Rabu, 1 April 2026

WARTAWAN MALAYSIAKINI DIPANGGIL POLIS


BUAT BERITA

 MADANON

BUKA SATU LAGI

ATA - PETI DUIT

AMIN

INI  BERITA 

TAK BODEK

KERAJAAN MADANI

LALU TANGKAP

PEMBAWA BERITA

AMIN

ANWAR BIN

IBRAHIM LEBIH

ZALIM DARI

MAHATHIR

KHALAS

Polis siasat Malaysiakini, wartawan dipanggil beri keterangan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini sedang menyiasat Malaysiakini berhubung satu artikel mengenai cadangan sistem pengambilan pekerja asing, dengan seorang wartawannya dipanggil untuk dirakam keterangan.

Dalam surat rasmi kepada Ketua Editor Malaysiakini, polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang memaklumkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Wartawan kanan, B Nantha Kumar, diminta hadir ke IPD Sepang hari ini, pagi semalam tadi bagi tujuan rakaman keterangan di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah.

Nantha dirakam keterangan selama satu jam setengah.

Siasatan tersebut berkait dengan laporan bertajuk “Cadangan sistem baru ambil pekerja asing cetus persoalan” yang diterbitkan Malaysiakini pada 27 Mac.

Polis memaklumkan rakaman keterangan itu diperlukan bagi melengkapkan siasatan kes.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Mior Mohd Nor Azuan Alias ketika dihubungi mengesahkannya dan berkata siasatan masih berjalan.

“Setakat ini kita ada terima aduan dan masih dalam siasatan,” katanya ringkas.

Pada 27 Mac lalu Malaysiakini melaporkan kerajaan sedang mempertimbang pengenalan satu sistem digital baru bagi pengurusan pekerja asing, yang menurut sumber industri bakal dikenali sebagai The Universal Recruitment Advance Platform (Turap).

Cadangan itu, kata sumber dilihat sebagai usaha untuk menambah baik ekosistem pengambilan tenaga kerja asing yang sering dikaitkan dengan isu kos tinggi dan kebajikan pekerja.

Namun, terdapat pemain industri yang menyoal jika sistem baru tersebut akan benar-benar membawa perubahan atau sekadar menambah satu lagi lapisan dalam landskap sedia ada yang sudah melibatkan beberapa sistem berbeza.

Persatuan Agensi Pekerjaan Malaysia (Papa) yang mewakili lebih 700 syarikat agensi pekerja swasta, menyuarakan kebimbangan terhadap cadangan proses pengambilan secara menyeluruh sekiranya peranan agensi berlesen dikurangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan