Selasa, 31 Mac 2026

HAPUSKAN MONARKI DI NEGARA ARAB


LANGKAH BIJAK

HAPUSKAN

TENTERA AMERIKA

DI BUMI ARAB

AMIN

HAPUSKAN 

MONARKI BARUA

AMERIKA ISRAEL

DALAM DUNIA

AMIN

DIRIKAN NEGARA

ISLAMIK REPUBLIK 

KHALAS


Iran lancar lebih 5,400 serangan ke atas pangkalan AS, lokasi kritikal di negara Arab dalam sebulan


ISTANBUL: Iran melancarkan sekurang-kurangnya 5,471 serangan peluru berpandu dan dron yang menyasarkan pangkalan Amerika Syarikat (AS) serta lokasi kritikal di tujuh negara Arab sejak 28 Februari, menurut data rasmi yang dikumpulkan pada awal Isnin, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Ketika serangan AS-Israel ke atas Iran dan tindakan balas Tehran berterusan, pelbagai lokasi penting di negara-negara Teluk menjadi sasaran.

Berdasarkan maklumat yang dikumpulkan daripada kementerian pertahanan dan pusat maklumat rasmi negara terbabit, Emiriah Arab Bersatu (UAE) paling terjejas.

Kementerian Pertahanan UAE memaklumkan sistem pertahanannya berjaya memintas 414 peluru berpandu balistik, 15 peluru berpandu kruis dan 1,914 dron sejak serangan bermula.

Kuwait pula berkata ia memintas 309 peluru berpandu balistik dan 616 dron, menurut kenyataan pusat maklumat kerajaan dan pihak tentera.

Komando Am Angkatan Pertahanan Bahrain memaklumkan sebanyak 174 peluru berpandu dan 391 dron dineutralkan dalam tempoh sama.

Kementerian Pertahanan Qatar melaporkan 206 peluru berpandu balistik dan 93 serangan dron menyasarkan negara itu.

Tentera Jordan berkata sebanyak 262 serangan peluru berpandu dan dron direkodkan sepanjang konflik berkenaan.

Arab Saudi pula memaklumkan sekurang-kurangnya 52 peluru berpandu dan 1,006 dron menyasarkan wilayahnya.

Oman menyatakan ia menjadi sasaran 19 dron.

Ketegangan serantau terus memuncak sejak Israel dan Amerika Syarikat melancarkan serangan terhadap Iran pada 28 Februari, yang mengorbankan lebih 1,340 orang setakat ini, termasuk Pemimpin Tertinggi ketika itu, Ali Khamenei.

Iran membalas dengan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, Jordan, Iraq serta negara-negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS, menyebabkan korban dan kerosakan infrastruktur serta mengganggu pasaran global dan penerbangan. - BERNAMA-ANADOLU




 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan