Isnin, 30 Mac 2026

TRUMP SEMAKIN SEWEL


SEMAKIN LAMA

PERANG BERJALAN

TRUMP SEMAKIN

SEWEL

AMIN

PAKAR OTAK

DI AMERIKA

MULA RISAU

KAH KAH KAH

JIKA PERANG

BETERUSAN TRUMP

AKAN MASUK

RUMAH SAKIT GILA

KHALAS


Trump dakwa Iran hantar 20 kapal minyak kepada AS 'sebagai tanda hormat'


WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berkata Iran sedang menghantar 20 kapal tangki minyak ke Amerika Syarikat (AS) melalui Selat Hormuz bermula pagi Isnin, lapor Anadolu Ajansi.

"Hari ini, mereka memberikan kepada kami sebagai satu penghormatan, saya tidak pasti, saya tidak dapat mentakrifkannya dengan tepat, tetapi mereka memberikan kepada kami, saya fikir sebagai tanda hormat, 20 kapal minyak, kapal minyak yang besar melalui Selat Hormuz dan itu akan bermula esok pagi," katanya kepada wartawan dalam pesawat Air Force One menuju ke Washington, DC.

"Saya hanya boleh katakan bahawa kami menunjukkan prestasi yang amat baik dalam rundingan itu," kata Trump.

Katanya, beliau "agak pasti" AS akan mencapai perjanjian dengan Iran, "tetapi ada kemungkinan juga tidak."

"Saya nampak perjanjian dengan Iran," katanya, sambil menambah ia "mungkin berlaku tidak lama lagi."

Trump turut berkata AS sedang berunding dengan Iran secara "langsung dan tidak langsung."

Apabila ditanya sama ada beliau masih mempertimbangkan untuk menghantar tentera darat, beliau berkata AS mempunyai "banyak pilihan lain."

"Kami berada di hadapan jadual dengan Iran. Kami beberapa minggu lebih awal daripada jadual... dan kami berdepan kumpulan yang baharu, ia benar-benar seperti rejim baharu. Ia kumpulan orang yang baharu, yang belum pernah kami berurusan sebelum ini dan mereka bertindak dengan sangat munasabah," katanya.

Iran pada Rabu lalu menolak pelan 15 perkara yang dikemukakan AS untuk menamatkan perang, dengan menyatakan bahawa sebarang gencatan senjata hanya akan berlaku mengikut syarat dan garis masa Tehran.

Apabila Trump ditanya sama ada Iran sudah memberi maklum balas terhadap pelan 15 perkara itu, beliau berkata: "Ya... Mereka memberikan kami kebanyakan perkara itu, kenapa tidak?"

"Hanya untuk membuktikan mereka serius, mereka memberikan kepada kami semua kapal ini," katanya. --ANADOLU

Tiada ulasan:

Catat Ulasan