Ahad, 5 Oktober 2025

JANGAN BUANG MASA DENGAN SPRM



Albert tanya Azam berapa ekor ‘tikus’ dalam SPRM
Ahli perniagaan, Albert Tei sekali lagi menimbulkan dakwaan mengenai kewujudan “tikus” dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam satu kenyataan, Albert mendesak Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki memberi penjelasan mengenai dakwaan keterangannya yang dibocorkan kepada ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor.

"Saya berasa sangat bimbang dan gelisah dengan keadaan semasa kerana terbukti ada “tikus” di dalam SPRM yang telah membocorkan rakaman keterangan saya kepada Hajiji Noor yang merupakan dalang dalam skandal rasuah lesen perlombongan.

"Sehubungan dengan itu, saya ingin bertanya kepada Azam Baki; berapa ekor “tikus” terlibat dalam kejadian tersebut dan apa jawatan “tikus” tersebut di dalam SPRM,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Tei yang telah mendakwa sekumpulan ahli politik daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pimpinan Hajiji terlibat dalam skandal rasuah— menyatakan dia tidak akan memberi kerjasama dengan SPRM selagi “tikus-tikus” berkenaan belum ditangkap.

Dia turut mendakwa seorang pegawai berpangkat tinggi dalam SPRM telah mengugutnya supaya tidak membuat laporan mengenai skandal tersebut, menyebabkan dia terpaksa menyalurkannya kepada media.

Sehingga kini, Azam masih belum mengulas mengenai dakwaan kebocoran atau ugutan itu.

Dalam kenyataannya, Tei menggesa Azam melaksanakan pembersihan dalaman bagi membasmi “tikus-tikus” dalam suruhanjaya itu, sambil mendakwa bukanlah sesuatu yang sukar untuk mengenal pasti identiti mereka.

"Azam Baki harus segera mengumumkan hasil siasatan tatatertib berhubung “tikus” yang mengkhianati amanah dan langkah-langkah pencegahan pembiakan “tikus” di dalam SPRM, kejadian ini telah memusnahkan integriti dan kredibiliti SPRM di mata rakyat Malaysia.

"Kegagalan SPRM dalam pentadbiran, tatacara penyiasatan, perlindungan maklumat dan data sulit mengakibatkan mental saya berasa bimbang, tertekan dan bingung,” tambahnya.

Dakwaan rasuah terhadap Kitingan

Dalam pada itu Tei turut meminta Azam memberi penjelasan mengenai perkembangan siasatan video tuduhan rasuah serta tangkap layar mesej WhatsApp yang mengaitkan Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Jeffrey Kitingan.

"Tuduhan rasuah terhadap Presiden Star, Jeffrey Kitingan mempunyai rakaman video yang mengesahkan elemen rasuah, bukti rekod WhatsApp menunjukkan beliau minta rasuah dan surat-surat membuktikan beliau terlibat secara langsung.

"Susulan daripada itu, turut mempunyai rakaman video saksi Rizal Johari selaku Setiausaha Sulit kepada Jeffrey Kitingan yang mengesahkan bahawa bosnya telah mengambil rasuah. Fakta kes adalah cukup lengkap, apa tindakan SPRM selanjutnya?” soalnya.

Tei turut memberitahu Malaysiakini bahawa sehingga kini SPRM masih belum memanggilnya untuk disoal siasat.

Pada 1 Okt lalu, Azam mengesahkan bahawa 10 individu termasuk Kitingan telah dipanggil berhubung dakwaan bahawa ahli politik Sabah itu menerima RM1.78 juta daripada Tei.

Setakat ini, Tei dan dua ADUN telah didakwa atas kes rasuah sejak skandal itu terbongkar, manakala nasib pihak lain masih tidak diketahui — sekali gus mencetuskan dakwaan berlakunya usaha menutup kes.

BRO

JANGAN BUANG

MASA

AMIN

BERI PENCERAHAN

PADA RAKYAT

HASUT ANAK MUDA

PELAJAR SABAH

AMIN

BAWA 

SEMUA  TURUN

KE JALAN RAYA

AMIN

DAH DEKAT

NAK PRN 

LAGI MOLEK

KHALAS

INI KRONI SAPA ?


NexG raih 


kontrak MyKad 


generasi baharu


 bernilai RM733 juta

KUALA LUMPUR — NexG Berhad mengumumkan bahawa anak syarikat milik penuhnya, Datasonic Technologies Sdn Bhd (DTSB), telah dianugerahkan kontrak bernilai kira-kira RM733 juta oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk tempoh enam tahun bagi membekalkan penyelesaian Kad Pengenalan Nasional Malaysia termasuk MyKad, MyTentera dan MyPOCA.

Kontrak yang bermula pada 1 Jun 2026 ini menandakan langkah penting kerajaan dalam memperkukuh sistem identiti nasional serta mempercepat transformasi digital negara.

Penganugerahan kontrak ini hadir selepas kejayaan NexG memperoleh kontrak pasport antarabangsa Malaysia bernilai RM1.73 bilion pada Ogos lalu.

Dengan kedua-dua projek utama ini, kerajaan sekali lagi menunjukkan keyakinan terhadap keupayaan NexG dalam membangunkan infrastruktur identiti negara yang selamat, moden dan sedia masa hadapan.

MyKad generasi baharu yang bakal diperkenalkan bukan sekadar kad pengenalan, sebaliknya berfungsi sebagai kunci digital nasional dengan ciri keselamatan berbilang lapisan, daya tahan tinggi dan kebolehpercayaan jangka panjang.

Kad ini akan memberi kemudahan kepada rakyat untuk mengakses subsidi bersasar, bantuan kewangan dan perkhidmatan kebajikan secara telus, melaksanakan transaksi digital dengan pengesahan biometrik merentasi sektor kewangan, telekomunikasi, insurans dan fintech, serta menghubungkan rakyat dengan pelbagai perkhidmatan kerajaan, kesihatan, pengangkutan dan bandar pintar melalui satu identiti tunggal.

Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan NexG,  Hj Abu Hanifah Noordin, berkata penganugerahan ini merupakan pencapaian penting negara yang membuktikan komitmen kerajaan untuk menyediakan kad pengenalan generasi akan datang yang melangkaui fungsi pengenalan diri semata-mata.

Menurutnya, MyKad baharu ini akan memastikan bantuan kewangan, subsidi dan perkhidmatan penting dapat disampaikan secara adil, telus dan tanpa ketirisan, di samping memperkukuh keselamatan negara serta memperkasa rakyat Malaysia dalam ekonomi digital.

Dengan nilai gabungan kontrak pasport dan MyKad berjumlah RM2.4 bilion, NexG berada pada kedudukan kukuh untuk menjana pendapatan berulang dan stabil sekurang-kurangnya enam tahun akan datang.

Kejayaan ini bukan sahaja menjamin ketahanan syarikat dalam menghadapi kitaran ekonomi, malah membuka peluang bagi NexG mengembangkan penyelesaian identiti digital tempatan ke pasaran ASEAN, Afrika dan antarabangsa, sekali gus menonjolkan kepimpinan Malaysia dalam infrastruktur kritikal global.

BUNTOT

DI BASAHI

KRONI 

DI SANTUNI

AMIN

SYARIKAT

INI KRONI SAPA?

KAH KAH KAH

KHALAS

PERANG KOREA SEKALI LAGI ?


Jong-un kerah 'aset khas' ketenteraan ke Korea Selatan

SEOUL: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, mengerahkan aset khas sebagai tindak balas kepada apa yang disifatkan sebagai peningkatan penempatan senjata Washington di Korea Selatan.

Media kerajaan Korea Utara melaporkan tindakan itu dibuat susulan Amerika Syarikat (AS) menempatkan kira-kira 28,500 tenteranya di Korea Selatan bagi menangkis ancaman ketenteraan dari Korea Utara.

Bulan lalu, AS mengadakan latihan ketenteraan bersama dengan sekutu keselamatannya, Korea Selatan dan Jepun.

Pyongyang mengecam latihan itu sebagai persediaan untuk pencerobohan, manakala sekutu AS menegaskan bahawa latihan itu bersifat pertahanan.

"Pakatan nuklear AS-Korea Selatan sedang berjalan pantas, dan mereka sedang menjalankan pelbagai jenis latihan untuk melaksanakan senario berbahaya," kata Kim Jong-n dalam ucapannya semasa pembukaan pameran senjata di Pyongyang pada Sabtu.

Ucapan itu disiarkan oleh Agensi Berita Pusat Korea (KCNA).

"Sejajar dengan penambahan senjata tentera AS di rantau Korea Selatan, kebimbangan strategik kami terhadap wilayah ini juga meningkat, dan sewajarnya kami telah menyasarkan aset khas kami terhadap sasaran utama," katanya.

Jong-un menambah, beliau memerhati dengan teliti perkembangan ketenteraan di seberang sempadan.

"Musuh... perlu bimbang mengenai arah mana persekitaran keselamatan mereka bergerak," katanya tanpa memperincikan apa yang dimaksudkan dengan aset khas itu.

Gambar yang dikeluarkan oleh KCNA menunjukkan Kim berjalan melintasi deretan senjata, termasuk peluru berpandu, dikelilingi oleh jeneral Korea Utara di pusat pameran tertutup.

Bulan lalu, Kim berkata beliau terbuka untuk berunding dengan AS. Beliau turut menyatakan mempunyai kenangan indah dengan Presiden AS, Donald Trump, ketika penggal pertamanya, dengan syarat negaranya tidak melepaskan hak membangunkan senjata nuklearnya.

Jong-un bertemu Trump sebanyak tiga kali untuk sidang kemuncak berprofil tinggi semasa penggal pertama Trump.

Namun, rundingan itu gagal di Hanoi pada 2019 kerana kegagalan mencapai persetujuan mengenai konsesi yang Pyongyang sanggup berikan terhadap senjata nuklearnya.

Tuntutan AS agar Kim melucutkan senjata terlarang miliknya telah lama menjadi titik pertikaian utama antara kedua-dua negara.

Pyongyang pula dikenakan sekatan berterusan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung program nuklear dan peluru berpandunya.

Sejak kegagalan sidang kemuncak 2019, Korea Utara berulang kali menyatakan ia tidak akan melepaskan senjata atomnya dan mengisytiharkan dirinya sebagai negara nuklear yang tidak dapat diubah. — AFP

INI TANDA

PERANG DUNIA

SEDANG 

DIRANCANG

AMIN

BILA EKONOMI

DUNIA KAPITALIS

MERUNDUM JATUH

PERANG DI JADIKAN

SEBAGAI ALAT

PENYELAMAT

AMIN

SUASANA 1929

SEDANG BERLAKU

SEKALI LAGI

KHALAS

MADAFAKA AKAN LINGKUP


TIONG TIDAK

 DI TERAJANG

 KAH KAH KAH

JIKA DI TERAJANG

MADAFAKA SENDIRI

LINGKUP

KHALAS

Unknown commented on

 "KAPIR LAKNAT MAKAN BABI"

menteri gemuk kapir motac dah hidang arak majlis rasmi kementerian... tak lama mungkin semua warga motac boleh makan babi juga...

tahniah kepada penyokong anwar ibrahim.. mungkin tak lama lagi akan arak dan babi ada cop halal..


kah kah kah

AKTIVIS KESELAMATAN SEMUA SELAMAT



AKTIVIS 

KEMANUSIAN

SEMUA SELAMAT

AMIN 

KAPIR LAKNAT MAKAN BABI

 

Ratusan ribu sertai protes pro-Palestin di Eropah

ROM: Beratus ribu hadir ke perhimpunan pro-Palestin di Eropah pada Sabtu, menyeru perang di Gaza ditamatkan serta-merta dan pembebasan aktivis flotilla yang membawa bantuan kemanusiaan ke wilayah itu.

Polis berkata kira-kira 250,000 hadir untuk hari keempat protes, selepas Israel memintas 45 bot Global Sumud Flotila (GSF) di perairan antarabangsa berhampiran Gaza awal minggu ini.

Di Barcelona,kira-kira 70,000 orang hadir ke protes ​​menurut polis, manakala kerajaan di Madrid berkata hampir 92,000 berarak di ibu negara Sepanyol.

Di tempat lain, beberapa ribu orang berarak melalui pusat ibu kota Ireland, Dublin, untuk menandakan dua tahun pembunuhan beramai-ramai (genosid) di Gaza.

Ireland, Sepanyol adalah antara pengkritik dari Eropah paling lantang terhadap serangan tentera Israel di Gaza, yang tercetus oleh serangan Hamas pada 7 Oktober 2023, ke atas komuniti Israel berhampiran Semenanjung Gaza.

Di Itali, kerajaan pimpinan Perdana Menteri Giorgia Meloni telah dikritik kerana tidak bertindak terhadap pengepungan wilayah Palestin.

Penunjuk perasaan di ibu negara Itali, termasuk keluarga yang mempunyai anak, melaungkan, 'Kami semua rakyat Palestin', 'Bebaskan Palestin' dan 'Hentikan pembunuhan beramai-ramai', dengan ramai penunjuk perasaan membawa bendera Palestin dan memakai keffiyeh hitam-putih.

Di Paris, kira-kira 10,000 orang berkumpul dan jurucakap kontinjen GSF Perancis, Helene Coron, memberitahu orang ramai, mereka tidak akan berhenti.

"Flotila ini tidak sampai ke Gaza. Tetapi kami akan menghantar satu lagi, kemudian satu lagi dan satu lagi sehingga Palestin serta Gaza bebas," katanya.

Perdana Menteri Pedro Sanchez berkata Israel harus dihalang daripada terus berperang dengan Gaza, sama seperti Rusia yang telah dihukum kerana pencerobohannya ke atas Ukraine.

Pada September, Sepanyol berkata ia akan mengharamkan import dari penempatan Israel di Tebing Barat yang diduduki, yang telah disifatkan oleh ketua hak PBB, Volker Turk, sebagai jenayah perang.

Di Ireland, penunjuk perasaan menyeru sekatan ke atas Israel dan konflik dihentikan serta-merta dan pembabitan Palestin dalam rancangan gencatan senjata.

Di London, polis berkata mereka melakukan sekurang-kurangnya 442 tangkapan pada perhimpunan terhadap penyokong kumpulan Tindakan Palestin yang diharamkan.

Perdana Menteri Keir Starmer menggesa penunjuk perasaan untuk tidak keluar hujung minggu ini, selepas serangan maut pada Khamis. -AFP

KAPIR  LAKNAT

MAKAN BABI

BERDEMO

SOKONG PALESTIN

AMIN

TOK ARAB

BATU ITAM

HANYA SANGGUP

GARU TELOR

KHALAS

ISRAEL PANGKALAN TENTERA AMERIKA



ISRAEL IALAH

PANGKALAN

TENTERA  AMERIKA

KHALAS

Unknown commented on 
"TANPA AMERIKA ISRAEL 
TAK AKAN WUJUD"

Terbalik tu TT kalau tak ada israel tak ada usa...republican democrat pelikan muskrat semua kontrol dari israel...kakakakak....

LAWAN ZIONIS TEMPATAN


KEMARIN DI SOGO

RAKYAT 

LAWAN ZIONIS

TEMPATAN

KHALAS

TOK AMPOO MUNCUL KEMBALI


Ampu, bodek, atau buang masa? Sejauh mana amalan protokol berlebihan penjawat awam


Satu pemerhatian pedas Rafizi Ramli baru-baru ini mengenai pengalaman beliau berdepan pelbagai protokol ketika menjawat menteri ekonomi turut diakui beberapa bekas pegawai kerajaan, yang menyifatkan ia antara budaya mengampu yang masih sebati dalam perkhidmatan awam.

Malah mereka menganggap budaya itu telah sampai ke tahap di mana tidak kira parti mana yang memerintah, protokol berlebihan yang menyebabkan pembaziran sumber dan tenaga akan berterusan.

"Prinsip yang tuntas ialah penjawat awam hanya perlu berkhidmat kepada kerajaan semasa. Kalau itu betul-betul difahami dan diamalkan isu budaya mengampu ini tidak akan timbul," kata Hanipa Maidin, bekas timbalan menteri undang-undang yang berkhidmat di bawah pentadbiran pertama Pakatan Harapan pimpinan Dr Mahathir Mohamad.

Bagi Hanipa, kewujudan budaya itu bergantung kepada pemahaman penjawat awam mengenai prinsip berkhidmat kepada kerajaan semasa.

Hanipa, antara pengasas Amanah yang kini lantang mengkritik partinya di samping kegagalan pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim memenuhi pelbagai janji reformasi, ditanya mengenai kenyataan Rafizi baru-baru ini yang menggesa orang ramai memerangi protokol sia-sia dengan cara sindiran di media sosial.

Rafizi mengajak orang ramai mendedahkan sikap itu secara berterusan di media sosial agar masyarakat sedar bahawa amalan seperti sambutan besar-besaran atau penghormatan berlebihan terhadap menteri tidak patut dinormalisasikan.

Menurutnya, budaya mengampu jika dibiarkan berakar akan menjejaskan integriti dan profesionalisme perkhidmatan awam.

Antara lain, Rafizi memberikan contoh kecenderungan dalam kalangan penjawat awam yang hadir ke sesebuah program walaupun tidak diwajibkan, membangkitkan persoalan pembaziran sumber dan produktiviti.

civilservice_minister_MOTfacebookSependapat dengan Rafizi, seorang bekas pegawai kanan kepada seorang menteri berkata pemerintahan satu parti yang terlalu lama di Malaysia menyebabkan banyak protokol sia-sia sebati dalam sistem.

"Protokol kerajaan bukan semuanya pasal bodek, tetapi bila Barisan Nasional memerintah terlalu lama, 60 tahun, banyak perkara jadi seolah-olah wajib, walhal sebenarnya tidak,” kata bekas pegawai itu yang memilih tidak menyiarkan namanya.

"Budaya ini dah amal terlalu lama sejak parti tak jadi dominan, bukan Rafizi seorang sahaja yang bercakap pasal isu ini," katanya, yang turut mengingatkan bahawa Rafizi membangkitkan isu tersebut "hanya selepas tiada jawatan dalam kerajaan".

Apa yang bermula sebagai amalan istiadat rasmi akhirnya menjadi budaya berakar umbi, daripada arahan hadir ke majlis menteri hinggalah kepada rombongan rasmi yang besar.

Bagaimanapun, tidak semua amalan adalah sia-sia, katanya, memberi contoh protokol keselamatan.

"Cuma budaya tunggu menteri ini memang tak patutlah," tambah beliau.

Katanya, garis pemisah antara protokol perlu dan tabiat lama adalah kabur.

"Bila satu parti memerintah terlalu lama kita nampak sempadan jadi kabur antara apa yang penting, seperti aspek keselamatan, dengan apa yang sekadar budaya," katanya.

Dalam nada sama, Hanipa berkata terdapat menteri yang membawa pengiring terlalu ramai sewaktu lawatan luar negara sehingga membebankan pegawai kedutaan.

Beberapa penjawat awam turut bersetuju.

Mereka berpandangan, apa yang bermula sebagai amalan istiadat rasmi akhirnya menjadi budaya berakar umbi, daripada arahan hadir ke majlis menteri hinggalah kepada rombongan rasmi yang besar.


Hormat atau bodek?

Bekas timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Wan Ahmad Wan Omar, memberikan contoh amalan ucapan pembukaan yang terlalu panjang dalam majlis rasmi kerajaan, menyifatkannya budaya protokol berlebihan yang menjurus kepada mengampu.

Menurut beliau, berdasarkan pengalamannya menghadiri pelbagai acara, terlalu banyak masa dibazirkan apabila juruacara terpaksa menyebut satu persatu nama tetamu kehormat sebelum majlis utama bermula.

"Protokol berlebihan ini sudah jadi budaya dalam perkhidmatan awam, malah dalam semua sektor termasuk politik. Setiap ucapan pembukaan, ucapan alu-aluan atau ucapan tetamu kehormat akan dimulai dengan protokol keutamaan, menyebut satu persatu nama VIP."

Wan Ahmad berkata amalan itu tidak wujud di negara maju.

"Di Singapura, Jepun, Korea Selatan dan negara Barat lain, ucapan terus kepada isi. Hanya di Malaysia perkara ini dibuat secara berlebihan, sampai lima minit terbuang hanya untuk menyebut nama dan jawatan VIP."

Ia tidak bermakna beliau menolak amalan meraikan orang kenamaan.

"Tetapi apabila keterlaluan, ia membazir masa. Protokol sebegini perlu diringkaskan," katanya, sambil menambah ada perbezaan jelas antara meraikan dan mengampu.


Tambahnya, amalan mengampu tidak sesuai dengan imej perkhidmatan awam yang sepatutnya neutral dan profesional, dan tidak dijadikan alat untuk kepentingan politik.

"Prinsipnya, rakyat berhak mendapat segala manfaat daripada dasar kerajaan yang dilaksanakan oleh perkhidmatan awam."

Sementara itu, Hanipa memberi amaran bahawa selagi budaya pelantikan politik dan sikap mengampu tidak ditangani, ia akan terus menjadi beban kepada sistem.

"Kalau perkara ini tidak dibendung, ia bukan sekadar isu protokol atau bodek, tetapi juga soal pembaziran sumber awam."

Katanya, secara peribadi beliau tidak menghadapi masalah dengan pegawai kerajaan, namun mengakui amalan lama sukar dihapuskan.

"Macam orang kata, old habits die hard."

BODEK JANGAN

TAK BODEK

KAH KAH KAH

AMPOO JANGAN

TAK AMPOO

KAH KAH KAH

MADAFAKA

AMAT MINTA

JIKA DI AMPOO

KHALAS