Isnin, 22 Disember 2025

RAYUAN NAJIB NAK BALIK KE RUMAH GAGAL !!!



Mahkamah putuskan titah tambahan Agong tak sah, Najib kekal di Penjara Kajang


Najib Razak hari ini gagal dalam usahanya melangkah keluar dari Penjara Kajang bagi menjalani baki hukuman penjaranya sebagai tahanan rumah, susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa titah tambahan Yang di-Pertuan Agong yang dilampirkan pada pengampunan diraja beliau adalah tidak sah.

Keputusan itu dilihat bakal meningkatkan bantahan ahli Umno dan dalam kalangan penyokong bekas presiden parti itu terhadap kerajaan campuran Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Hakim Mahkamah Tinggi, Alice Loke, berkata sebarang arahan tambahan daripada Agong tidak boleh dikuatkuasakan memandangkan ia perlu dibawa ke dalam Lembaga Pengampunan.

Menurutnya, sebarang tindakan oleh Agong perlu dilakukan dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan, termasuk Perkara 42 mengenai kuasa pengampunan.

"Ia mengubah hukuman penjara dengan ketara dan harus dibincangkan di mesyuarat Lembaga Pengampunan," tambahnya.

Pada awal 2024, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang turut dianggotai Anwar mengurangkan hukuman penjara Najib daripada 12 tahun kepada enam tahun, dan mengurangkan denda RM240 juta kepada RM50 juta.

Susulan itu, muncul pendedahan bahawa sejurus sebelum menamatkan tempohnya sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-16, Sultan Pahang, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah telah menukilkan nota pada dokumen keputusan Lembaga Pengampunan, menggesa supaya Najib menjalani baki hukumannya sebagai tahanan dalam rumah.

Bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob merupakan antara ahli politik pertama yang membangkitkan kewujudan dokumen yang dikenali sebagai "titah adendum" itu di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, Anwar dan pemimpin kerajaan berulang kali menolak dakwaan mengenai kewujudan adendum tersebut, dan berkata perkara itu hanya akan diputuskan oleh mahkamah.

Antara lain, Anwar berkata adendum tersebut tidak disentuh disebabkan Sultan Abdullah bukan lagi Agong.

"Apa-apa tindakan kita buat mesti rujuk kepada Yang di-Pertuan Agong," kata Anwar di Dewan Rakyat pada Disember tahun lalu.

Mahkamah Tinggi kemudiannya memutuskan untuk menolak dakwaan mengenai kewujudan adendum tersebut. Keputusan itu bagaimanapun dibatalkan awal tahun ini selepas Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Najib untuk semakan kehakiman.

Sementara itu, istana Pahang telah mengesahkan bahawa Sultan Abdullah telah menitahkan Najib menjalani baki hukumannya di bawah tahanan rumah.

Sejak dipenjarakan, Najib rata-rata mengelak daripada mengeluarkan kenyataan dari tirai besi mahupun memberikan sebaran ulasan secara langsung mengenai politik.

Bagaimanapun, komen dimuat naik di akaun media sosial rasminya dan juga oleh penyokongnya memberikan gambaran bekas pemimpin itu tidak merestui kerjasama Barisan Nasional dengan Anwar dan gabungan Pakatan Harapan.

Laman Facebook Najib menyiarkan pelbagai kenyataan sinis menyasarkan pemimpin PH yang kini sebahagian daripada Kabinet, sambil mengingatkan mereka mengenai kritikan sebelum ini terhadap pelbagai inisiatif dan dasar beliau yang kini diteruskan selepas dijenamakan semula oleh pentadbiran Anwar.


KES 1MDB

APA CERITA?

BILA NAK SELESAI?

AMIN

RAYUAN ROSMAH

DI PENJARA

BILA SELESAI?

AMIN

DAH BERTAHUN

TAKDA KEPUTUSAN

AMIN

KALAU BAYI

DAH NAK KELUAR

DARI UNIVERSITI

AMIN

KHALAS

KEPUTUSAN MAHKAMAH PAGI INI : NAJIB KEMBALI KE PENJARA KAJANG -




KEPUTUSAN

MAHKAMAH 

PAGI INI :

NAJIB KEMBALI

KE PENJARA 

KAJANG

AMIN




BANJIR MEMBAWA REZEKI


Warga Aceh Barat teruja temui emas di wilayah bekas banjir

ACEH: Bencana banjir besar yang melanda Kabupaten Aceh Barat meninggalkan habuan tidak disangka apabila sejumlah penduduk menemui butiran emas bertaburan di kawasan terjejas.

Menurut laporan Tribun Jateng pada Jumaat, kejadian itu berlaku di Gampong Seuradeuk, Kecamatan Woyla Timur, Kabupaten Aceh Barat.

Berdasarkan maklumat diperoleh, penduduk tempatan yang sedang bergotong-royong membersihkan rumah serta kawasan persekitaran selepas banjir menemui objek kecil berkilauan di halaman sebuah rumah.

Penduduk kemudian mengutip butiran emas itu dan menapis tanah menggunakan peralatan ringkas serta menemui lebih banyak lagi bahan berkenaan.

Sementara itu, pihak berkuasa masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti asal-usul butiran emas berkenaan termasuk bagaimana emas boleh ditemui di kawasan yang terjejas akibat banjir dan tanah runtuh.

Pensyarah dan penyelidik bidang Sumber Mineral, Jabatan Kejuruteraan Geologi Universiti Gadjah Mada, yang juga Staf Khas Persatuan Geologi Ekonomi Indonesia (MGEI), Lucas Donny Setijadji, memaklumkan bahawa wilayah Aceh sememangnya mempunyai sumber mineral emas.

"Banyak wilayah di kepulauan Indonesia, termasuk Aceh, memiliki sumber mineral khususnya emas," katanya ketika dihubungi Kompas.com.

Lucas menjelaskan, fenomena itu berlaku kerana butiran emas tergolong sebagai logam yang berdaya tahan atau utuh terhadap proses pengkakisan.

"Batuan mengandungi butiran emas, yang pada awalnya berkadar rendah dalam lingkungan bacaan partikel per sejuta (PPM) ppm atau gram dalam setiap tan, akan kekal sebagai butiran emas, manakala mineral lain kebanyakannya telah berubah menjadi tanah.

"Apabila sebahagian besar tanah dihanyutkan akibat banjir, butiran emas yang masih utuh serta mempunyai ketumpatan tinggi akan tertahan lebih dekat dengan sumber batuan asal.

"Butiran emas ini agak mudah dipisahkan daripada bahan runtuhan dan mendapan lain melalui proses pencucian atau mendulang, seperti yang dapat dilihat dalam gambar dan video," katanya.

Lucas turut menyifatkan kejadian itu sebagai bukti kekayaan kepulauan Indonesia, termasuk Wilayah Istimewa Aceh, dengan pelbagai sumber mineral, khususnya emas. - AGENSI


BERITA 

MALAPETAKA

BANJIR

SEJUK & SEDIH

MUNCUL BERITA

BAIK

AMIN

KETUL EMAS

MENCERIKAN 

SUASANA SEDIH

AMIN

KHALAS

ADA KUASA ADA DUIT BUAT JENAYAH BOLEH BEBAS


ADA KUASA

ADA DUIT

BUAT JENAYAH

BOLEH BEBAS

AMIN

Unknown commented on
 "ADA DOKTOR TIPU"

Selagi tidak kena tangkap tidak salah, kalau sudah kena tangkap masih ada peluang 'berunding' dengan pihak berkuasa, kalau 'rundingan' berjaya maka tidak salah,.kedua ada proses mahkamah, rundingan demi rundingan akan diusahakan sehingga mencapai keputusan, yang curi telur ayam akan dipenjarakan, yang curi berbillion akan dibebaskan dengan diskaun tambahan, status dikekalkan, pingat tidak payah dikembalikan, 

manakala penjenayah biasa semuanya dilucutkan serta merta, tembak mati pun satu bentuk hukuman serta merta yang tidak melalui apa-apa proses sebab ketua hakim negara memakai seragam sebagai hakim Judge Dredd kah kah kah, 

semuanya berlaku samada disedari dibiarkan atas alasan sama setiap kali muncul ketidakadilan dalam masyarakat mengikut kaum agama bangsa warna kulit warna rambut warna duit dipegang, amin amin amin kah kah kah boleh jawab kepada Yang Maha Esa kalau berpeluang nanti

SEMUA YANG BAIK HATI TERIMA KASIH


SEMUA YANG

BAIK HATI

TERIMA KASIH

AMIN

Unknown commented on
 "PAGI INI"

Salam takziah kepada TT dan sekeluarga. Semoga kebaikan Ezi terus dibalas di akhirat. Amin

Unknown commented on 
"PAGI INI"

My deepest condolences. 😭🤲

Unknown commented on
 "PAGI INI"

My condolences Isham.

So sorry for your loss.


"PAGI INI"
1 hour ago
Ezi dalam kenangan. Bahagialah selamanya. Tinggallah tak² kesaorangan

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

SENIN 22 DISEMBER 2022

KEMARIN


KEMALANGAN KEMARIN
Gua Isham Rais Tukar Tiub  mengucapkan RIBUAN TERIMA KASIH kepada semua kawan-kawan dalam Blog dan dalam Face Book yang menghantar ucapan TAKZIAH atas kematian Ezi.

Ucapan TAKZIAH dari  kawan-kawan yang  di kenali dan yang tidak di kenali  meringankan  beban sedih. 

EZI telah di kebumikan di Kampong Chenor Kuala Klawang Jelebu Negeri Sembilan  - jam 2.20 petang kemarin. Ezi di semadikan di sebelah makam arwah JAI  dalam kawasan  tanah Pesaka  Keluarga  Zaleha Rais. 

Matahari bersinar. Ketika Ezi masuk ke bumi – matahari turut redup. Alam sama bersimpati dengan Ezi.

Ha  ha – Ketika ini Pokok-Pokok Rambutan sedang berbuah – merah dan kuning – BUAH- BUAH SAMA-SAMA memberikan ucapan SELAMAT JALAN PADA EZI.

FOR MY DEAR FRIENDS 

YESTERDAY'S ACCIDENT
Moi - Isham Rais Tukar Tiub would like to say a THOUSAND THANKS to all friends on the Blog and on Face Book who sent condolences on the death of Ezi.

Condolences from friends known and unknown lightened the burden of sadness. 

EZI was buried in Kampong Chenor Kuala Klawang Jelebu Negeri Sembilan  at 2.20 pm yesterday  21 December 2025  Ezi was buried next to the grave of the late JAI in the land of the Zaleha Rais Family Estate. 

The sun was shining - when Ezi entered the earth - the sun also dimmed. Nature sympathized with Ezi.

Ha ha - At this time the Rambutan Trees were bearing fruit - red and yellow  fruits -  wishing  EZI  Rest in Peace.


HOKKIEN
Pagi ini cerah segar kering. Matahari dah keluar.  Langit biru  berawan putih. KL & KL Sentral cerah – kemarin tak hujan.

Pagi ini Siti dan Keluarga tak  muncul – Entah  ke mana mereka bertandang. Makanan yang gua  sediakan gua bawa pulang – mungkin petang mereka ada.
Tekukur bersuara. Sekumpulan Pipit Uban – berpuluh ekor  - terbang  di bukit arah Wakaf Dua. 

Beberapa pekerja bermotor masuk.  Seorang Abang   bermotor sampai. Dia membawa  burung Tekukur .  Kemudian gua nampak dia menalipon.

‘ Sorang je... hari ini...’ Gua bertanya.

‘ Yang lain lum sampai....’ Jawab Abang Burung.

Di pagi hari  selalu di Hokkien Abang Burung – dua tiga orang – datang melayan suara Burung Tekukur. Mereka bawa burung sendiri. Kemudian Tekukur ini  dalam sangkar  di gantung dengan tiang spesial tersorok dalam rimbunan daun. Dengan harapan  Tekukur Liar akan bersuara – jawab menjawab. 

Kadang kali Tekukur di ikat di atas tanah.  Ada juga yang cuba memerangkap.  
Abang- Abang ini  ada yang datang dari Pantai Dalam – dari Sungai Besi dll – Ini hobi yang amat menarik. Buka hanya Melayu – orang China puan ada  main Tekukur di Hokkien. 

Ketika gua menulis ini matahari dah bersinar. Balkoni gua dah bercahaya. Gua harap hari ini akan panas. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM
DI PAGI SENIN

BRO
Hidup kita ini macam minum kopi – ada rasa manis ada rasa pahit.

BRO
Kopi pahit yang lu minum pasti membawa nikmat. Lagi pahit lagi nikmat.

BRO
Mari kita  mengopi – adalah  suara  yang  amat enak di dengar. Amin

BRO
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA