Isnin, 18 Ogos 2025
FAKE NEWS - BERITA PALSU PERTAMA DARI TUNGKU ABDUL RAHMAN !!!
FAKE NEWS
BERITA PALSU
PERTAMA DISEBAR
OLEH
TUNGKU ABDUL
RAHMAN
KHALAS
APA JADI DENGAN KES FARHASH ?
‘Kes Farhash senyap, lawan politik diburu’ – Besut serang Anwar
Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN–Besut) mempersoalkan dakwaan bahawa tiada tindakan pihak berkuasa terhadap bekas pembantu Perdana Menteri Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, berhubung tuduhan rasuah.
Ahli Parlimen PAS itu turut menuduh Anwar dan pentadbirannya bersikap “pilih kasih” dalam memburu individu yang didakwa mengumpul kekayaan besar, dengan mendakwa perdana menteri lebih berminat mengejar lawan politik dan keluarga mereka berbanding menangani tuduhan serupa melibatkan sekutunya.
“Saya nampak PM macam nak kejar, buru anak-anak Tun Dr Mahathir (Mohamad), pulangkan balik dan sebagainya, dan juga Tun Daim (Zainuddin), dah meninggal dah pun, nak buru lagi.
“Tapi berdiam apabila berlaku ke atas Farhash disebut, siapa Farhash, boleh tahu la siapa apa hubungan dia dengan PM. Langsung tidak ada disebut,” kata Che Mohamad Zulkifly ketika perbahasan mengenai Rancangan Malaysia Ke-13 di Dewan Rakyat hari ini.
Katanya, walaupun Bloomberg pernah melaporkan dakwaan campur tangan perdana menteri bagi menghalang siasatan terhadap Farhash, sehingga kini kerajaan tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap portal berita itu.
Laporan Bloomberg pada 26 Sept tahun lalu memperincikan dakwaan campur tangan politik dalam operasi SPRM. Artikel itu – yang kemudiannya disiasat polis – memetik sumber mendakwa Anwar mengarahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, supaya tidak menyiasat Farhash berhubung pembelian saham dalam HeiTech Padu Bhd.
Bulan lalu, MalaysiaNow pula mengaitkan Farhash dengan skandal lesen penerokaan mineral di Sabah, termasuk memuat naik rakaman audio yang didakwa menunjukkan Ketua Menteri Hajiji Noor menyatakan sokongan kepada sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Farhash.
Lembaga Sabah Mineral Management Sdn Bhd (SMM), yang dipengerusikan Hajiji, kemudian menafikan bahawa mana-mana syarikat yang dikaitkan dengan Farhash telah diberikan lesen penerokaan di negeri itu.
Farhash juga mengeluarkan penafian serta menghantar surat tuntutan kepada MalaysiaNow berhubung laporan tersebut.
Awal bulan ini, MalaysiaNow mengesahkan ia sedang disiasat polis susulan aduan yang dibuat oleh SMM.
Warisan mengutuk siasatan polis terhadap portal itu, dengan ahli majlis tertingginya, Mudi Dubing, menyatakan rasa kecewa kerana pihak berkuasa menyasarkan media dan bukannya menyiasat dakwaan tersebut.
Sebelum ini, Mahathir membidas Anwar selepas perdana menteri mencadangkan anak-anak bekas perdana menteri itu memulangkan kekayaan kepada kerajaan jika ia diperoleh melalui cara meragukan atau tidak sah.
Difahamkan, dua anak Mahathir – Mokhzani dan Mirzan – sedang menguruskan hal perundangan bersama SPRM, manakala agensi itu turut aktif mengenal pasti aset luar negara milik keluarga Daim.
Zulkifly turut membidas Ahli Parlimen kerajaan, menuduh mereka bersikap dwi-standard kerana didakwa membisu berhubung kematian pelajar tingkatan satu, Zara Qairina Mahathir, walaupun pernah “bersuara lantang” bertahun-tahun mengenai kematian pembantu politik Teoh Beng Hock pada 2009.
Ahli Parlimen pembangkang itu mendakwa walaupun kes Teoh diklasifikasikan sebagai “tiada tindakan lanjut” oleh pihak berkuasa, “pihak sebelah sana” masih terus membangkitkan isu tersebut dan menyuarakan kemarahan, tetapi “tidak sepatah pun” menyentuh kes Zara.
MADAFAKA
TERUS PUTAR
ALAM
KAH KAH KAH
PUTAR KLIP
VIDEO UNTUK
ENJOI DE MENJOI
KAH KAH KAH
KHALAS
MADAFAKA DAH TAKUT
PMX Takut Lihat Kebangkitan Rakyat, Dakwa Pejuang
KUALA LUMPUR, 18 Ogos 25 – Ketua Penerangan Pejuang, Rafique Rashid mendakwa rakyat kini sudah berani bangkit mempersoal kerajaan selepas himpunan Turun Anwar di ibu negara sebelum ini.
Peguam itu mendakwa, ia juga menyebabkan Anwar Ibrahim merasa terancam dan takut dengan kebangkitan rakyat yang mempersoalkan banyak perkara kepada pentadbiran kerajaan pimpinannya.
“Saya percaya PMX ketakutan. Maka dia cuba takutkan rakyat. PMX ketakutan kerana rakyat bangkit. Kerana rakyat mula persoal kelemahan kerajaan dan PMX sendiri.
“Kita sedang saksikan ‘after effect’ Himpunan Turun Anwar. Rakyat mula ke hadapan untuk suarakan rasa tidak puas hati,” kata Rafique dalam hantaran Facebook.
Rafique mendakwa isu kematian pelajar Tingkatan Satu Zara Qarina Mahathir dan bendera Jalur Gemilang terbalik antara yang mendapat perhatian ramai dan mempersoalkan pihak berkuasa.
“Tiada post mortem. Cuba disapu bawah karpet. Cuba disenyapkan. Rakyat hidu, rakyat bertanya, rakyat bergerak dan rakyat bersuara. Setiap yang ada di tempat kuasa dipersoal. Apa salah Rakyat dalam isu Zara Qairina?
“Bendera terbalik tidak boleh kompromi. Maka rakyat berhimpun , bersuara , kutuk mereka yang tidak hormat Jalur Gemilang. Alasan si pelaku pula tidak boleh terima akal. Selalunya mereka tekan butang OKU. Rakyat tidak puas hati kerana tindakan seperti tiada.
“Apa salah Rakyat dalam isu Jalur Gemilang?,” soalnya.
Disebabkan persoalan sedemikian, Anwar dakwanya semakin garang, dan menggesa agar tidak lagi berlaku sebarang unsur hasutan.
“Semalam perdana menteri marah dan garang. Hentikan menghasut katanya. Perlu jaga keharmonian negara. Dalam ucapan ugutan itu,PMX sempat beri amaran terkahir. Seolah arahan pada polis,” kata Rafique.
“Nasihat saya pada PMX.Perbetul diri anda dulu. Pada rakyat, teruskan bersuara. Itu hak anda…ugutan rakyat jauh lebih mereka takuti.” @politiko.my
AWAS !!!
RAKYAT MAKIN
BERANI
KE JALAN RAYA
AMIN
BILA MADAFAKA
TAKUT
DIA AKAN LAGI
ZALIM
UNTUK TERUAS
BERKUASA
AMIN
WAJIB PAKAI GOLD DAN GINCU KE ?
Penerangan Kerajaan Madani Lemah, Menteri Komunikasi Lemah, Kata Hanipa Maidin
KUALA LUMPUR, 18 Ogos 25 – Bekas Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin menyifatkan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil terlalu lemah hingga menjadikan komunikasi kerajaan perpaduan tidak teratur.
Hanipa ketika mengulas prestasi kerajaan Madani berkata, keraajaan dilihat lemah dari segi komunikasi dan gagal mengemukakan naratif yang meyakinkan rakyat.
“Yang saya nampak, kerajaan nampak lemah dari segi komunikasi, maksud saya banyak isu, pembangkang main (isu), nampaknya pihak kerajaan gagal kemukakan naratif yang meyakinkan rakyat.
“Terlalu banyak isu nampak kerajaan tak kuasai naratif. Bermakna, naratif pembangkang nampak menguasai masyarakat. Katanya kepada politiko.my
Menurutnya, ketika ini isu utama adalah mengenai kos sara hidup, tetapi kerajaan bagaimana pun dilihat tidak mampu mengurus keadaan ini.
“Saya nampak isi utama sekarang khususnya rakyat, terbeban kos sara hidup. Saya naik grab ke apa rakyat bawahan jumpa saya ingatkan saya MP, perkara mereka sering adu alah kos sara hidup.
“Bagi rakyat, mereka dalam keadaan tertekan dari ekonomi. Saya tanya peniaga mereka komplen benda sama. Saya tak pasti apa kerajaan nak buat, tapi kalau mereka buat pun masyarakat tak sampai, Katanya.
Hanipa yang juga mantan Timbalan Menteri berkata, kerajaan ketika ini harus menangkis semua ini namun aspek penerangan terlalu lemah.
“Fahmi ini macam tak mampu. Tak nampak peranan dia. Nampak peranan dia terlalu macam air permukaan tidak mendalam.
“Rakyat nampak seolah-olah tidak ada penerangan. Ujarnya. @politiko.my
WOIT
HANIPAH MAIDIN
LEMAH MACAM
MANA?
KAH KAH KAH
NAK KERAS
MACAM APA?
KAH KAH KAH
NAK KERAS
MACAM SUKMA
ATAU NAK KERAS
MACAM AZIZAN
KAH KAH KAH
DAH TAK PAKAI
GINCU KIRA
DAH KERAS
KAH KAH KAH
ATAU NAK ARAH
KERETA POLIS
DATANG
KAH KAH KAH
KHALAS
PETANG INI
PETANG INI
JAM 6 PETANG
KUALA LUMPUR BERJEREBU NIPIS
LANGIT PUCAT. BIRU
MATAHARI DI KAMBUS AWAN
ALAM REDUP BERANGIN LEMAH
PETANG YANG MENJAJIKAN
MALAM YANG SEJOK
AMIN
PERSAWAH BERUNIFORM BIRU ?
PESAWAH PAKAI
UNIFORM BIRU
INI SIAPA?
AMIN
DARI KODIANG
ATAU
DARI SEKINCHAN
AMIN
Unknown commented on
"KES ANAK RAFIZI"
Tunggu tunggu sabar sabar kalau anak orang biasa nak tanya apa perkembangan pun takut, nanti kena maki oleh pesawah berpakaian uniform biru woit kah kah kah
JAMBU BERPELUANG BERTEMU JAMBU
JAMBU
BERPELUANG
BERTEMU JAMBU
AMIN
Unknown commented on
"MENCARI SEBAB MUSABAB
ZARA MATI"
Institusi berasrama tidak sesuai lagi, tidak sesuai, banyak hal banyak karenah, macam-macam karenah birokrasi orang kita yang semakin hilang kemanusiaan, apabila duit menjadi penentu segalanya maka hancur dunia kah kah kah
BENDERA BELANDA ADA HITAM
BENDERA
BELANDA
ADA HITAM
AMIN
Unknown commented on
"PAGI INI"
bendera merah putih juga meniru belanda.. hanya buang biru dah jadi merah putih.. kah kah kah
DEMI KESAKSAMAAN
DEMI
KESAKSAMAAN
UMNO ADA ZAHID
DAP ADA
GUANG ENG
KHALAS
Unknown commented on
"SAKSI KES TOROWONG
GUAN ENG"
kenapa lim guan eng masih ahli parlimen... sebab pengudi dia suka perasuah suka penyamun..
TINGGALKAN JALUR TEMBERANG
TINGGALKAN
JALUR TEMBERANG
AMIN
Unknown commented on
"SEJARAH JALUR TEMBERANG"
"Bersempena dengan bulan kebangsaan, YB Timbalan Menteri (Adam Adli) turut mengajak warga KBS bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang bagi menyemarakkan semangat patriotisme."
"Aktivis Adam Adli Abdul Halim dan Hishamuddin Rais hari ini ditangkap polis selepas gesaan supaya pihak berkuasa bertindak tegas kepada mereka kerana mengibarkan bendera 'Sang Saka Malaya'."
orang sama watak berbeza... kah kah kah
PERCUBAAN UNTUK MEMBULI MLAYSIANOW !!!
MEMBULI
MALAYSIANOW
MalaysiaNow tidak akan tunduk kepada gangguan
Pada 11 Ogos 2025, saya disoal siasat polis berdasarkan sebuah laporan polis yang dibuat di Kota Kinabalu berhubung artikel diterbitkan MalaysiaNow, yang antara lain mendedahkan bagaimana Sabah Mineral Management, sebuah agensi dipengerusikan oleh ketua menteri Sabah, telah meluluskan permohonan lesen cari gali mineral untuk sebuah syarikat yang dikaitkan dengan bekas setiausaha politik kepada perdana menteri, Farhash Wafa Salvador.
Saya diberitahu bahawa siasatan dijalankan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan kerana membocorkan dokumen sulit, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) yang berkait penggunaan tidak wajar kemudahan dan perkhidmatan rangkaian.
Sejajar dengan hak perlembagaan saya, saya mengambil keputusan untuk tidak menjawab sebarang soalan polis mengenai artikel itu.
Pada hari sama, saya dimaklumkan bahawa Farhash telah memfailkan permohonan untuk menghalang MalaysiaNow daripada menerbitkan apa-apa laporan seterusnya yang menyentuh perkara itu, di samping saman fitnah yang menuntut ganti rugi sekurang-kurangnya RM10 juta.
Perbicaraan memohon injunksi di Mahkamah Tinggi Shah Alam akan dijalankan melalui Zoom esok (19 Ogos).
Menyusuli saman Farhash, satu lagi saman difailkan oleh Sabah Mineral Management, dengan menuntut kos RM2 juta di samping "ganti rugi" lain.
Minggu ini, pada 21 Ogos, saya sekali lagi akan disoal siasat polis, kali ini berdasarkan laporan polis dibuat Farhash. Sekali lagi, saya akan menggunakan hak untuk tidak menjawab.
Kedua-dua undang-undang yang digunakan untuk menyoal saya - Seksyen 203A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 AKM - merupakan undang-undang yang menjadi senjata ampuh kepada kerajaan dalam menghalang wartawan menjalankan tugas, lebih-lebih lagi mereka yang melakukan "investigative journalism" (penyiasatan) untuk mendedahkan salah laku oleh orang yang berkuasa, selaras dengan peranan media sebagai kuasa keempat.
Adalah tidak masuk akal langsung bahawa semua ini berlaku meskipun terdapat dokumen, surat dan klip audio yang menyokong laporan kami pada 21 Julai, bahawa sebuah syarikat dikawal Farhash dan seorang lagi individu diberikan hak eksklusif untuk cari gali mineral di kawasan seluas 70,000 hektar hutan simpan berhampiran sempadan Kalimantan.
Seharusnya pendedahan mengejutkan seperti ini mendorong pihak berkuasa, termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, untuk memulakan siasatan bukan sahaja terhadap apa yang dilihat sebagai kapitalisme kroni yang terang-terangan dalam mengejar kekayaan semula jadi Sabah, tetapi juga bagaimana kawasan yang hampir tiga kali ganda keluasan Kuala Lumpur boleh dibuka untuk penerokaan mineral walaupun statusnya sebagai hutan simpan.
Apa yang berlaku adalah sebaliknya, iaitu media menjadi sasaran.
Soal siasat polis, saman fitnah dan permohonan untuk menutup mulut MalaysiaNow, semuanya sebahagian daripada usaha mengganggu wartawan, trend yang semakin meningkat seiring dengan pelbagai kenyataan pemimpin kerajaan untuk kononnya mempertahankan kebebasan media.
Sebagai editor MalaysiaNow, saya tidak akan tunduk kepada gangguan dan tekanan seumpama ini.
Saya memutuskan untuk memenuhi kewajipan saya sebagai seorang wartawan untuk tidak sesekali pun mendedahkan sumber saya kepada pihak berkuasa.
Editor, MalaysiaNow
18 Ogos 2025









