Selasa, 31 Mac 2026

RAFIZI PEMIMPIN PKR TULIN


TAHNIAH RAFIZI

SUDAH BERJAYA

AMIN

SELAMA INI 

DILIHAT 

TAK BERJAYA

KAH KAH KAH

KINI TERBUKTI

BERJAYA BILA

MULA DISERANG

 PEMIMPIN PKR

 AMIN

BILA DISERANG

ERTINYA APA RAFIZI

DIBUAT MENYENGAT

DAN BUKAN KERJA

PALAT SIA SIA

KHALAS 




Rafizi kini liabiliti terbesar PKR, perlu segera keluar parti - Mahmud Epah
Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sarawak Mahmud Epah menyifatkan Rafizi Ramli sebagai liabiliti terbesar kepada agenda reformasi dan menggesa bekas timbalan presiden parti itu supaya segera keluar daripada parti.

Katanya, tindakan Rafizi yang juga adalah anggota parlimen Pandan itu tidak boleh dipandang ringan kerana didakwa membebankan usaha reformasi dan menimbulkan polemik dalam kalangan akar umbi.

Susulan itu, katanya, kepimpinan parti perlu memastikan maruah PKR terus terpelihara dan tidak diganggu oleh tindakan dianggap sebagai konfrontasi terbuka terhadap parti serta pimpinan.

"Siri kenyataan dan tindakan terbuka Rafizi mutakhir ini tidak boleh dipandang remeh. Ia jelas menunjukkan satu corak yang membebankan imej PKR dan menggugat usaha murni reformasi.

"Tindakan memburukkan imej parti dan pimpinan secara terbuka adalah satu bentuk pengkhianatan kepada mandat rakyat dan kepercayaan akar umbi.

"Sekiranya Rafizi merasakan prinsip beliau tidak lagi sehaluan dengan hala tuju parti atau beliau lebih selesa menjadi 'penyerang' dari dalam, adalah lebih bermaruah untuk beliau segera keluar daripada PKR," katanya dalam satu kenyataan.

Mahmud turut menegaskan bahawa maruah parti tidak boleh terus digadaikan oleh polemik yang dicetuskan oleh individu yang sepatutnya menjadi sebahagian daripada penyelesaian.

Katanya, PKR tidak memerlukan pimpinan yang menjadi beban kepada kelangsungan parti dan mempersoalkan sama ada niat Rafizi adalah untuk memecahbelahkan organisasi tersebut.

Tambahnya, bahawa rakyat di Sarawak dan seluruh Malaysia mahukan kestabilan, bukannya polemik dalaman yang tidak berkesudahan sehingga menghakis keyakinan terhadap kredibiliti parti sebagai tulang belakang Kerajaan Madani.

Tegasnya lagi, tiada individu yang lebih besar daripada parti dan fokus utama ketika ini seharusnya tertumpu kepada usaha membina negara di bawah kepimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

"Sesiapa yang menjadi penghalang kepada usaha ini akan kami tentang habis-habisan," katanya lagi.

Kenyataan keras ini hadir di tengah-tengah desas-desus mengenai ketegangan dalaman membabitkan pimpinan tertinggi PKR yang dilihat boleh menjejaskan keutuhan blok kerajaan.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan ahli perniagaan Victor Chin tampil mendakwa seorang anggota Parlimen PKR meminta bayaran RM10 juta bagi membantu menyelesaikan isu didakwanya sebagai skandal mafia korporat.

Sejurus kenyataan itu, Rafizi mendedahkan identiti 'Mr R' yang didakwa Victor adalah orang tengah dalam skandal mafia korporat.

Namun, katanya isu lebih besar ketika ini, adalah dakwaan ahli perniagaan itu membayar RM9.5 juta kepada seorang anggota Parlimen PKR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan