN BERJALAN

KAH KAH KAH 

JIKA GUA MAMPOS 

SAPA NAK JAGA 

EZI & TAK TAK

AMIN

Unknown commented on 
"PAGI INI"

Hishamuddin anning sakai, bila nak mampos?

TANGKAP PAKAR EKONOMI INI



Soalan RM1 trilion hantui Anwar selepas rundingan tarif berdepan kecaman pakar ekonomi

Kebolehan pentadbiran Anwar Ibrahim mengemudi negara dalam berdepan cabaran ekonomi global di sebalik ancaman tarif oleh Presiden Donald Trump kini semakin dipersoalkan, ketika Putrajaya melancarkan kempen media yang mendakwa "kejayaan rundingan" apabila Washington mengumumkan tarif import 19% ke atas Malaysia.

Di tengah-tengah kritikan yang semakin memuncak oleh pakar ekonomi, tokoh politik dan penganalisis ialah pelbagai tawaran kepada Amerika Syarikat dalam bentuk pembelian dan pelaburan oleh Malaysia bernilai sehingga lebih satu trilion ringgit tidak seimbang dengan kos sebenar yang ditanggung akibat kadar 19% tarif yang dikenakan terhadap eksport Malaysia.

Mereka memberitahu MalaysiaNow bahawa walaupun kerajaan cuba menonjolkan seolah-olah ia berjaya mencapai penyelesaian yang menguntungkan Malaysia hasil rundingan beberapa bulan dengan Washington, hakikatnya tiada pulangan jelas yang boleh dinilai dari sudut ekonomi, terutama apabila dibandingkan dengan jumlah komitmen pelaburan diumumkan.

Apa yang disebut sebagai "pengurangan tarif" itu datang bersama komitmen pelaburan besar daripada Malaysia, termasuk pembelian pesawat Boeing serta perolehan teknologi dan kerjasama infrastruktur melibatkan syarikat utama negara seperti Petronas, Tenaga Nasional, Telekom Malaysia dan beberapa pemain industri semikonduktor.

Malaysia turut bersetuju menghapuskan cukai import ke atas majoriti 11,000 produk AS, di samping membekalkan unsur nadir bumi.

"Untuk itu kita hanya dapat pengurangan tarif AS sebanyak 6% sahaja (daripada 25% kepada 19%). Ini bukan perjanjian yang baik," kata bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Sebaliknya, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia Tengku Zafrul Aziz terus mengalu-alukan tarif 19% itu.

Beliau mengakui keseluruhan komitmen di pihak Malaysia mencecah lebih AS$240 bilion, atau bersamaan dengan lebih RM1 trilion.

Bagaimanapun, ia membangkitkan soal keadilan pertukaran antara kedua-dua negara, terutamanya apabila pulangan diperoleh hanyalah pengurangan tarif sebanyak 6%, iaitu daripada ancaman asal Trump untuk mengenakan 25%.

Pakar ekonomi Carmelo Ferlito mempersoalkan naratif yang mengatakan Malaysia mendapat manfaat besar apabila tarif 25% yang diancam Trump dikurangkan kepada 19%.

Ferlito yang mengetuai badan pemikir Centre for Market Education mengingatkan bahawa kadar tarif ke atas barangan Malaysia sebelum ini hanyalah sekitar 2% hingga 3%. 

"Tarif itu sebenarnya tidak pernah pun 25%. Itu hanyalah ancaman yang digunakan oleh Trump untuk memulakan rundingan, strategi bagus oleh orang bisnes," katanya kepada MalaysiaNow.

"Maka tarif tidak dikurangkan, sebaliknya dinaikkan."

Menurutnya, dakwaan Putrajaya mengenai "kejayaan rundingan" sekiranya dinilai berdasarkan fakta, akan menyerlahkan kebimbangan mengenai komitmen besar yang perlu dipenuhi Malaysia.

'Jelas tidak menguntungkan'

Ferlito berkata dengan mengambil kira nilai keseluruhan dagangan luar negara sebanyak AS$681 bilion (RM2.87 trilion) pada tahun lepas, komitmen daripada Malaysia untuk membelanjakan AS$240 bilion (RM1.14 trilion) dalam pelaburan dan pembelian barangan AS bakal mencapai 35% daripada jumlah itu.

Katanya, jumlah eksport Malaysia ke AS pada tahun lepas mencecah RM198.6 bilion, manakala jumlah import dari AS sebanyak RM126.2 bilion, iaitu kelebihan perdagangan RM72.3 bilion (AS$17.2 bilion). 

Beliau kemudian membandingkannya dengan nilai keseluruhan komitmen ekonomi dari Malaysia kepada AS, termasuk pembelian pesawat Boeing, pelaburan teknologi dan kerjasama dengan syarikat seperti Petronas, Tenaga Nasional dan Telekom yang mencecah AS$240 bilion.

"Ini bermakna komitmen Malaysia terhadap AS adalah kira-kira 13 kali ganda jumlah lebihan dagangan Malaysia berbanding AS," kata Ferlito.

Hasil rundingan tarif dengan AS jelas tidak menguntungkan Malaysia, tambahnya.

Beliau mengingatkan, apa-apa keputusan yang dicapai akhirnya terpulang kepada syarikat-syarikat yang terbabit secara langsung.

"Perdagangan bukan antara kerajaan, tetapi antara syarikat. Oleh itu, perjanjian itu perlu berdepan komitmen sama terhadap perjanjian itu oleh syarikat.

"Perdagangan melibatkan syarikat bertindak kepada logik ekonomi dan bukannya geopolitik," katanya.

Ferlito bagaimanapun beranggapan langkah Malaysia memotong atau menghapuskan tarif ke atas sebahagian besar produk buatan AS bukan menjadi masalah kerana akhirnya akan menguntungkan pengguna di samping meningkatkan persaingan.

Bagaimanapun, sekali lagi beliau mengingatkan manfaat sebenar hanya akan dinikmati jika perniagaan tempatan bersedia bersaing secara adil dan efisien dalam sistem pasaran terbuka.

Ferlito berkata tumpuan kerajaan sepatutnya lebih kepada agenda perubahan domestik berbanding rundingan antarabangsa yang penuh persepsi.

Senada dengan Ferlito ialah penganalisis ekonomi Geoffrey Williams, yang turut mempersoalkan dakwaan "kejayaan" rundingan tarif Malaysia-AS.

Katanya, naratif yang dibawa kerajaan merupakan gimik persepsi yang kelihatan gah, tetapi hakikatnya tiada manfaat sebenar.

Memberi contoh pembelian Boeing, Williams berkata permintaan tinggi terhadap pesawat itu di peringkat global berkemungkinan menyebabkan kelewatan penghantaran.

"Kemungkinan besar penghantarannya hanya berlaku selepas tempoh pentadbiran Presiden Trump berakhir. Ketika itu, perjanjian ini berisiko digugurkan,” katanya, sambil menambah bahawa sementara tempahan Malaysia lebih kecil berbanding negara lain, masih tidak jelas sama ada ia merupakan merupakan penggantian pesawat sedia ada, peralihan daripada Airbus kepada Boeing atau pelaburan baharu secara bersih.

Williams bersetuju pengurangan tarif sebanyak 6% adalah terlalu kecil, malah tidak meletakkan Malaysia pada kedudukan yang lebih baik berbanding negara Asean lain, katanya.

"Malaysia masih kekal pada tahap yang sama seperti kebanyakan negara serantau, malah jauh ketinggalan berbanding negara seperti Singapura, Korea Selatan, Jepun dan anggota Kesatuan Eropah (EU) yang menikmati akses pasaran Amerika Syarikat tanpa perlu membuat komitmen berskala besar," katanya.

Bagi Williams, jika apa yang digambarkan sebagai pencapaian hanyalah urusan sedia ada yang dihias semula dengan retorik diplomatik, Malaysia sebenarnya sedang membayar harga yang terlalu mahal untuk sesuatu yang tidak pun wujud secara nyata.

"Realitinya, kita tidak menerima pengurangan tarif yang besar. Jika dinilai secara objektif, ini lebih kepada permainan persepsi bukan satu pencapaian ekonomi sebenar."

Pandangan serupa diutarakan bekas menteri Zaid Ibrahim, yang menyifatkan pentadbiran Anwar mudah diperdaya.

"Trump akan berkuasa untuk kurang daripada empat tahun lagi. Dasar gila untuk melindungi (ekonomi Amerika), seperti juag semua hal berkait Trump, mungkin akan berakhir dengan huru hara, sama ada di peti undi atau di mahkamah.

"Maka mengapa kita begitu mudah tertipu? Mengapa pemimpin kita terus panik hanya kerana sedikit tekanan oleh seorang presiden asing yang tak menentu?"

Zaid berkata dalam tempoh empat tahun akan datang, Malaysia sekadar menjimat AS$10.4 bilion, atau AS$2.6 bilion setahun, berdasarkan nilai eksport semasa Malaysia sebanyak AS$43 bilion setahun. 

"Sebaliknya, kita komited membeli AS$240 bilion barangan AS. Itu samalah tukar RM24 untuk jimat RM1. Bagaimana ia boleh dianggap dasar ekonomi yang mantap?” soalnya.

WOIT

TANGKAP

PAKAR EKONOMI

YANG BERANI

PERTIKAI 

MADAFAKA

KAH KAH KAH

TUTUP PORTAL

MALAYSIA NOW

YANG LAPOR 

BERITA INI

KHALAS

JANGAN BENARKAN SOSOK BODOH JADI PEMIMPIN


KUNCINYA

JANGAN 

BENARKAN

SOSOK BODOH

MEMIMPIN KITA

DAN JANGAN

TAKUT DENGAN

CERITA ARAB

KHALAS





Unknown commented on 
"JANGAN KENA TIPU"

Kena tipu? Betulkah? Sejak bila kena tipu? Sejak Mahathir atau sejak Madafaka? Ingat penipuan ini tidak berhenti disambung setiap kali orang baru naik takhta amin, kah kah kah jangan marah orang bijak menipu orang bodoh, ini lumrah selagi bodoh akan terus ditipu dengan agenda bangsa agama negara amin kah kah kah dahulu sebelum kah kah kah diharamkan


Unknown commented on "
LAPORAN BEDAH SIASAT - 
DUA MINGGU LAGI ?"

Manusia sudah sampai planet Marikh, mungkin berpuluh kali berpusing dalam orbit bumi, pencapaian sains teknologi terus berkembang, kita sini pula ke belakang woit, bab stokin bab bendera terbalik, bab cukur bulu ketiak, haram halal, negara Singapura buat air minuman dari air laut, kita jual air mentah beli balik air sudah proses, ini pencapaian Negara Merdeka, amin syukur alhamdulillah kurniaan Tuhan terus menjaga semua kelompok kedarah rakyat Malaysia setiap masa amin kah kah kah

CARA ZIONIS DAN MADANI




5 wartawan Al Jazeera terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan khemah media

BANDAR GAZA: Al Jazeera berkata dua wartawannya, termasuk seorang wartawan terkemuka, Anas al-Sharif dan tiga jurukamera terbunuh dalam serangan Israel ke atas khemah mereka di sini, semalam.

Serangan itu adalah yang terbaru menyaksikan wartawan menjadi sasaran dalam perang 22 bulan di Gaza, dengan kira-kira 200 petugas media terbunuh sepanjang konflik itu, menurut pemerhati media.

Al-Sharif, 28, dikenali kerana liputan meluasnya dari utara Gaza sejak tercetusnya perang.

Al Jazeera mendakwa serangan itu adalah tindakan yang disasarkan secara khusus terhadap kumpulan wartawannya.

"Anas al-Sharif dan tiga rakan setugas maut apabila khemah untuk petugas media di luar pintu utama hospital terkena serangan," kata stesen berpangkalan di Qatar itu.

Tentera Israel mengesahkan mereka memang menyasarkan Al-Sharif, dengan menuduhnya sebagai pengganas yang menyamar sebagai wartawan dan mengetuai sebuah sel pejuang Hamas yang bertanggungjawab melancarkan serangan roket ke arah orang awam Israel dan anggota tentera.

"Sebentar tadi, di Bandar Gaza, IDF menyerang pengganas Anas al-Sharif, yang menyamar sebagai wartawan rangkaian Al Jazeera," kata tentera Israel dalam kenyataan di Telegram.

Al-Sharif adalah antara wajah paling dikenali dalam liputan Al Jazeera di Gaza, tampil setiap hari memberi laporan langsung dari kawasan konflik.

Hubungan Israel dan Al Jazeera sememangnya tegang sejak sekian lama, termasuk larangan operasi stesen itu di Israel dan serbuan pejabatnya susulan perang di Gaza.


CARA ZIONIS

BILA TAK SUKA

DENGAR BERITA

BUNUH PEMBAWA

BERITA

AMIN

CARA MADANI

BILA TAK

SUKA  DENGAR 

SOALAN

YANG DI TANYA

TANGKAP YANG

BERTANYA

AMIN

INILAH  CARA

KERJA ZIONIS

MADANI 

BLACKROCK

KHALAS

PETANG INI


PETANG INI

JAM 6.20

KL INDAH CERAH



JANGAN LUPA SEJARAH



JANGAN LUPA

SEJARAH

JANGAN MUDAH

LUPA

KHALAS

Unknown commented on
 "PAGI INI"

Kena faham bahawa United Gerombolan Sdn Bhd sudah tiada taring lagi, mana-mana tokoh nak dibersihkan kena masuk senarai TYT, ini perkiraan mudah, imuniti segalanya, akan disucikan terus, tetapi kena ingat kuncu kroni-kroni gerombolan berkeliaran mencari stokin, mencari bendera terbalik apa-apa saja untuk dijadikan modal politik perkauman, inilah sahaja modal boleh digunakan menjelang Hari Raya nanti, kah kah kah

tetapi kuncu-kuncunya lupa mereka juga sebahagian dari kerajaan Madafaka kah kah kah ironinya populariti semakin merudum lagi, selagi keinginan berkuasa melampaui batasan kemanusiaan kehancuran menanti, sepatutnya ramai lagi kuncu kroni-kroni gerombolan berkeliaran tanpa sebarang tindakan kerana bersekutu sepertimana TPM sekarang kah kah kah, 

kena faham niat politik mereka, bukan negara jauh sekali rakyat terlalu jauh lagi bangsa agama diutamakan, diri sendiri perlu diselamatkan dahulu kah kah kah pun masih ramai pengikut tong sampah sarap seperti PMX dahulu nak bersihkan dari dalam akhirnya lubang nikmat kotor juga dicari amin kah kah kah 

jangan marah-marah jangan lupa sejarah kerana sejarah memberi kesedaran kepada kita, penyakit mudah lupa kena kurangkan amin

EZI DAN TAK TAK BALIK KAMPONG


KEMARIN EZI

DAN TAK TAK

BALIK JELEBU


LIMAU NIPIS
 SEDANG BERBUAH

BUAH CIKU MASIH MUDA


NANGKA MASIH MUDA

LIMAU LEMON
 BANYAK DI POKOK
TAPI KERAS


RAMBUTAN 
4 POKOK MASAK RANUM

AMAT MANIS 
BANYAK SEMUT

DELIMA  BARU BERBUNGA

BUAH NAGA SEDIA DI PETIK

BUAH MATOA BELUM MASAK

BLAK TON  BELUM GUGUR

MUSANG KING 
BARU BERBUNGA

BUAH MANGGA
 MASIH MUDA



TAK PERLU DIREDAKAN !!!


TAK PERLU REDAKAN

KEADAAN

AMIN

HASUT BAKAR

 HINGGA

TERLUNGKUP

KHALAS