Rabu, 12 November 2025
JANGAN BENARKAN BUDAYA ARAB ROSAKKAN BUDAY MELAYU
JANGAN BENARKAN
BUDAYA ARAB
ROSAKAN
BUDAYA MELAYU
KHALAS
SATU LAGI DEMO LAWAN AZAM BAKI
SATU LAGI DEMO
LAWAN AZAM BAKI
DI PUTARJAYA
AMIN
NURUL IZAH & SUAMI
AKAN IKUT SAMA ?
KHALAS
SATU LAGI BUKTI RASUAH - BILA NAK TANGKAP PEMBERI DAN PENERIMA RASUAH ?
SATU LAGI
BUKTI RASUAH
AMIN
BILA NAK TANGKAP
PENERIMA & PEMBERI
RASUAH?
KHALAS
UMNO KHIANATI PERJUANGAN KEMERDEKAAN
NEGARA BAWAH TEKANAN AMERIKA - UMNO KHIANATI PERJUANGAN KEMERDEKAAN
KUALA LUMPUR, 12 NOV 25 — Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, mendakwa kepimpinan dan ahli UMNO kini telah mengkhianati perjuangan asal parti itu dalam mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara apabila menyokong perjanjian yang menurutnya meletakkan Malaysia di bawah pengaruh Amerika Syarikat (AS).
Dalam satu kenyataan keras yang dimuat naik di akaun media sosialnya hari ini, Dr Mahathir menuduh tindakan kerajaan yang disokong UMNO – sebagai menggadai kedaulatan negara dan menghapuskan semangat kemerdekaan yang diperjuangkan oleh generasi terdahulu.
“Kamu sudah khianati perjuangan ibu bapa dan datuk nenek kamu untuk kemerdekaan Tanah Melayu,” kata Dr Mahathir.
“Hari ini kamu sokong tindakan menghapuskan kemerdekaan itu apabila mempersetujui perjanjian meletak negara tercinta ini di bawah kuasa Amerika Syarikat,” tambahnya.
Menurut Dr Mahathir, perjanjian yang dipersetujui kerajaan bukan sahaja melibatkan pembelian barangan Amerika bernilai hampir RM1 trilion, tetapi turut mengikat Malaysia untuk menyokong dasar luar dan tindakan Amerika dalam urusan antarabangsa.
Beliau mendakwa, kandungan perjanjian itu juga memberi ruang kepada Washington untuk menentukan dasar hubungan Malaysia dengan negara lain, termasuk memastikan ia tidak bertentangan dengan kepentingan dan pendirian Amerika Syarikat.
“Keberanian Malaysia sudah tidak ada lagi. Segala-galanya ditentu oleh A.S.,” tulisnya.
Dr Mahathir yang pernah memimpin UMNO selama lebih dua dekad berkata, parti itu kini sudah menyimpang jauh daripada asas perjuangannya untuk bangsa, agama dan negara.
“UMNO sudah jadi pengkhianat kepada bangsa Melayu. UMNO tidak lagi berjuang untuk bangsa, negara dan agama,” katanya.
Beliau turut menuduh wakil rakyat dan ahli parti itu lebih mementingkan kepentingan diri sendiri daripada maruah negara, sambil memberi amaran bahawa pengkhianatan mereka akan “tercatat dalam sejarah”.
Kenyataan terbaru Dr Mahathir itu dilihat sebagai lanjutan daripada siri kritikannya terhadap kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim, yang baru-baru ini menandatangani beberapa perjanjian strategik dengan Amerika Syarikat dalam bidang ekonomi dan keselamatan.
Perjanjian itu, menurut kerajaan, bertujuan memperkukuh pelaburan serta kerjasama pertahanan dan teknologi antara kedua-dua negara, namun dikritik oleh pihak pembangkang dan beberapa tokoh nasionalis sebagai tindakan yang boleh menjejaskan dasar berkecuali Malaysia. Politiko.my
NAK CAKAP LAGI
INI KATA KATA
BEKAS PRESIDEN
UMNO
KHALAS
RAKYAT MISKIN TERUS DIBULI
Tiga individu ditahan pihak polis dalam operasi pengusiran penduduk di Kampung Jalan Papan di Pandamaran, Klang.
Mereka adalah Timbalan Pengerusi PSM S Arutchelvan, aktivis M Mythreyar dan wakil penduduk M Logesvaran.
Ketika dihubungi, Mythreyar berkata ketiga-tiga mereka ditahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, yang menyentuh mengenai kesalahan menghalang petugas awam menjlankan kewajipan.
"Kami kini sedang dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan untuk siasatan lanjut," katanya kepada Malaysiakini.
Malaysiakini telah menghubungi ibu pejabat polis negeri Selangor untuk mendapatkan komen.
Setakat tengah hari tadi, operasi perobohan di Kampung Jalan Papan masih diteruskan di bawah kawalan ketat polis.
Penduduk mendesak Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, turun padang segera bagi mencari penyelesaian untuk lebih 83 keluarga yang masih menetap di kawasan itu.
Daripada 83 rumah, 44 daripadanya mendapat perintah injunksi sementara. Mahkamah dijangka akan menentukan status 44 rumah itu pada 8 Dis.
Sebelum ini, kerajaan negeri dan pihak pemaju bersetuju bahawa kerja-kerja perobohan dihadkan kepada rumah dan premis perniagaan yang kosong sahaja.
Namun, sehingga hari ini, sudah lebih 10 rumah berpenghuni dirobohkan oleh pihak pemaju tanpa sebarang pampasan atau tempat penempatan sementara disediakan kepada penduduk.
MASA DAH
SAMPAI UNTUK
KEMBANGKAN
PERJUANGN KELAS
AMIN
YANG MISKIN
RAMAI
YANG KAYA SIKIT
AMIN
YANG MISKIN
WAJIB DI SUSUN
UNTUK BANGUN
MELAWAN
KHALAS
TAK TURUN KE JALAN RAYA - PASTI MATI KATAK
Seorang peguam yang mewakili keluarga kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Syamsul Haris Shamsudin hari ini mempersoalkan tindakan DAP dan Majlis Peguam yang dikatakan berdiam diri mengenai kematian pelajar tersebut.
Naran Singh dalam satu kenyataan video membandingkan kes Syamsul dan bagaimana organisasi tersebut bertindak balas terhadap kematian pembantu politik Teoh Beng Hock pada tahun 2009.
"Saya hairan mengapa tiada sesiapa yang peduli tentang kes Syamsul Haris yang meninggal dunia semasa latihan Palapes di Skudai... terutamanya Majlis Peguam dan DAP.
"Apabila Teoh Beng Hock meninggal dunia, DAP, terutamanya pemimpinnya Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Anthony Loke, Gobind Singh (Deo) dan Ramkarpal (Singh)... semuanya 'turun padang' untuk mengumpul dana dan mencari keadilan.
"Tetapi dalam kes Syamsul Haris, mengapa tiada tindakan sedemikian diambil oleh Majlis Peguam, yang sepatutnya mencari keadilan, dan juga DAP.
"Inilah yang ingin diketahui oleh rakyat dan saya. Saya harap DAP dan Majlis Peguam dapat menjawab soalan saya," katanya.
Syamsul, 22, meninggal dunia di Hospital Kota Tinggi pada 28 Julai. Dia telah menjalani latihan Palapes di Johor sebelum kematiannya.
Ibu mangsa, Ummu Haiman Bee Daulatgun, mengesyaki terdapat unsur jenayah selepas melihat lebam dan mata berdarah pada mayat Syamsul sebelum dikebumikan, yang menyebabkan dia membuat laporan polis.
Malaysiakini telah menghubungi Loke, yang merupakan setiausaha agung DAP, Gobind (pengerusi kebangsaan DAP), dan pegawai Majlis Peguam untuk mendapatkan komen.
Teoh, yang merupakan setiausaha politik kepada ahli majlis eksekutif negeri Selangor, Ean Yong Hean Wah, ditemui mati pada 2009 selepas soal siasat semalaman di ibu pejabat SPRM Selangor di Plaza Masalam di Shah Alam pada masa itu.
Suruhanjaya siasatan diraja pada 2011 memutuskan bahawa dia didorong untuk membunuh diri kerana soal siasat yang agresif.
Berikutan Kematian Teoh, pemimpin politik termasuk dari DAP telah menyertai perhimpunan protes di Kelana Jaya untuk menuntut keadilan dan menuntut SPRM bertanggungjawab.
Majlis Peguam dilaporkan telah menuntut agar Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan untuk menyiasat kematian Teoh.
KENAPA TAK
HEBOH KES
MATI SYAMSUL?
AMIN
JAWABNYA
AMAT MUDAH
AMIN
TIDAK TURUN
KE JALAN RAYA
MAKA AKAN
MATI KATAK
AMIN
NAK HEBOH
BUAT MACAM
KES ARWAH ZARA
AMIN
KHALAS
ISLAM BUNUH ISLAM
Serangan berani mati di luar mahkamah Islamabad ragut 12 nyawa, 27 cedera
DI SUDAN
ITAM BUNUH
ITAM
AMIN
DI PAKISTAN
ISLAM BUNUH
ISLAM
AMIN
SAMA KULIT
SAMA AGAMA
SEMUA JADI KARUT
BILA BERTEMU
DENGAN DOLAR
KAH KAH KAH
KHALAS
ORANG GEMOK TIDAK DI YAKINI
SEMUA ORANG
GEMOK TIDAK
AKAN DI YAKINI
AMIN
HOLYWOOD
DAH BINGKAIKAN
MEREKA PELAWAK
KAH KAH KAH
KHALAS
BANJIR TENGKUJUH - APA PERSEDIAAN KITA
BANJIR
TENGKUJUH
TAK DAPAT DIELAK
AMIN
APA PERSEDIAAN
KITA?
KHALAS
TANGKAP PEMBERI RASUAH !!!
Video terbaru Tei: 'Duit beli kereta, kedai'
Ahli perniagaan dan pembocor maklumat, Albert Tei, memuat naik satu lagi video berkaitan dakwaan skandal rasuah di Sabah. Kali ini ia dikatakan melibatkan menteri belia dan sukan sementara Sabah, Ellron Angin.
Video berdurasi 2.26 minit itu dimuat naik di laman Facebook “Pejuang Tun Dr Mahathir” semalam yang menunjukkan Ellron berbual dengan Tei mengenai penerimaan dana berjumlah RM530,000.
“Saya sudah bagi Datuk (Ellron) duit itu. Saya bagi RM500,000, kemudian RM30,000 untuk beli apa? Beli kedai. Datuk ingat?” kata Tei.
Ellron yang juga Adun Sook selama empat penggal itu mengangguk sambil menjawab bahawa ada pinjaman yang perlu dibayar.
Tei turut mendakwa syarikatnya sudah memindahkan RM30,000 itu kepada seorang ejen. Dia kemudian bertanya sama ada Ellron ingat atau tidak ada menerima kira-kira satu per lima daripada jumlah RM500,000 tersebut untuk membeli kereta.
“Ingat tak, Datuk?” tanya Tei.
“Ingat,” jawab Ellron.
Apabila Tei bertanya sama ada jumlahnya RM100,000 atau RM150,000, Ellron menjawab, “Saya dah lupa.”
Tei kemudian menyebut bahawa RM100,000 telah dimasukkan ke akaun bank, manakala RM400,000 lagi diserahkan secara tunai.
Video itu dipercayai dirakam di rumah Ellron di Kota Kinabalu, Sabah.
Kaitkan anak saudara
Pada Julai lalu, Ellron menafikan menerima rasuah RM530,000 yang dikaitkan dengan skandal itu dan menyifatkan ia sebagai “fitnah tidak berasas”.
Bulan lalu, Ellron yang juga Timbalan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star), menyatakan sokongan kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) — walaupun Star secara automatik digugurkan daripada gabungan itu selepas memilih untuk menggunakan logonya sendiri.
Dalam video yang sama, Ellron dilihat bersetuju dengan Tei yang mendakwa dia menerima 10 peratus pegangan saham dalam sebuah syarikat daripada ketua menteri sementara, Hajiji Noor.
Tei juga menyentuh tentang seorang anak saudara Ellron yang didakwa menjadi proksi bagi pegangan saham tersebut.
Pendedahan berkenaan muncul menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah, dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 15 Nov dan pengundian pada 29 Nov.
Sejak Nov tahun lalu, lebih sedozen ahli politik GRS — termasuk beberapa menteri kanan negeri —dikaitkan dengan skandal pelombongan tersebut.
Tei dan dua Adun sudah pun didakwa di mahkamah, manakala nasib tokoh lain masih belum diketahui, sekali gus mencetuskan dakwaan wujudnya cubaan menutup kes.
Malaysiakini sudah menghubungi Ellron, Hajiji dan pembantunya untuk mendapatkan maklum balas.






