Jumaat, 22 Ogos 2025

SAPA KONTUT TOLO SAIPOL BORANGIN


SAPA KUNTUT

TOLO SAIPOL

BERANGIN

KAH KAH KAH

KHALAS 

SAH - PELAJAR INI DI BUNUH OLEH KAWAN SEASRAMA


SAH - PELAJAR

DIBUNUH OLEH 

KAWAN SEASRAMA

KHALAS 

MADAFAKA JADI MAT MOHONG KINI MAT BELIT




300 muka surat bukti terperinci bukan khabar angin - ahli perniagaan bidas PM

Albert Tei, yang mendedahkan skandal perlombongan Sabah, mengeluarkan kenyataan tajam terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang menanggapi keterangannya terhadap enam Adun yang didakwa terlibat skandal itu sebagai khabar angin semata-mata.

Ahli perniagaan itu menolak dakwaan Anwar bahawa hanya video diserahkan kepada SPRM, dan sebaliknya menegaskan bahawa dia telah menyerahkan dokumen melebihi 300 muka surat.

"Bukan hanya video, tetapi jejak wang, rekod bank, dokumen, surat-menyurat bertulis dan lokasi tertentu. Setiap butiran disusun, disahkan secara silang dan diserahkan kepada pihak berkuasa.

“Saya juga menyerahkan telefon bimbit saya yang mengandungi perbualan WhatsApp dengan Adun berkenaan kepada SPRM.

“Meremehkannya sebagai ‘hearsay’ (khabar angin) adalah tidak bertanggungjawab – ia adalah satu pengkhianatan,” katanya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Menurut Tei, dokumen yang dikemukakan terhadap enam Adun itu adalah sama dari segi format dan kekuatan dengan yang melibatkan dua Adun lain yang didakwa di mahkamah.

"Jadi kenapa pilih kasih? Mengapa dua didakwa manakala enam bebas? Adakah ini kerana pengaruh politik, survival parti, atau kronisme biasa?" soalnya.

Tei berkata kenyataan Anwar itu bukan sahaja "amat mengecewakan" tetapi merupakan "penghinaan langsung" kepadanya dan semua orang yang berani mendedahkan rasuah.

"Saya mempertaruhkan nyawa saya, masa depan saya, malah keselamatan keluarga saya untuk mengemukakan dokumen ini. Saya disuruh diam. Saya enggan. Kerana saya percaya pada seruan anda untuk Malaysia yang bersih. Anda merayu rakyat untuk berdiri bersama anda untuk pembaharuan. Saya berdiri. Dan sekarang? Kerajaan anda melemparkannya kembali ke muka saya, menolaknya sebagai lemah," tambahnya.

Mengingatkan Anwar tentang slogan “reformasi”, Tei berkata undang-undang itu mestilah bebas daripada pilih kasih dan tidak diputar belit untuk kepentingan politik.

"Jika anda benar-benar percaya kepada Malaysia yang anda janjikan, maka buktikan. Bertindak atas bukti. Tuntut semua mereka. Tamatkan pilih kasih. Tamatkan kronisme. Kurang daripada itu adalah pengkhianatan terhadap reformasi yang anda bersumpah untuk tegakkan," tegasnya.

Pada Selasa, Anwar memberitahu Dewan Rakyat bahawa SPRM hanya boleh mendakwa dua Adun - Andi Muhammad Suryady Bandy (Tanjung Batu) dan Yusof Yacob (Sindumin) - kerana dakwaan terhadap enam yang lain adalah khabar angin.

"Lapan (Adun) dikaitkan liputan video itu. Tapi apabila SPRM lihat, kes mesti kuat untuk didakwa. Saya tak campur tapi saya tanya kenapa dua (didakwa)?

"Itu alasan mereka. Mereka ambil kes yang substantive in facts and law untuk pendakwaan. Kalau tak substantive dengar dari video saja, tak boleh (dakwa di mahkamah)," kata Anwar semasa sesi soal jawab Perdana Menteri di parlimen.

Anwar berkata, daripada pengalamannya sendiri, rakaman dan video sahaja tidak memadai tanpa fakta yang menyokong dan alasan undang-undang.

“Menurut SPRM, mereka yang didakwa adalah mereka yang mereka yakin mempunyai alasan yang mencukupi.

"Yang lain hanya berdasarkan khabar angin, termasuk suara dalam video," kata Anwar.

Selain dua Adun itu, Tei sendiri didakwa di mahkamah kerana menawarkan rasuah.

Sementara itu, bekas ketua pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya turut membidas jawapan Anwar, menuduh kerajaannya "menutup sebelah mata" terhadap rasuah.

“Kita kini kembali ke titik lama; golongan reformis yang kononnya membawa pembaharuan kini bertindak sama seperti kerajaan BN korup yang memerintah hingga 2018.

“Dakwaan Anwar bahawa bukti terhadap enam Adun lain hanya berdasarkan video semata-mata adalah jelas tidak benar.

“Tei telah menyerahkan dokumen setebal 300 muka surat terhadap mereka, selain daripada video. Ia bukan ‘video semata-mata’,” katanya.

Adun daripada gabungan pemerintah Gabungan Rakyat Sabah (GRS), yang merupakan sekutu Pakatan Harapan pimpinan Anwar, termasuk Timbalan Ketua Menteri Shahelmey Yahya, Menteri Kewangan Negeri Masidi Manjun, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Arifin Arif, yang juga menantu Yang Dipertua Negeri Sabah Musa Aman, speaker dewan undangan negeri Kadzim Yahya antara yang dikaitkan dengan skandal itu.

Ahli politik lain ialah Masiung Banah (Kuamut), Rubin Balang (Kemabong) dan Arsad Bistari (Tempasuk).

Pada bulan Jun, enam lagi pemimpin tertinggi parti daripada GRS dikaitkan dalam skandal itu. Bagaimanapun, SPRM tidak mengulas mengenai pendedahan ini walaupun parti pembangkang di Sabah menggesa siasatan dijalankan.

MADAFAKA

INI MAT MOHONG

PAKAR BELIT

KAH KAH KAH

RIBU RIBU

RAKYAT SABAH

TURUN BERDEMO

KES ZARA

AMIN

KES RASUAH 

JUGA JADIKAN

WARGA SABAH

NAIK DARAH

JENG JENG JENG

HANYA SATU 

JAWAPAN

BUNGKUS 

MADANON

TERAJANG

MADAFAKA

KHALAS

ANAK RAFIZI KENA SUNTIK APA ?


Kes anak Rafizi diserang: Polis ambil keterangan 19 individu

Polis telah mengambil keterangan seramai 19 individu bagi membantu siasatan berkaitan kes anak lelaki bekas Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli yang diserang di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya pada 13 Ogos lepas.

Ketua Polis Negara Mohd Khalid Ismail berkata mereka yang dipanggil termasuk ahli keluarga Rafizi, pemandu, pekerja serta beberapa saksi lain.

"Selain itu, polis telah mengambil dan sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian," katanya pada sidang media di Bukit Aman hari ini.

Pada masa sama, Mohd Khalid berkata polis masih menunggu laporan kimia daripada pihak hospital berkaitan cecair yang disuntik kepada anak Rafizi.

Dia turut memaklumkan kanak-kanak berusia 12 tahun itu berada dalam keadaan stabil, dengan doktor terus menjalankan pemantauan kesihatan terhadapnya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas dakwaan Rafizi bahawa isterinya menerima pesanan berbaur ugutan, Mohd Khalid berkata siasatan mendapati nombor telefon yang digunakan didaftarkan atas nama seorang warga asing, dan polis masih berusaha mengenal pasti individu terbabit.

Baru-baru ini, media melaporkan anak lelaki Rafizi diserang kira-kira dua petang di kawasan menurunkan penumpang sebuah pusat beli-belah di Putrajaya.

Rafizi mendakwa serangan itu melibatkan dua lelaki berpakaian hitam serta bertopi keledar yang menaiki sebuah motosikal dengan seorang daripadanya bertindak mengheret anaknya sebelum mencucuk sesuatu menggunakan jarum suntikan. -Bernama

WOIT

LAMA TUNGGU

LAPORAN MAKMAL

JENG JENG JENG

KIMIA APA?

VIRUS APA?

ATAU HANYA H20

AMIN

TALPON MAMAT

INDON KE ?

CARI CARI

CARI MUSTAHIL

TAK DAPAT

KHALAS

MINAH MESIN BASUH




Guru mengaku tidak bersalah sebar hantaran palsu berkaitan kes Zara Qairina

SEPANG – Seorang guru Bahasa Inggeris, Siti Hajar Aflah Sharuddin, 39, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas pertuduhan menyebarkan hantaran palsu di aplikasi TikTok berhubung kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir, awal bulan ini.

Pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Khairatul Animah Jelani.

Mengikut kertas pertuduhan, Siti Hajar didakwa memuat naik kenyataan melalui akaun TikTok miliknya dengan nama pengguna SHA Abrienda di pautan @btsarmyshas07 pada 6 Ogos lalu kira-kira jam 1.20 petang.

Hantaran itu kemudian dilihat dan didengar seorang anggota polis, Wong Yew Zhung, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2), Sepang, yang boleh menimbulkan kegentaran awam serta mendorong orang lain melakukan kesalahan terhadap ketenteraman awam.

Kesalahan itu dikemukakan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Peguam Zaiful Bahrain yang mewakili tertuduh memohon jumlah jaminan minimum dikenakan dengan alasan anak guamnya berkhidmat sebagai guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Selain itu, wanita berkenaan yang berpendapatan kira-kira RM5,000 sebulan mempunyai tanggungan lima orang termasuk tiga anak yang masih bersekolah serta ibu bapanya yang uzur.

“OKT (orang kena tuduh) tidak pernah dituduh sebelum ini, menyerah diri kepada polis dan hadir sendiri ke mahkamah. Maka tiada risiko beliau melarikan diri,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Mohd Izhar memohon mahkamah mengenakan jaminan bersesuaian dengan mengambil kira sifat kesalahan yang boleh menimbulkan kegusaran awam.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin.

Tarikh sebutan semula kes pula ditetapkan pada 9 Oktober depan.

Sementara itu, polis sebelum ini membuka 15 kertas siasatan berhubung penyebaran berita palsu mengenai kematian pelajar tingkatan satu itu, termasuk dakwaan bahawa mangsa dimasukkan ke dalam mesin basuh.

Pada 13 Ogos lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar, memaklumkan seorang wanita berusia 39 tahun turut ditahan di Rawang kerana dipercayai menyebarkan maklumat palsu berhubung kes tersebut sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Malah, Menteri Dalam Negeri,  Saifuddin Nasution Ismail, turut mendedahkan bahawa guru terbabit mengakui hantaran TikTok yang mendakwa Zara Qairina mati dimasukkan ke dalam mesin basuh hanyalah sekadar “content”. –

WOIT

 MINAH INI BUKA

 CERITA APA 

DALAM TIK TOK?

AMIN

SEMUA NAK TAHU

APA JADI DENGAN

MINAH YANG BUAT

SEBAR CERITA 

MESIN BASUH

KAH KAH KAH

APAKAH INI

MINAH YANG 

SAMA ?

 ATAU TUNGGU

9 OKTOBER

KHALAS

KENAPA BERI DANA PADA YAHUDI ZIONIS


KALAU SOKONG

PALESTIN KENAPA

BERI DUIT PADA

ZIONIS YAHUDI

AMIN 

Unknown commented on
MADAFAKA WAJIB DI TERAJANG !!!"

tak payah nak bayang kerajaan x d urus oleh rakyat , rakyat d guna sebagai ayat seperti nak tolong nak adil nak selesai masalah rakyat tapi sebenarnya rakyat kena tunggang kah kah kah

Unknown commented on
 "ISRAEL SIAPA SEDIA 
TAWAN GAZA"

Madafaka ada hantar 100juta kat pelesitin ada sampai atau dah kena klepet? Yang sampai cuma makanan mana pirigi itu duit?

KEMPEN TOLAK PENDATANG HARAM



Semua 55 juta pemegang visa sah AS tertakluk kepada semakan semula


WASHINGTON: Kesemua 55 juta warga asing yang memegang visa sah ke Amerika Syarikat (AS) tertakluk kepada semakan berterusan.

Demikian amaran Jabatan Negara AS, ketika Presiden AS, Donald Trump mempertingkat tindakan tegas terhadap visa dan imigresen.

"Proses penilaian berterusan Jabatan ini merangkumi lebih 55 juta warga asing yang kini memegang visa sah ke AS.

"Jabatan Negara akan membatalkan visa pada bila-bila masa sekiranya terdapat petunjuk mengenai potensi tidak layak.

"Ini termasuk petunjuk seperti tinggal melebihi tempoh, aktiviti jenayah, ancaman terhadap keselamatan awam, pembabitan dalam sebarang keganasan atau memberi sokongan kepada pertubuhan pengganas," kata seorang pegawai Jabatan Negara AS.

Pegawai itu tidak menyatakan bahawa kesemua 55 juta visa sedang disemak secara aktif, namun menjelaskan bahawa pentadbiran Trump menganggap kesemua visa itu terbuka untuk semakan.

Pegawai berkenaan, yang bercakap dengan syarat tidak dinamakan berkata, pentadbiran Trump kini memberi tumpuan khusus terhadap visa pelajar.

"Kami sedang menyemak semua visa pelajar," katanya, dengan menambah bahawa Jabatan Negara AS sentiasa memantau apa yang dinyatakan oleh individu di media sosial, yang kini menjadi salah satu keperluan dalam permohonan visa.

Setiausaha Negara, Marco Rubio, secara terbuka menyasarkan penunjuk perasaan anti-Israel, menggunakan undang-undang kurang dikenali yang membolehkan beliau membatalkan visa individu yang dianggap bertentangan dengan kepentingan dasar luar AS.

Jabatan Negara AS sebelum ini memaklumkan sebanyak 6,000 visa dibatalkan sejak Rubio memegang jawatan pada Januari bersama Trump.

Jumlah itu adalah empat kali ganda lebih tinggi berbanding jumlah visa pelajar yang dibatalkan oleh pentadbiran bekas Presiden AS, Joe Biden dalam tempoh sama tahun sebelumnya, menurut Jabatan Negara AS.

Rubio berhujah bahawa pentadbiran mempunyai hak untuk mengeluarkan dan membatalkan visa tanpa semakan kehakiman serta bahawa warga asing tidak menikmati hak kebebasan bersuara yang dijamin oleh Perlembagaan AS.

Namun, pentadbiran itu menghadapi halangan dalam dua kes berprofil tinggi.

Mahmoud Khalil, seorang pemastautin tetap sah di AS yang mengetuai protes pro-Palestin di Universiti Columbia, dibebaskan oleh hakim pada Jun.

Rumeysa Ozturk, pelajar siswazah dari Turkiye di Universiti Tufts yang menulis artikel mengkritik Israel di akhbar kampus, turut dibebaskan oleh hakim pada Mei sementara menunggu perbicaraan lanjut. – AFP

TERBAIK DARI

TRUMP

KAH KAH KAH

MAHARAJA INI

SEMAKIN GILA

HURU HARAKAN

AMERIKA

AMIN

ADAKAH MASIH

RAMAI YG MINAT

NAK DUDUK

DI AMERIKA

KAH  KAH KAH

KHALAS

UKRAINE TUNGGU MASA AKAN KALAH


    UKRAINE TUNGGU

MASA UNTUK KALAH

AMIN 

PETANG INI


PETANG INI

JAM 4 PETANG
CUACA PANAS MATAHARI BERSINAR
LANGIT BIRU INDAH

MALAM HUJUNG MINGGU
JADI ENAK



MELAYU TOLAK UMDAP


Mengaku tidak bersalah Akmal minta dibicarakan

BUKIT MERTAJAM — Ketua Pemuda UMNO,  Dr Muhamad Akmal Saleh, 37 mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini hari ini, atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan dalam laman sosial yang menimbulkan kegentaran dan keselamatan awam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Melaka itu memohon kesnya dibicarakan ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit.

Mengikut pertuduhan, Akmal didakwa mengeluarkan kenyataan dalam laman sosial miliknya yang ia dilihat menimbulkan kegentaran awam apabila mendorong mana-mana orang supaya melakukan kesalahan terhadap ketenteraman awam, pukul 3 petang pada 11 Ogos lalu.

Kenyataan itu dilihat serta didengar oleh Chong Wei Hoong di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Mertajam, di sini, yang mungkin menimbulkan kegentaran awam yang boleh mendorong mana-mana orang supaya melakukan kesalahan terhadap ketenteraman awam.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya,  Mohd Nordin Ismail, manakala Dr Akmal diwakili barisan peguam diketuai Aizat Azam.

Semasa prosiding, pihak pendakwaan mencadangkan jaminan RM10,000, namun Aizat memohon anak guamnya diberikan jaminan RM2,000 dengan alasan beliau perlu menyara seorang isteri serta dua anak yang masih kecil dan bersekolah.

Katanya, Dr Akmal juga perlu melaksanakan tugas rasminya sebagai wakil rakyat serta tugas Exco di Melaka, selain perlu menjalankan tugas sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia .

Mahkamah membenarkan Dr Akmal diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 September depan untuk serahan dokumen.

Terdahulu, ketibaan Ketua Pemuda UMNO itu tiba di Mahkamah Majistret, di sini, pukul 8.20 pagi disambut dengan laungan sorakan ‘hidup pemuda’ oleh ratusan penyokongnya yang berhimpun di luar bangunan mahkamah seawal 7 pagi tadi.

Puluhan anggota polis ditempatkan di lokasi bagi mengawal lalu lintas dan pergerakan orang awam ke mahkamah selain memastikan keselamatan terjamin.

Pada 14 Ogos lalu, Akmal dilaporkan mengetuai lebih 300 individu dalam satu perarakan sejauh 1.4 kilometer bagi membantah tindakan sebuah kedai perkakasan yang mempamerkan bendera negara secara terbalik di Kepala Batas.— BebasNews

PEMIMPIN MUDA

BERANI TOLAK

UMDAP DAN

ZAHID HAMIDI

AMIN

UMNO AKAN

MAJU JAYA

DIBAWAH

 DR AKMAL

KHALAS