Rabu, 15 Oktober 2025

LAGI DEMO TOLAK TRUMP


Himpunan 26 Okt gesa halau Trump diteruskan di sebalik kemarahan 'ucapan genosida' di Knesset


Sekumpulan aktivis muda dan pelajar universiti tempatan berikrar meneruskan himpunan besar-besaran membantah kehadiran Donald Trump di Malaysia, di sebalik kemarahan semakin memuncak terhadap presiden Amerika Syarikat selepas ucapannya baru-baru ini memuji tentera Israel kerana menggunakan "dengan baik" senjata yang dibekalkan Washington kepada regim itu sepanjang kempen pembunuhan di Gaza.

Sekretariat Bantah Trump yang merancang perhimpunan pada 26 Oktober turut menegaskan pihaknya tidak perlu berurusan dengan polis mahupun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi mendapatkan kebenaran atau menyelaras keselamatan yang dirancang sempena Sidang Kemuncak Asean dan lawatan Trump, yang menyaksikan penutupan beberapa jalan utama di Kuala Lumpur.

Ia selepas beberapa protes membantah Israel mengundang tindakan keras polis menghalang peserta behimpun di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, mengundang kecaman orang ramai dan ledakan kritikan di media sosial.

"Berdasarkan pengalaman kami, pihak polis sering mengekang kebebasan berhimpun walaupun ia dijamin undang-undang," kata Sharifah Haura Uzzahra Syed Abdul Rahman, jurucakap sekretariat yang kini aktif menganjurkan pelbagai himpunan dan aktiviti menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim menarik balik jemputan kepada Trump.

Sharifah mengakui pihak berkuasa akan cuba menyekat perjalanan perhimpunan dengan alasan langkah keselamatan sempena Sidang Kemuncak Asean.

Bagaimanapun, beliau bertegas tiada keperluan meminta kebenaran pihak berkuasa untuk hak berhimpun yang telah pun dijamin perlembagaan, sambil memetik keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes membabitkan pemimpin Parti MUDA, Amir Hadi, di mana hakim sebulat suara berkata peruntukan Akta Perhimpunan Aman yang memerlukan notis kepada polis dianggap tidak berperlembagaan.

Tambahnya, penganjur mempunyai pasukan sendiri mengawal keselamatan sepanjang perhimpunan yang akan diadakan pada 26 Oktober di Ampang Park, tidak jauh dari Kedutaan Amerika Syarikat yang kini antara bangunan paling dikawal di ibu kota.

"Kami akan memastikan segala atur cara berjalan dengan lancar. Sama ada akan berlaku kekerasan atau sekatan terhadap masyarakat awam, itu bergantung kepada bagaimana pihak berkuasa bertindak pada hari itu," kata Sharifah kepada MalaysiaNow.

Perhimpunan yang dijangka bermula pada jam 5.00 petang itu bakal menjadi antara protes awam terbesar di Malaysia membantah bantuan AS kepada Israel sepanjang kempen pembunuhan beramai-ramai di Gaza yang bermula dua tahun lalu.

Ia dijangka mengumpulkan pelbagai kumpulan aktivis, persatuan mahasiswa dan NGO yang menolak campur tangan serta pengaruh ekonomi dan ketenteraan AS di rantau ini.

“Penentangan kami tidak hanya terhadap Trump, tetapi terhadap seluruh sistem yang menjadikan rakyat dunia selatan sebagai mangsa penindasan ekonomi, ras, dan ketenteraan,” kata Sharifah.

Anwar sehingga kini menolak desakan pelbagai pihak termasuk tokoh pemikir, aktivis pro-Palestin dan beberapa suara terpencil dari gabungan kerajaan sendiri supaya membatalkan jemputan kepada Trump.

Selain memberikan alasan jemputan itu disampaikan oleh Asean, Anwar berkata lawatan Trump dapat dimanfaatkan untuk "berunding" mengenai penindasan yang dilakukan rejim Israel.

"Harus ada kebijaksanaan yang saya dan rakan-rakan mahu (adalah) damai, jangan dibunuh lagi anak-anak kita, jangan di apa-apakan lagi wanita di Gaza.

"Ini bermakna atas nama Asean mengundang Trump, apa salahnya runding, saya bukan menyerah saya nak runding,” katanya dalam himpunan pro-Palestine anjuran kerajaan di Bukit Jalil minggu lepas.

'Ucapan genosida di Knesset'

Pada 13 Oktober, berucap di hadapan kepimpinan Israel di Knesset, Trump  memuji penggunaan senjata dibekalkan AS kepada regim Zionis sepanjang peperangan Gaza.

"Jujur saya katakan, sejumlah besar (senjata) kami bekalkan kepada Israel. Bibi (Netanyahu) berkali-kali panggil dan bertanya, 'Bolehkah beri senjata itu senjata ini? Ada yang saya tak pernah dengar pun, tetapi Bibi, kami mendapatkannya dan tetap membekalkannya, betul tak?" kata Trump disambut tepukan gemuruh dari semua yang hadir di Knesset termasuk Netanyahu yang dilihat bangun memberikan penghormatan.

"Senjata yang terbaik, yang terbaik, dan anda gunakannya dengan baik. Ya, ia memerlukan orang yang tahu cara menggunakannya, dan jelas anda menggunakannya dengan baik, sehingga Israel menjadi kuat dan berkuasa, akhirnya membawa kepada keamanan," kata Trump dalam ucapan yang dikecam sebagai "ucapan genocida".

"Lepas tu, iblis ni bakal dijemput dengan segala hormatnya ke Malaysia?" tanya Norizan Othman dalam reaksi di Facebook.

"Trump bangga bekal senjata ke Israel. PMX bangga dapat telefon Trump," tulis Zack Ganu, antara ribuan komen di media sosial yang memberikan reaksi terhadap ucapan Trump.

Ramai menganggap perjanjian gencatan senjata di Gaza yang ditandatangani minggu ini tidak membersihkan jenayah perang Trump.

Seorang lagi berkata Anwar tidak boleh lagi menggunakan alasan mahu berunding dengan Trump untuk mewujudkan gencatan senjata.

"Yang ni PMX nak jemput mai. Dulu beria yakinkan sebab nak jemput Trump nak selesai isu Gaza. Belum datang dah selesai. Boleh ja batalkan jemputan. Jangan jemput Iblis datang negara Malaysia," kata Rosmaini Saait.

Sebelum ini, beberapa pemimpin Amanah mengakui dilema dihadapi parti dipimpin Mohamad Sabu itu dalam menyokong pendirian Anwar menjemput Trump.

Sumber yang rapat dengan Amanah berkata bantahan dari Mohamad, yang sebelum ini lantang menentang dasar Washington di Timur Tengah, turut tidak diendahkan perdana menteri.

"Disebabkan tiada jalan lain, Amanah kini menerima jemputan itu, dan terpaksa memuaskan hati penyokong Palestin dengan meminta pihak polis supaya membenarkan perhimpunan bantah Trump kelak," kata seorang bekas pemimpin Amanah yang rapat dengan pimpinan tertinggi.

Ia dicerminkan Ketua Pemuda Amanah Cawangan Bukit Bintang, Sheikh Khuzaifah, yang ketika dihubungi MalaysiaNow berkata parti itu berharap perhimpinan membantah Trump dibenarkan.

"Kerajaan boleh benarkan perhimpunan aman dengan mengatur lokasi yang sesuai, pada masa sama sambut ketibaan Trump secara rasmi. Kalau sambut tetapi halang demonstrasi, ia memberi imej seolah-olah kita menyokong Trump ia tidak betul," katanya.

Sementara itu, aktivis terkenal Hishamuddin Rais mempersoalkan rasional pemimpin kerajaan dalam mewajarkan jemputan kepada Trump sebagai realiti ekonomi.

"Kita memang ada hubungan ekonomi dengan AS, itu benar. Tetapi Sepanyol juga ada hubungan ekonomi, begitu juga Colombia, malah China. Namun mereka tidak menjemput Donald Trump datang ke negara mereka," kata Hishamuddin.

"Hakikatnya, Palestin kini menjadi agenda dunia pertama dan kita tahu sokongan AS kepada Israel dalam konflik ini, termasuk dengan membekalkan senjata. Bom seberat 20,000kg yang meledak di Gaza datang dari Amerika."


TURUN SEMUA

DIJEMPUT TURUN

AMIN

SEKALI DALAM

HIDUP KITA 

BERPELUANG

BERDEMO LAWAN

PRESIDEN

AMERIKA

AMIN

JANGAN LEPAS

PELUANG 

BERSEJARAH INI

KHALAS

LETERIK PADAM - APA TERJADI ?


Lembah Klang, sebahagian Johor, Perak terputus bekalan elektrik

Gangguan bekalan elektrik yang secara besar-besaran telah melanda sebahagian besar Lembah Klang, dan beberapa kawasan di negeri-negeri lain turut melaporkan gangguan yang sama.

Bekalan elektrik dilaporkan terputus pada sekitar jam 4.15 petang tadi.

Di Lembah Klang, Kepong dan beberapa bahagian di Petaling Jaya - termasuk SS2, Seksyen 51A, PJ Old Town, Seksyen 14, dan Gasing Indah - adalah antara kawasan yang terjejas akibat gagguan secara mendadak itu.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam kenyataan di Facebook berkata, pasukan teknikalnya sedang berada di lokasi untuk melakukan kerja-kerja membaik pulih bekalan elektrik.

ADS

Menurut TNB, pihaknya sedang menerima jumlah aduan yang tinggi dan sedang berusaha mempercepatkan kerja-kerja pembaikan.

"Kami mohon maaf atas kesulitan yang dialami dan kesabaran anda sepanjang tempoh pembaikan amat kami hargai," kata TNB sambil mengingatkan pengguna agar berhati-hati ketika mengendalikan peralatan elektrik.

Sebagai tip keselamatan, TNB berkata ini, ini kerana bekalan mungkin akan dipulihkan pada bila-bila masa.

Sementara itu, menerusi ruangan komen di laman sosial TNB CareLine itu, beberapa pengguna turut melaporkan gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan di luar lembah Klang.

Ini termasuk di Ipoh, Perak; Johor Bahru dan Pasir Gudang, Johor serta beberapa kawasan di Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, setakat ini pihak TNB belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu gangguan bekalan elektrik yang berlaku selain daripada yang berlaku di sekitar Kepong

APA DAH 

JADI LETERIK

PADAM?

AMIN

PROJEK APA 

 INI  SAPA UNTUNG?

JENG JENG JENG

MENGOLAH

PERSETUJUAN 

UNTUK BUAT JANA

KUASA ?

KAH KAH KAH

KHALAS

TIKAM DAN BUNUH SATU PENCERAHAN


DARI FB

MOHD FARID


Mohd Farid's Post

MUNGKIN INI SEBABNYA…
Saya memang tak boleh brain langsung, budak umur 14 tahun sanggup t!kam pelajar perempuan sampai lebih 50 kali.
Lepas tu, dia jalan minum air macam tak ada apa-apa jadi.
Macam baru lepas habis game.
Korang boleh brain tak?
Tapi bila saya tengok nota yang dijumpai, saya terus faham satu benda:
Budak ni bukan marah sangat kat orang. 
Tapi dia dah hilang rasa manusia.
.
Nota dia penuh dengan istilah gamer:
“NPC”, 
“Zero Day”, 
“I win”.
Kalau korang biasa main game, korang tahu maksud dia.
NPC tu maksudnya watak yang tak penting. Watak yang hanya ada untuk pelengkap dunia dalam game.
“Zero Day” pula istilah hacker, maksudnya hari $erangan. Hari kau mula misi.
Dalam kepala dia, mungkin dunia ni bukan dunia sebenar lagi. Orang sekeliling dia cuma watak tambahan.
Dan bila dia bunuuh orang, otak dia tak anggap tu nyawa manusia.
Cuma “mission complete.”
.
Dekat sini kita kena faham satu benda penting,
Bila anak-anak terlalu lama duduk dalam dunia game, dunia maya boleh jadi dunia realiti bagi mereka.
Bila hari-hari tengok da£ah, t€mbak, t!kam,
lama-lama otak dia jadi kebal. Daraah bukan lagi benda yang menakutkan, tapi biasa. 
Kehidupan orang lain bukan lagi sesuatu yang bernilai, tapi macam “nyawa dalam game.”
.
Kajian dari American Psychological Association (APA) pun pernah lapor, kanak-kanak yang kerap tengok kandungan ganas terutama dalam game, mereka mula hilang empati tanpa mereka sedar.
Dia tak rasa bersalah bila sakitkan orang.
Dia tak faham beza antara emosi dan tindakan.
Sebab tu kes macam ni bukan sekadar kes jenayah.
Ini krisis jiwa.
.
Zaman kita dulu kalau marah, kita kena nasihat, kena rotan, kena marah dengan cikgu.
Zaman sekarang bila marah, anak buka TikTok, jumpa orang lagi marah, lagi ganas, lagi sinis.
Dia rasa benda tu normal.
.
Masalahnya bukan game tu semata-mata.
Masalahnya bila game ganti dunia sebenar.
Bila mak ayah dah tak ada masa nak sembang,
bila sekolah dah tak pantau emosi pelajar,
bila dunia digital jadi tempat anak belajar cara fikir dan cara rasa…
di situ, rasa empati mula mati perlahan-lahan.
.
Anak-anak kita sekarang bukan tak pandai.
Tapi ramai dah tak tahu beza antara sakit hati dengan sakit jiwa.
Sebab tu saya selalu pesan, jangan cuma pantau video apa yang anak tengok. Pantau juga game dia main, siapa dia ikut, apa yang dia cakap masa voice chat.
Benda ni kecil, tapi kalau kita biar,
hari ni dia main t!kam dalam game,
esok dia t!kam orang betul.
Nauzubillah.
.
Kita tak boleh hidup dalam penafian lagi.
Budak 14 tahun takkan lahir dengan niat nak jadi pembunuuh.
Tapi bila dunia yang dia hidup tu penuh dengan keganasan dan tanpa emosi, jiwa dia akan jadi sejuk,
macam mesin.
Dan bila manusia dah mula rasa macam mesin,
masa tu, manusia lain dah tak ada nilai.
.
Jangan tunggu tragedi baru nak peduli.
Jiwa anak kita sekarang tengah haus kasih sayang.
Bukan haus ‘data plan’.
bossF,
MommyHana

LAPORAN POLIS : KES TIKAM


LAPORAN POLIS

KES TIKAM



Assalamualaikum & Selamat Pagi
YDH Tuan KPD, T/KPD, KB DAN KPB

*MERS 999: Maklumat Pertama  Pelajar SMK Bandar Utama Kena Tikam menyebabkan Kematian *

1️⃣*Report* :
DAMANSARA Rpt :016466/25
Tarikh:14/10/2025 @1023HRS
IO :G/27201 Insp.Karthick
No h/p: 01116437060

2️⃣ Pengadu:
Nama : Mohd Zuki bin Saleh
No. Badan : RF139549
Jantina : Lelaki
Keturunan : Melayu
Pekerjaan : Polis
No.Telefon : 03-79662176


3️⃣ Ringkasan kejadian:

PADA 14/10/2025 JAM LEBIH KURANG 0939HRS SEMASA PENGADU SEDANG BERTUGAS DI PUSAT KAWALAN DAERAH IPD PETALING JAYA BERSAMA KPL 154386, 193439, KONST.232767 DAN KONST. 239885 TELAH TERIMA MAKLUMAT DARIPADA MERSS 999 NO CALLCARD PPJ25-00008133 PEMANGGIL EN QAYYUM  NO TELEFON: 0377258100 MAKLUM ADA PELAJAR SEKOLAH BAWA SENJATA TAJAM TELAH MENIKAM PELAJAR LAIN DI SMK BANDAR UTAMA DAMANSARA (4) BANDAR UTAMA PETALING JAYA .PENGADU ARAHKAN SL 776  (KPL 164316, KN 230335) NO TELEFON (0143810788) MENGHALA KE LOKASI KEJADIAN.PENGADU JADIKAN INI SEBAGAI LAPORAN MAKLUMAT PERTAMA.

 Tindakan :-
⏩ SL 776 RCJ: 0940 HRS
-Menghala ke lokasi.

⏩ SL 776 RCJ: 0945HRS
-Sampai lokasi kejadian di SMK Bandar Utama ,Petaling Jaya dan di bantu oleh SL 777 RCJ Balai Polis Damansara.

⏩ SL 776 RCJ: 0950HRS
- Telah berjumpa dengan Cikgu sekolah maklum pelajar 1/L Cina telah menikam Pelajar perempuan 1/P Cina dengan menggunakan senjata tajam dilokasi kejadian. SL 776 telah tahan 1/L Cina bersama senjata tajam dan bawa balik ke Balai Polis Damansara.
Butir-butir Suspek:

Nama: Lum Chin Hau 
No.KP: 110811102551 (14 tahun)
Alamat:21, Lorong PJU 7/8D, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya Selangor.

 SL 777 RCJ : 1005 hrs
- dapati mangsa pelajar  sekolah 1/P Cina   telah terbaring dan dapati ada kesan tikaman  di bahagian leher. Mangsa telah diperiksa oleh MA Zainor bin Bari (28485) dari Hospital Selayang telah mengesahkan mangsa 1/P Cina telah meninggal dunia dilokasi kejadian. 

*Butir-Butir Simati Pelajar Sekolah *

Nama:Yap Shing Xuen
No.KP:091222102464 (16 tahun)
Alamat:Blok D2-07-03 Medalla@Oasis Corporate Park Oasis no.2 Jln PJU 1A/2 Ara Damansara,47301 Petaling Jaya.

-DCC P/Jaya telah salurkan maklumat kejadian kepada Balai Polis Damansara.


 ⏩  DCC P/JAYA:
 •DAMANSARA RPT : 016466/25
•MAKLUM PEGAWAI GERAKAN : ( ASP FRANKY WONG KEE CHAAN )
•MAKLUM PEGAWAI KBKDNKA : ( P/DSP SYED MOHD ROBART BIN SYED MOHD ZAIN )
•MAKLUM CCC SELANGOR

Sekian Makluman YDH Tuan

BENDERA ZIONIS ALAH PROP


BENDERA ZIONIS

ITU PROP UNTUK

WATAK LAKONAN 

KHALAS

Unknown commented on 
"ZIONIS TEMPATAN ATAU 
PASANG BENDERA SALAH ?"

Kalau type C jadi agen zionis, kalau type M mestilah silap pasang, tak akan itu pun tak tahu ? Undang-undang tidak adil saksama kepada semua, ianya bergantung kepada kaum agama ketuanan keturunan sokongan politik sebab semuanya politik kah kah kah


Unknown commented on
 "ZIONIS TEMPATAN ATAU
 PASANG BENDERA SALAH ?"

Slow saja Akmal Salleh tak turun Kelantan? Bendera terbalik hebat atau bendera Yahudi hebat? Dia ambil kira siapa boleh dibuli, masuk Kelantan kena selipar dengan orang sana woit kah kah kah semuanya terdedah sendiri sedikit demi sedikit sandiwara pejuang bangsa agama ketuanan kita amin kah kah kah semakin melingkupkan negara membela biawak sebegini


Unknown commented on
 "ZIONIS TEMPATAN ATAU
 PASANG BENDERA SALAH ?"

sandiwara lagi ke? gua dah cakap semua bohong dan tipu. macam fam submit dokumen palsu! kah kah kah!

DEMO TOLAK TRUMP


DEMO JUMAAT

24/10/2025 

TOLAK TRUMP 

DATANG

 RAMAI RAMAI 

JAM 10.PAGI

HIMPUN DI MENARA 

TABUNG HAJI




KES BUNUH BUKAN CINTA DI TOLAK


KES BUNUH

BUKAN CINTA 

DI TOLAK

TAPI PENGARUH

MEDIA SOSIAL

KHALAS

MADAFAKA TIDAK DI JEMPUT KE MESIR




JAGUH KAMPUNG

MADAFAKA TIDAK

DI JEMPUT

KE MESIR

KAH KAH KAH

KHALAS

Unknown commented on 
"BERAPA LAMA DAMAI
 BOLEH BERTAHAN ?"

Paling sedih pejuang kita tidak dijemput, dalam TikTok setiap kena kutuk kena maki hamun, akhirnya terbukti pejuang kita hanya pejuang kampung, nak jaga parlimen tak nampak tetapi ahli parlimen Tambun, ke sini ke sana jumpa pemimpin dunia konon, kah kah kah, 

kerja sendiri tidak diuruskan kerja dunia nak atur, woit sedar diri sedikit, rakyat sendiri meluat tengok perangai, asyik cerita lama, nak jual ubat kuat dah tak laju, sekarang orang pakai TikTok untuk order ubat, tak perlu orang tengah lagi kah kah kah kalau masih tidak sedar entahlah kah kah kah