Jumaat, 10 Oktober 2025

FAM TIPU KDN - KDN TIPU FIFA


FAM TIPU RAKYAT

TIPU FIFA

KAH KAH KAH

KHALAS

7 OKTOBER 2023 - SOLDADU ISREAL BUNUH RAKYAT SENDIRI


PADA 7 OKT 2023

SOLDADU ISRAEL

BUNUH 

RAKYAT SENDIRI

AMIN

INI PROJEK NAK

HAPUSKAN HAMAS

KHALAS

APAKAH LEPAS INI IRAN AKAN DISERANG SEKALI LAGI ?

 

APAKAH 

LEPAS INI

IRAN AKAN

DISERANAG 

SEKALI LAGI ?

AMIN

APA SYARAT NAK DAPAT JADI WARGA NEGARA ?


WOIT

APA SYARAT NAK

DAPAT JADI

WARGA NEGARA?

AMIN

SAJE 

TANYA KERANA

5 JUTA WARGA 

CHINA MERAH

SEDANG MENUNGGU

KHALAS

KEDUTAAN ISRAEL DI KUALA LUMPUR ?


Kebimbangan 'normalisasi' di Asean selepas Indonesia raikan atlet Israel, Anwar pertahan lawatan Trump

Kebimbangan semakin wujud bahawa Israel, yang berdepan penolakan di Eropah, Amerika Selatan dan Afrika, kini memberikan perhatian kepada Asia Tenggara sebagai tapak yang lebih subur mengembangkan pengaruhnya, di sebalik usaha kerajaan Indonesia dan Malaysia yang cuba mempertahankan beberapa tindakan yang dilihat tidak selari dengan dasar bermusuhan dengan negara Zionis itu.

Perkembangan itu ketika kerajaan Indonesia meluluskan tanpa syarat kehadiran pasukan gimnastik Israel untuk bertanding dalam Kejohanan Gimnastik Artistik Dunia di Jakarta pada 19 Oktober, iaitu seminggu sebelum Perdana Menteri Anwar Ibrahim dijangka meraikan Donald Trump di sebalik bantahan pelajar, aktivis dan tokoh pemikir terhadap kehadiran presiden AS yang pro-Zionis itu di Malaysia.

Kehadiran atlet Israel di Indonesia selari dengan ucapan Presiden Prabowo Subianto baru-baru ini di PBB yang menggesa jaminan keselamatan kepada Israel.

Prabowo dianggap sebagai pemimpin Indonesia paling mesra dengan Israel sejak beberapa dekad kebelakangan ini.

Sebelum ini, Indonesia secara konsisten menolak sebarang penyertaan Israel dalam acara global yang dianjurkannya.

Pada 2023, ia melucutkan hak menganjurkan Piala Dunia Bawah-20 FIFA, apabila Wayan Koster, gabenor Bali yang beragama Hindu, bertegas tidak mahu membenarkan pemain Israel mengambil bahagian.

Indonesia juga memilih untuk menolak tawaran menjadi tuan rumah Sukan Pantai Dunia 2023 berikutan syarat ia perlu membenarkan atlet Israel.

"Walaupun keputusan itu dibayar dengan harga yang mahal, ia menandakan moral yang jelas, iaitu mempertahankan hak Palestin mengatasi prestij menganjurkan sukan antarabangsa. Mengapa sekarang mengabaikan sikap itu?" soal penganalisis Indonesia, Muhammad Zulfikar Rakhmat, penyelidik dari Institut Timur Tengah di National University of Singapore.

Sementara itu di Malaysia, Anwar dalam keadaan defensif berdepan penentangan terhadap lawatan Trump.

Malam tadi, kerajaan tergesa-gesa mengadakan sebuah lagi himpunan solidariti Palestin.

Acara seperti itu menjadi kebiasaan setiap kali Anwar menjadi sasaran penyokong Palestin yang tidak senang dengan apa yang dianggap sebagai dasar yang semakin lunak terhadap Israel.

Perhimpunan serupa diadakan pada Ogos 2024, di mana ribuan penjawat awam dikerah untuk memenuhi stadium mendengar ucapan pemimpin kerajaan, ketika bantahan memuncak terhadap langkah Anwar membawa masuk sebuah syarikat milik BlackRock - firma AS yang dituduh terpalit dengan jenayah perang Israel - untuk menyertai sebuah konsortium menyelenggara lapangan terbang di seluruh negara.

Perhimpunan itu turut menyaksikan episod lucu apabila timbalannya, Ahmad Zahid Hamidi, tersasul melaungkan slogan "Hidup Israel". Dalam permohonan maafnya, Zahid berkata kata-kata itu terkeluar "dalam keghairahan dan rasa penuh semangat".

Himpunan semalam pula diadakan ketika pelbagai pihak, termasuk segelintir pemimpin dari Pakatan Harapan, mempersoalkan langkah menjemput Trump ke Sidang Kemuncak Asean di Kuala Lumpur.

Kerajaan dilihat menggerakkan sebuah kempen propaganda yang turut menyaksikan penglibatan Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil, yang mengundang kecaman hebat umat Islam apabila cuba menggunakan hujah agama menghalalkan kedatangan presiden Trump. 

"Presiden Trump sangat terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin yang berterusan, sehinggakan apa-apa sikap positif yang ditunjukkan kepadanya, walaupun cuma simbolik, akan dianggap sesuatu yang jijik oleh sebahagian besar rakyat Malaysia," kata tokoh pemikir Chandra Muzaffar baru-baru ini, yang menasihatkan Anwar supaya mengutus "surat sopan" kepada Trump untuk membatalkan jemputan itu.

Bagaimanapun, dalam mempertahankan keputusan menjemput Trump, Anwar dan pentadbirannya mengeluarkan beberapa kenyataan bercanggah.

Beliau berkata jemputan Trump bukan oleh kerajaan Malaysia, tetapi atas kapasitinya sebagai pengerusi Asean, yang mana Washington merupakan salah satu rakan dialog.

Sebaliknya, Anwar turut berkata bahawa Malaysia sebagai sebuah "negara kecil" tidak mampu mengambil risiko tindak balas ekonomi sekiranya tidak menjemput presiden AS itu.

Alasan itu sukar diterima memandangkan kebangkitan Malaysia sebagai destinasi utama pelaburan dari AS berlaku di bawah era Dr Mahathir Mohamad, tokoh yang paling lantang mengkritik dasar AS di Timur Tengah sehingga mengundangkan kemarahan lobi Israel yang melabelkannya "anti-Yahudi".

Kemunculan Anwar sebagai perdana menteri dan Prabowo sebagai presiden dialu-alukan oleh beberapa pihak di Israel sebagai lembaran baharu hubungan negara Yahudi itu dengan Malaysia dan Indonesia, yang bukan sahaja membuka jalan memasuki pasaran yang luas tetapi juga pengiktirafan yang diidamkan daripada dua negara yang membentuk 15% populasi umat Islam dunia.

Sementara itu, di Indonesia, Prabowo tidak berdolak dalih dalam rancangannya mahu menjalin hubungan dengan Israel, dan ini jelas dilihat dalam ucapannya pada Perhimpunan Agung PBB bulan lalu.

Gesaan Prabowo menjamin keamanan dan keselamatan Israel menerima kecaman penyokong Palestin di Indonesia dan Malaysia.

Tidak kurang juga yang membuat perbandingan ucapan itu dengan kenyataan Anwar pada 2012, di mana beliau dilaporkan berkata akan "menyokong semua usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel".

Kemunculan Anwar sebagai perdana menteri dan Prabowo sebagai presiden dialu-alukan oleh beberapa pihak di Israel sebagai lembaran baharu hubungan negara Yahudi itu dengan Malaysia dan Indonesia, yang bukan sahaja membuka jalan memasuki pasaran yang luas tetapi juga pengiktirafan yang diidamkan daripada dua negara yang membentuk 15% populasi umat Islam dunia.

Sejurus selepas Anwar dilantik sebagai perdana menteri pada 2022,  pengarang kanan sebuah akhbar berpengaruh di Israel yang menyifatkan beliau "sememangnya lebih terbuka kepada Israel berbanding Mahathir yang mengambil pendirian keras".

"Israel akan menyukai hubungan yang lebih erat dengan Kuala Lumpur. Mungkin ini adalah peluang?" tulis Esther Solomon, ketua pengarang akhbar berbahasa Inggeris, Haaretz.

Pada masa sama, lobi Zionis di AS menyambut baik kebangkitan Prabowo sebagai presiden dengan harapan ia bakal memberikan Israel kejayaan diplomatik yang besar apabila dapat mewujudkan hubungan rasmi dengan negara yang memiliki populasi umat Islam paling ramai di dunia, terutama selepas ia diabaikan sekutu tradisinya.

Kempen kini giat dijalankan supaya Indonesia menyertai apa yang dikenali sebagai Perjanjian Abraham, rancangan Trump yang dimulakan pada penggal pertama beliau di mana negara Arab dan Islam yang berjiran dengan Israel mewujudkan hubungan diplomatik rasmi dengan negara Zionis itu.

Seiring dengan ucapan Prabowo di PBB bulan lalu, papan iklan gergasi bagi mempromosikan Perjanjian Abraham muncul di Tel Aviv, memaparkan presiden Indonesia itu dengan beberapa pemimpin lain.

Antara slogan yang dipaparkan termasuk "Sudah tiba masanya untuk Timur Tengah baharu" dan "Sertai perjanjian".

Tahun lepas, MalaysiaNow memetik diplomat dan penganalisis yang berkata pentadbiran Trump akan memberi tekanan kepada Malaysia dan Indonesia supaya turut serta menandatangani Perjanjian Abraham.

Malah sebelum Trump, pentadbiran Biden menghantar pegawainya ke Kuala Lumpur untuk memberi amaran kepada Malaysia supaya tidak melanggar sekatan Washington terhadap Iran, di samping menyekat aliran wang ke Hamas.

Anwar ketika itu cuba meredakan kebimbangan AS dengan mengatakan hubungannya dengan Hamas terhad kepada sayap politiknya.

"Saya tiada penglibatan, tiada perbincangan dengan aparatus tentera, itu amat jelas," katanya dalam forum anjuran Bloomberg di Qatar tahun lepas.

Sebuah sepanduk mengutuk Donald Trump dinaikkan semasa perhimpunan pada 3 Oktober di Kuala Lumpur membantah jemputan kepada presiden AS itu.
Sebuah sepanduk mengutuk Donald Trump dinaikkan semasa perhimpunan pada 3 Oktober di Kuala Lumpur membantah jemputan kepada presiden AS itu.

Wujud persepsi bahawa kerajaan Anwar semakin mengabaikan dasar Malaysia selama ini yang menolak sebarang pengiktirafan kepada Israel, pendirian yang diperkukuh ketika era Mahathir yang menyaksikan hubungan rasmi dijalinkan dengan Hamas.

Persepsi tersebut ditambah dengan layanan terhadap himpunan pro-Palestin baru-baru ini, termasuk tindakan polis menangkap dua peserta di luar kedutaan AS, dan tindakan menghalang sekumpulan pelajar Universiti Malaya mengadakan perhimpunan anti-Israel di dalam kampus.

Selasa lalu, sekumpulan pelajar berarak di luar Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, sebahagian daripada siri protes yang dirancang dengan sebuah perhimpunan kemuncak di Kuala Lumpur pada hari ketibaan Trump pada 26 Oktober.

Antara hujah penyokong Anwar ialah kehadiran Trump dapat memberi peluang kepada Malaysia menyampaikan sendiri pendiriannya mengenai isu Palestin.

Walaupun mesej itu akan didakwa telah disampaikan - tanpa sesiapa pun tahu bagaimana ia disampaikan - kehadiran Trump sudah cukup untuk merintis jalan kepada Israel dalam usahanya mencari tapak di sebuah bahagian penting dunia Islam.

APAKAH

MADAFAKA

AKAN BUKA

KEDUTAAN

ISRAEL  BLACKROCK

DI KUALA LUMPUR?

 AMIN

MALAYSIA NAK BERPERANG DENGAN SIAPA? GEN ZEE SILA BUKA MATA !!!


Kementerian Pertahanan terima peruntukan RM21.7 billion

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan diberikan peruntukan sebanyak RM21.7 billion bagi menyelenggara dan membeli aset pertahanan negara.

Peruntukan itu adalah bagi menyelenggara semua aset pertahanan, termasuk ketiga-tiga cabang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk perolehan baharu membabitkan 'medium', 'short dan very short range air'.

Perolehan baharu lain adalah dua unit Multi Role Support Ship dan 10 unit kenderaan milik Pasukan Interim Malaysia (MALBATT), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan (UNIFIL).

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata keutamaan adalah untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan negara meliputi beberapa ikhtiar utama.

BILION BILION

BELI SENJATA

NAK PERANG

DENGAN SIAPA?

 ATAU NAK

KAYAKAN KRONI?

AMIN

KEMENTERIAN

 PELAJARAN

DAPAT BERAPA?

AMIN

KEMENTERIAN 

KESIHATAN

DAPAT BERAPA?

AMIN

PEMBANGUNAN

LUAR BANDAR

DAPAT BERAPA?

AMIN

GEN ZEE

LU WAJIB BUKA

MATA

AMIN

INI ADALAH MASA

DEPAN GEN ZEE

KHALAS

KEMPEN INI WAJIB DI SOKONG


Kerajaan perkukuh kempen 'Beli Barangan Buatan Malaysia'


KUALA LUMPUR: Kerajaan memperkukuh kempen 'Beli Barangan Buatan Malaysia' dengan pelbagai inisiatif bagi memastikan hasil penyelidikan dan inovasi anak tempatan dapat dikomersialkan serta dimanfaatkan.

Ia susulan kadar pengkomersialan masih rendah, sekitar lima peratus meskipun universiti awam menubuhkan hampir 450 syarikat terbitan.

Bagi mengatasi isu itu, kerajaan membenarkan pensyarah universiti awam yang menjadi pengasas syarikat terbitan untuk mengambil cuti penyelidikan atau sabatikal selama setahun bagi tujuan komersialisasi hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) .

Selain itu, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata Dana Nasional Syarikat Terbitan dengan peruntukan RM10 juta akan ditubuhkan bagi membantu sekurang-kurangnya 50 pensyarah membangunkan syarikat masing-masing dan ia dijangka menarik pelaburan swasta melebihi RM30 juta dengan kesan pengganda tiga kali ganda.

Dalam pada itu, kerajaan memberi tumpuan inovasi tempatan dengan memperuntukkan sebanyak RM12 juta kepada hospital pengajar universiti (HPU) terpilih untuk mengaplikasikan hasil ciptaan ini bagi pemulihan pesakit secara bersasar.

Sebagai contoh, mesin dialisis buah pinggang mudah alih dan rawatan kanser lidah oleh Universiti Sains Malaysia (USM) serta terapi biologi osteoartritis lutut dan rawatan kesuburan oleh Universiti Malaya (UM) dimanfaatkan penggunaannya di HPU terpilih.

Selain itu, setakat ini, lebih 550 produk dan perkhidmatan tempatan telah diluluskan logo MySTI.

Kerajaan akan memberi keutamaan kepada produk MySTI dalam perolehan kerajaan dan ujian pasaran komersial.

Dalam masa sama, kerajaan turut mencadang pemberian Elaun Cukai Pelaburan Aset Hijau 100 peratus kepada syarikat yang menggunakan teknologi hijau tempatan diiktiraf MyHIJAU Mark.

Kempen 'Buatan Malaysia' juga terus diperkasa dengan peruntukan RM20 juta bagi meningkatkan promosi produk Malaysia di pasaran tempatan dan antarabangsa.

Sebagai tambahan, kerajaan akan menganjurkan Putrajaya Festival of Ideas iaitu platform untuk merakyatkan hasil penyelidikan dan inovasi institusi pengajian tinggi agar dapat dikomersialkan serta memberi manfaat kepada komuniti.

KEMPEN INI

AMAT BAIK

AMIN

NAIK KAN TARAF

PRODUK LOKAL

AMIN

KITA  BANTU KITA

KITA TOLONG KITA

KHALAS

PEMIMPIN MASA DEPAN PALESTIN - MARWAN BARGHOUTI


MANDELA

 PALESTIN

MARWAN

 BARGHOUTI

PEMIMPIN MASA

DEPAN PALESTIN 

Pertukaran banduan dengan rakyat Palestin di bawah perjanjian gencatan senjata Gaza tidak termasuk pemimpin Fatah yang ditahan Marwan Barghouti, kata jurucakap kerajaan Israel pada Khamis.

"Pada peringkat ini, Barghouti tidak akan menjadi sebahagian daripada keluaran ini," kata Shosh Badrusian pada sidang akhbar.

Barghouti, 66, pemimpin kanan kumpulan Fatah Presiden Mahmoud Abbas, adalah salah seorang tokoh paling terkenal dan popular dalam politik Palestin.

Dia telah menjalani lima hukuman penjara seumur hidup di penjara Israel sejak 2002 atas tuduhan berkaitan Intifada Kedua, yang bermula pada 2000.

TAWAWAN HAMAS - TAWANAN ZIONIS AKAN DI BEBASKAN

 


Jemaah Menteri Israel sahkan gencatan senjata, tebusan bebas dalam 72 jam


BAITULMAQDIS: Kerajaan Israel mengesahkan gencatan senjata dengan Hamas kelmarin, seterusnya membuka laluan bagi menggantung permusuhan di Gaza dalam tempoh 24 jam dan membebaskan tebusan Israel yang ditahan di sana dalam tempoh 72 jam selepas itu.

Jemaah menteri Israel meluluskan perjanjian itu awal pagi kelmarin, kira-kira 24 jam selepas pihak perantara mengumumkan persetujuan dicapai.

Perjanjian itu menetapkan pembebasan tebusan Israel sebagai pertukaran kepada tahanan Palestin, serta permulaan pengunduran tentera Israel secara berperingkat dari Gaza.

Perjanjian yang disokong di bawah inisiatif Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, bertujuan menamatkan perang dua tahun di Gaza yang telah meragut lebih 67,000 nyawa rakyat Palestin.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menerusi akaun X mengesahkan, "Kerajaan baru sahaja meluluskan rangka kerja untuk pembebasan semua tebusan yang masih hidup dan yang sudah meninggal dunia".

Pengumuman itu disambut baik oleh rakyat Israel dan Palestin, sebagai langkah terbesar setakat ini untuk menamatkan konflik dan mengembalikan tebusan terakhir yang ditahan Hamas dalam serangan maut yang mencetuskan pencerobohan itu.

Pemimpin Hamas di Gaza yang berada dalam buangan, Khalil Al-Hayya, berkata beliau sudah menerima jaminan daripada AS dan pihak perantara lain bahawa perang sudah berakhir.

Bagaimanapun, jurucakap kerajaan Israel berkata, gencatan senjata akan berkuat kuasa dalam tempoh 24 jam selepas kelulusan kerajaan. Selepas tempoh 24 jam itu, tebusan yang ditahan di Gaza akan dibebaskan dalam tempoh 72 jam.

Dilaporkan, 20 tebusan Israel dipercayai masih hidup di Gaza, manakala 26 lagi dianggap terkorban, dan nasib dua tebusan lain tidak diketahui. Hamas memberi bayangan bahawa usaha mengeluarkan mayat mungkin mengambil masa lebih lama berbanding membebaskan mereka yang masih hidup.

Sebaik perjanjian berkuat kuasa, lori membawa bantuan makanan dan perubatan akan masuk ke Gaza bagi membantu ratusan ribu penduduk awam yang kini berlindung di khemah selepas kediaman mereka dimusnahkan oleh tentera Israel.

Perang di Gaza meningkatkan ketegangan antarabangsa Israel dan mencetuskan konflik serantau yang menarik penglibatan Iran, Yaman dan Lubnan. Ia turut menguji hubungan AS-Israel apabila Presiden Trump dilihat hilang sabar dengan Netanyahu dan mendesaknya mencapai persetujuan.

Namun, perjanjian itu berdepan cabaran. Sumber Palestin memaklumkan senarai ratusan tahanan Palestin yang akan dibebaskan belum dimuktamadkan.

Hamas pula dilaporkan menuntut pembebasan beberapa banduan Palestin paling terkemuka, serta ratusan yang ditahan semasa serangan Israel.

Langkah lanjut dalam pelan 20 perkara Trump masih belum dibincangkan, termasuk bagaimana Gaza akan ditadbir selepas pertempuran berakhir, dan nasib Hamas yang enggan melucutkan senjata.

Netanyahu juga berdepan tentangan daripada cadangan gabungan pemerintahannya. Menteri Keselamatan Negara dari kelompok ultra-kanan, Itamar Ben-Gvir, mengugut untuk mengundi menjatuhkan kerajaan jika Hamas tidak dibubarkan. - REUTERS

TAWANAN HAMAS

TAWANAN ZIONIS

AKAN 

DI BEBASKAN

KHALAS