SAH INI BUKTI
WUJUD ZIONIS
TEMPATAN DALAM
MALAYSIA
AMIN
MEREKA JUGA
AJEN MOSSAD
KHALAS
Persinggahan Dua Kapal Tentera Laut AS Sebagai ‘Rutin’ – Menteri
KUALA LUMPUR | 19 Mac 26 — Kehadiran dua kapal tentera laut Amerika Syarikat (AS) di Pulau Pinang baru-baru ini disahkan sebagai persinggahan rutin bagi tujuan logistik.
Menteri Pertahanan Mohamed Khaled Nordin menjelaskan bahawa kapal USS Santa Barbara dan USS Tulsa berlabuh di Terminal Kontena Butterworth Utara selama beberapa hari bagi urusan bekalan, penyelenggaraan serta rehat kru.
Menurut beliau, persinggahan seumpama itu bukan perkara luar biasa, sebaliknya sebahagian daripada amalan lama dalam hubungan pertahanan antarabangsa yang melalui kelulusan rasmi kerajaan.
“Setiap permohonan perlu melalui saluran rasmi dan tertakluk kepada kelulusan kerajaan Malaysia,” katanya seperti dilaporkan Bernama.
Kerajaan menegaskan bahawa kunjungan berkala kapal tentera laut asing adalah sebahagian daripada usaha membina keyakinan dan memastikan keselamatan serta kestabilan serantau terus terpelihara, selari dengan Kertas Putih Pertahanan.
Baru-baru ini, Perikatan Nasional (PN) menggesa kerajaan memberikan penjelasan berhubung laporan kehadiran aset tentera laut Amerika Syarikat (AS) di perairan Malaysia, khususnya di Pulau Pinang, yang disifatkan berpotensi menimbulkan persepsi bercanggah dengan dasar berkecuali negara. @sumber

Tiada ulasan:
Catat Ulasan