KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
SILA DENGAR
20 MINIT TRUMP
BUAT LAWAK
BERDIRI
KAH KAH KAH
JAMIN TERHIBUR
JAMIN LUCU
KAH KAH KAH
NASIB BAIK
SEHARI SALEPAS
APRIL FOOL
KAH KAH KAH
KHALAS
Trump mahu bawa Iran 'kembali ke Zaman Batu' jika syarat tak dipenuhi
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) akan melaksanakan serangan agresif ke atas Iran dalam tempoh dua hingga tiga minggu akan datang, kata Presiden AS, Donald Trump dalam ucapan perdana kepada rakyat negara itu sebentar tadi.
Beliau turut mendakwa pihaknya kini hampir menyiapkan objektif strategik utama dalam perang itu, menepati keperluan rakyat AS yang penat dengan perang.
Trump berkata tentera AS telah mencapai 'kemenangan pantas, muktamad dan besar di medan perang' sepanjang 32 hari serangan ketenteraan dan Iran tidak lagi menjadi ancaman keselamatan.
"Saya boleh nyatakan malam ini bahawa kita berada pada landasan untuk menyiapkan semua objektif ketenteraan AS tidak lama lagi, sangat tidak lama lagi," kata Trump dalam ucapan yang disiarkan secara langsung.
"Kita akan melancarkan serangan sangat keras ke atas mereka dalam dua hingga tiga minggu akan datang. Kita akan membawa mereka kembali ke zaman batu di mana mereka sepatutnya berada," katanya.
Sejak 28 Februari, ribuan orang terbunuh di seluruh Asia Barat apabila Amerika AS dan Israel menyerang Iran, mencetuskan serangan balas Iran ke atas Israel, pangkalan AS dan negara-negara Teluk, serta Lubnan.
Konflik itu, yang menyebabkan Iran menutup Selat Hormuz – laluan air utama yang membawa sekitar 20 peratus bekalan minyak dunia – menggoncang pasaran kewangan dan menjejaskan populariti Trump menjelang pilihan raya separuh penggal yang penting.
Selepas ucapan Trump, harga saham jatuh manakala harga minyak meningkat mendadak, dengan pelabur kecewa kerana tiada penjelasan jelas mengenai cara cepat menamatkan konflik.
Trump berkata AS tidak memerlukan Selat Hormuz dan mencabar sekutu yang bergantung pada minyak di rantau itu untuk berusaha membuka semula laluan berkenaan.
"Ramai rakyat AS bimbang melihat kenaikan harga petrol baru-baru ini di negara kita. Kenaikan jangka pendek ini sepenuhnya disebabkan rejim Iran lancar serangan ganas terhadap kapal tangki minyak komersial negara jiran yang tiada kaitan dengan konflik," katanya.
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia dan Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) pada Rabu memberi amaran bahawa perang itu memberi kesan besar, global dan sangat tidak seimbang.
Mereka juga menyatakan akan menyelaras tindak balas, termasuk melalui sokongan kewangan kepada negara yang paling terjejas.
Sebelum ucapan Trump, Presiden Iran Masoud Pezeshkian menulis surat kepada rakyat AS bahawa negaranya tidak memendam permusuhan terhadap rakyat biasa AS.
Namun, prospek penamatan segera perang masih sukar dicapai. Sumber kanan Iran memberitahu Reuters bahawa Tehran menuntut gencatan senjata terjamin untuk menghentikan serangannya dan tiada rundingan melalui orang tengah mengenai gencatan sementara berlaku.
The New York Times melaporkan secara berasingan bahawa agensi perisikan AS menilai Iran kini enggan terbabit dalam rundingan besar untuk menamatkan perang.
Trump berkata perbincangan sedang dijalankan dengan pemimpin Iran yang dianggapnya kurang radikal berbanding pemimpin terdahulu.
"Namun, jika dalam tempoh ini tiada perjanjian dicapai, kita mempunyai sasaran utama. Jika tiada perjanjian, kita akan menyerang setiap loji jana elektrik mereka dengan keras dan mungkin serentak," katanya.
Dua sumber keselamatan Pakistan, yang menjadi orang tengah dalam konflik, memberitahu Reuters bahawa Islamabad mencadangkan gencatan senjata sementara tetapi belum menerima maklum balas daripada kedua-dua pihak.
Naib Presiden AS, JD Vance, berkomunikasi dengan orang tengah dari Pakistan mengenai konflik Iran sehingga Selasa lalu, menurut sumber yang dimaklumkan.
Beliau menekankan bahawa Trump terbuka kepada gencatan senjata jika syarat tertentu dipenuhi, termasuk membuka semula Selat Hormuz. - REUTERS

Tiada ulasan:
Catat Ulasan