Rabu, 24 September 2025

HAMAS MASIH ADA 46 ORANG TAWANAN - HIDUP & MATI

 


HAMAS MASIH ADA

46 ORANG TAWANAN

HIDUP & MATI

KHALAS

SAEKOR PENCURI BERNAMA BIK MAMA

Ringkasan ini tidak tersedia. Sila klik di sini untuk melihat siaran.

LAWAN MUSUH UTAMA




Malaysia Hanya Akan Kukuh Jika Melayu Bersatu, Kata Hishamuddin Rais

KUALA LUMPUR, 24 Sep 25 — Malaysia yang kukuh hanya dapat didirikan hasil daripada penyatuan keseluruhan umat Melayu di tanah air ini, kata aktivis politik, Hishamuddin Rais.

Jelasnya, penyatuan Melayu itu juga penting untuk membolehkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diturunkan.

“Tapi ada dua perkara memaksa bani Melayu bersatu untuk selamatkan negara ini daripada keadaan geopolitik dan Anwar Ibrahim. Kerana itu kita perlu penyatuan. Penyatuan ini penting.

“Geopolitik China, perang, dunia dah berubah…Anwar pula bawa negara kepada kemusnahan. Justeru Melayu kena bersatu (dalam) keadaan geopolitik (berubah) dan kedua jatuhkan Anwar,” kata Hishamuddin dalam rakaman “Bicara Payung Besar Melayu” yang diterbitkan oleh politiko.my, baru-baru ini.

Katanya, bangsa lain seperti Cina dan India juga mampu bernaung di bawah penyatuan Melayu.

“Kalau orang Melayu tak bersatu, orang lain pun akan berterabur. Orang Tionghua dan India mahu Melayu bersatu.

“Kerana bila negara ini diterajui bani Melayu yang meneraju negara bersatu,  negara ini menjadi kukuh, kalau kata Melayu sesama Melayu mengamuk, orang Cina dan India akan mengamuk sesama sendiri.

“Jadi harus ada satu tunjang. Tak lainnya daripada politik dan budaya ialah Melayu,” kata Hishamuddin. @politiko.my

KENALI MUSUH

UTAMA

AMIN

SATUKAN SEMUA

TENAGA

AMIN

DIRIKAN 

BARISAN BERSATU

AMIN

GEMPUR MUSUH

UTAMA

KHALAS

PEMAJU MENDAPAT PROJEK - RAKYAT DITIMBUNI BALA




Fokus Khas : RUU PSB – Antara Niat Murni dan Risiko Menindas Penduduk


Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar 2025 dibentangkan dengan niat murni: memperbaharui kawasan bandar lama, menyusun semula penempatan, dan memberi wajah baharu kepada bandar yang kian usang.

Namun, seperti diingatkan oleh mantan Speaker Dewan Rakyat,  Azhar Harun, niat baik sahaja tidak menjamin hasil yang adil sekiranya pelaksanaan pincang.

Dalam satu podcast bersama Zaid Ibrahim, beliau meneliti RUU ini secara kritis dan menzahirkan kebimbangan bahawa ia berpotensi lebih menguntungkan pemaju berbanding melindungi rakyat.

Pemaju Jadi Penentu Arah

Isu paling asas yang dibangkitkan Azhar ialah sifat “developer-driven” akta ini. Menurut beliau, cadangan projek tidak datang daripada kerajaan, sebaliknya daripada pemaju.

Pemaju pula diiktiraf sebagai “layak” oleh Menteri atau jawatankuasa eksekutif negeri/persekutuan. Proses ini langsung tidak telus kerana tiada mekanisme tender terbuka atau garis panduan objektif untuk menilai kelayakan pemaju.

Beliau menegaskan, apabila kuasa menentukan pembangunan diberi kepada pemaju, tumpuan pasti condong kepada kawasan bandar besar yang menguntungkan. Kawasan kecil atau jauh dari pusat ekonomi mungkin diabaikan kerana tiada potensi pulangan. Ini menyebabkan jurang pembangunan bandar semakin melebar.

Suara Penduduk Terpinggir

Kritikan kedua beliau menyentuh hak penduduk. Azhar menegaskan tiada peruntukan dalam RUU yang membolehkan penduduk membantah atau menyuarakan pandangan mereka.

Katanya, tak ada proses pendengaran, sambil menambah bahawa wakil penduduk juga tidak diberikan tempat dalam jawatankuasa eksekutif.

Ini amat berbeza dengan prinsip perundangan moden di mana konsultasi awam dianggap asas penting, terutamanya apabila melibatkan pengambilan tanah atau perpindahan komuniti.

Ketiadaan ruang dialog membuka peluang kepada pemaju untuk berunding secara berat sebelah dan menekan penduduk agar menerima tawaran pampasan.

Risiko Salah Guna Kuasa Pemaju

Lebih membimbangkan, tanggungjawab mendapatkan persetujuan dan menawarkan pampasan diletakkan di bahu pemaju. Azhar memberi amaran risiko pemaju menggunakan taktik “divide and rule”, iaitu memberi bayaran berbeza kepada kumpulan kecil untuk memecah-belahkan solidariti penduduk. Malah, beliau secara sinis menyebut kemungkinan pemaju menggunakan ugutan pihak ketiga.

Ketiadaan garis panduan jelas menjadikan keseluruhan proses tidak telus dan mudah dimanipulasi. Dalam konteks Malaysia, di mana isu tanah sering dikaitkan dengan pembangunan kontroversi, kebimbangan ini bukan tidak berasas.

Perlindungan Songsang

Azhar turut menekankan kelemahan pelik dalam RUU ini: perlindungan hanya diberikan kepada mereka yang bersetuju dengan projek.

“Patutnya yang tak bersetuju lah yang kena dilindungi, bukan yang setuju,” tegas Azhar.

Ini bermaksud, penduduk yang enggan berpindah, mungkin kerana nilai rumah yang lebih besar daripada pampasan, atau ikatan emosi dengan komuniti setempat, dibiarkan tanpa perlindungan undang-undang.

Hakikat ini bercanggah dengan semangat Perlembagaan yang menjamin hak pemilikan harta rakyat.

Pampasan Tidak Seimbang

Dalam isu pampasan, Azhar berpendapat nilai pasaran semasa tidak memadai. Baginya, rumah bukan sekadar aset, tetapi juga identiti, komuniti, dan gaya hidup.

Beliau memberi contoh projek di Kampung Baru, di mana pemaju mampu meraih nilai pembangunan kasar berbilion ringgit, tetapi pampasan kepada penduduk hanyalah sebahagian kecil daripada jumlah itu.

Ketidakseimbangan ini memperlihatkan keuntungan besar memihak pemaju, sementara penduduk kehilangan tanah pusaka dan jaringan komuniti.

Cadangan Lebih Adil   

Sebagai penyelesaian, Azhar mencadangkan konsep “skin in the game”. Penduduk perlu diberi bahagian dalam keuntungan pembangunan, misalnya melalui dana amanah (sinking fund) atau saham projek. Dengan cara ini, mereka tidak sekadar menerima pampasan sekali gus, tetapi turut menikmati hasil pembangunan jangka panjang.

Formulasi ini dilihat lebih adil dan mampu mengurangkan ketegangan antara penduduk, kerajaan, dan pemaju. Malah, ia sejajar dengan prinsip pembaharuan bandar yang sebenar: bukan hanya mengubah wajah fizikal kawasan, tetapi juga meningkatkan taraf hidup penduduk asal.

Kesimpulan

RUU Pembaharuan Semula Bandar 2025 membawa aspirasi besar, tetapi kritikan  Azhar Harun mengingatkan kita bahawa niat baik boleh bertukar menjadi penindasan jika mekanisme pelaksanaan pincang.

Tanpa ketelusan, ruang bantahan penduduk, serta model pampasan yang adil, akta ini berisiko menjerumuskan rakyat bandar ke dalam kitaran kehilangan rumah dan komuniti demi keuntungan pemaju.

Jika benar ingin membina bandar yang lebih baik, pembaharuan bukan sahaja perlu pada bangunan, tetapi juga pada cara kerajaan menghormati hak rakyat sebagai pemilik sah tanah dan waris komuniti yang terbina puluhan tahun.

KERAJAAN 

ZALIM BILA

RAKYAT DI BULI

KRONI DI BERI

PEMAJU DI SANTUNI

KHALAS

LUBANG KETAT SIAM JADI LUBANG BESAR


Lubang benam besar di Bangkok paksa penduduk dipindahkan

BANGKOK: Sebahagian jalan raya utama di ibu negara Thailand runtuh awal pagi ini, mengakibatkan lubang sedalam puluhan meter di hadapan sebuah hospital besar dan memaksa pemindahan penduduk di kawasan berhampiran.

Kejadian berhampiran Balai Polis dan Hospital Vajira, di sini, menyebabkan terbentuknya lubang berukuran kira-kira 50 meter, sekali gus menumbangkan tiang talian elektrik dan akibatkan paip pecah, menurut tinjauan wartawan AFP di lokasi.

Puluhan anggota polis dan pegawai bandar raya dikerahkan untuk mengawal kawasan berkenaan, manakala sebuah pikap dilihat berada dalam keadaan berbahaya di tepi lubang berkenaan.

Pengarah Jabatan Pencegahan Bencana Bangkok, Suriyachai Rawiwan, berkata kejadian dipercayai berpunca daripada hujan lebat baru-baru ini dan kebocoran paip.

"Terdapat kebocoran pada paip air iaitu air daripada paip itu menghakis tanah di bawah jalan sehingga berlakunya insiden ini.

"Air yang menghakis tanah telah membawa masuk sebahagian tanah ke tapak stesen bawah tanah yang masih dalam pembinaan, sekali gus menyebabkan runtuhan," katanya kepada AFP sambil menambah setakat ini tiada kematian dilaporkan.

Terowong berkenaan adalah sebahagian projek perkhidmatan rel bawah tanah yang sedang dibina oleh Mass Rapid Transit Authority (MRTA) milik kerajaan, yang memaklumkan pihaknya akan menjalankan siasatan punca kejadian.

Suriyachai berkata, balai polis yang terletak berhadapan jalan runtuh itu dipindahkan, manakala pegawai kanan polis, Sayam Boonsom, turut mengesahkan beliau telah mengarahkan pemindahan penghuni blok pangsapuri berhampiran.

Gabenor Bangkok, Chadchart Sittipunt, pula memberitahu AFP di lokasi, runtuhan itu berlaku di kawasan stesen apabila tanah 'disedut masuk' ke dalam tapak pembinaan.

Sebuah video yang dimuat naik di media sosial dan disahkan AFP menunjukkan beberapa orang melarikan diri dari kawasan pembinaan di Jalan Samsen ketika jalan berkenaan retak dan runtuh, mengakibatkan lubang besar berisiko dipenuhi air.

Hospital Vajira, sebuah hospital pengajar bagi satu daripada universiti perubatan terkemuka Thailand dalam kenyataan di Facebook memaklumkan, perkhidmatan pesakit luar ditangguh sementara dan akan disambung semula sebaik keadaan mengizinkan.

Seorang kakitangan hospital berusia 27 tahun, Noppadech Pitpeng yang tinggal di bangunan berhampiran, berkata beliau terjaga daripada tidur selepas terdengar bunyi gegaran pagi tadi.

"Bunyi itu seakan-akan tiang elektrik tumbang dan keseluruhan pangsapuri saya bergegar," katanya sambil dilihat membawa pakaian dalam baldi besar keluar dari bangunan kediamannya. - AFP


SIAM DIKENALI

SEBAGAI  NEGARA

LUBANG KETAT 

AMIN

KINI SIAM

 JADI BAHAYA

BILA LUBANG BESAR

MUNCUL DI BANGKOK

KAH KAH KAH

AWAS!

PENCARI LUBANG 

KETAT

AMIN

JAGA JAGA

LUBANG BESAR 

DAN BATANG

BERLUBANG

KHALAS

BERITA BAIK DARI SABAH


Albert dedah video ‘RM1.78 juta’ Kitingan

Ahli perniagaan Albert Tei, yang kecewa dengan dakwaan kegagalan pihak berkuasa bertindak terhadap ahli politik yang dinamakan dalam skandal perlombongan Sabah, membuat satu lagi pendedahan mengejutkan.

Kali ini, Tei mendedahkan rakaman video perbualannya dengan Timbalan Ketua Menteri I Sabah merangkap presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Jeffrey Kitingan, yang didakwa menerima bayaran terbesar.

Tei memberitahu Malaysiakini, jumlah yang dikatakan diberi kepada ahli politik veteran itu, yang juga anggota parlimen Keningau, berjumlah RM1.78 juta - lebih tinggi daripada jumlah RM1.6 juta yang dinyatakan dalam klip itu.

Pertemuan yang dirakam di sebuah restoran makanan laut di Kuala Lumpur itu berkisar mengenai pembatalan lesen penerokaan perlombongan. Ketika itu, Tei memperincikan dakwaan pembayaran yang dibuat kepada Kitingan.

ADS

Tei memberitahu Malaysiakini bahawa dia tersilap cakap semasa pertemuan dengan Kittingan dengan merujuk kepada PRU (pilihan raya umum) dan bukan PRN (pilihan raya negeri). Dia berkata transaksi itu berlangsung sebelum, semasa dan selepas PRU 2022, bukan PRN.

Dia juga mendakwa membayar lebih RM500,000 kepada timbalan Kitingan dan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sook Ellron Alfred Angin, dan RM300,000 lagi kepada anggota Dewan Undangan Negeri Bingkor, Robert Tawik, yang juga timbalan presiden Star.

Tei berkata syarikat rakannya sudah melabur RM7.7 juta ke dalam kerja-kerja penerokaan sehingga 31 Mei tahun lepas.

“Datuk, itu RM1.6 juta saya bagi Datuk itu, itu cash, no problem, Datuk. Ini RM7 juta macam mana? Ini yang besar Datuk,” katanya.ADS

Kitingan kedengaran menjawab: “Ya la.”

“Ini RM7 juta siapa mau tanggung? Kalau partner saman saya, saya mati Datuk. Saya sekarang Datuk, saya tak ada wang sudah tau, pasal ini hal,” kata Tei.

“Hmm, ini mau ada timing juga ini,” Kitingan menjawab sebelum klip itu berakhir.

Terdahulu dalam klip itu, Tei berkata dia “menyokong” Ellron kerana jawatannya sebagai timbalan Kitingan.

“Datuk, Datuk Ellron saya sudah bagi dia dekat RM550,000 because you punya timbalan (presiden parti) ma. You punya deputy mesti saya support dia ma. Dia dapat satu lesen. I bagi dia, you boleh tanya Datuk Ellron. Then kita explore saja Datuk. Tak salah.

“Robert Tawik saya sudah bagi dia RM300,000 ma, Datuk Robert Tawik, dia punya lesen sudah kena batal, tak dapat,” katanya.

Kitingan yang termenung menjawab: “Kenapa begitu?”

Bagi dana yang didakwa disalurkan kepada Kitingan, Tei mengimbas kembali bahawa dia menyerahkan RM400,000 sebelum PRN - dua bayaran sebanyak RM150,000 dan satu lagi RM100,000.

ADS

Dia juga mengingatkan ketua Star itu tentang jumlah yang dikatakan diberikan semasa pilihan raya umum.

“...masa general election, saya bagi Datuk RM500,00. Lepas itu RM200,00, RM100,00, itu (jumlah semua) RM800,000.

“Before general election, Oktober 2022. Saya masih ingat September, Oktober.

And then after election, Datuk ingat kita dapat itu… (ditapis) yang itu dengan Yayasan Sabah, yang Hajiji kasi cancel itu. Itu saya bagi Datuk RM400,000, ada RM200,00 melalui Rizal (Johari, setiausaha sulit Kitingan), dia bawa RM200,000.

“Semua saya sudah. Saya sudah support Datuk. Saya sudah serah bagi Datuk RM.1.6 juta saya sudah bagi. Itu tak apa Datuk. Saya dengan Datuk OK. Bukan saya mau tuntut ke apa…,” kata Tei.

Semasa perbualan, Kitingan tidak mengesahkan atau menafikan transaksi yang disebut.

Malaysiakini sudah menghubungi Kitingan, Elron dan Tawik untuk mendapatkan komen mereka. Ketiga-tiga mereka sebelum ini menafikan sebarang penglibatan dalam skandal itu.

Pada Jun, Malaysiakini melaporkan enam ahli politik Sabah terbabit selepas satu sumber memberikan tangkapan skrin yang dikatakan diambil daripada video yang sama.

Ketua penerangan Star Anuar Ghani Gilong kemudian berkata Kitingan menolak dakwaan itu sebagai “sama sekali tidak berasas” dan sebahagian daripada langkah politik untuk “menggugat kestabilan dan menjatuhkan” kerajaan Sabah.

Katanya, Kitingan menegaskan bahawa dia tidak pernah menerima sebarang dana berkaitan permohonan perlombongan atau sebarang dakwaan skandal.

Yang lain dinamakan ialah pemangku presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Joachim Gunsalam, yang turut menafikan dakwaan itu, pendahulunya Maximus Ongkili, dan timbalan presiden Jahid Jahim.

Sebelum ini, Tei mendedahkan sembilan rakaman, yang mengaitkan anggota dewan undangan negeri dan speaker Dewan Undangan Negeri Kadzim Yahya, mendakwa rasuah sebagai pertukaran untuk lesen penerokaan mineral.

Dia mendakwa lesen itu diberikan sebagai ganjaran kerana menyokong Hajiji semasa krisis politik yang dikenali sebagai Langkah Kinabalu.

Tei sendiri, bersama dua anggota Dewan Undangan Negeri, didakwa dalam kes itu. Tetapi nasib orang lain masih tidak jelas, dengan pengkritik menuduh pihak berkuasa melakukan penutupan.

Semua anggota Dewan Undangan Negeri yang terbabit adalah sebahagian daripada gabungan Gagasan Rakyat Sabah (GRS) yang memerintah - sekutu kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim dari PH.

INI BERITA

BAIK UNTUK

WARGA SABAH

AMIN

SATU LAGI 

PELURU UNTUK

PRN SABAH

AMIN

ZARA SATUKAN

SELURUH SABAH

AMIN

RASUAH NAIKKAN

KEMARAHAN

SABAHAN

AMIN

SABAHAN

TERAJANG 

MADAFAKA

BARU 

HIDUP GUMBIRA

KHALAS