Jumaat, 29 Mei 2026

ALBERT TEI WAJIB JADI IKUTAN


KITA PERLU

RAMAI LAGI

SOSOK BERANI

SEPERTI 

ALBERT TEI

AMIN

BOCOR MAKLUMAT

DAN BERANI 

 BANGUN MELAWAN

KHALAS


Albert Tei lapor polis, dakwa difitnah pengarah JSJ Bukit Aman

Ahli perniagaan kontroversi Albert Tei membuat laporan polis terhadap Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman M Kumar, mendakwa dia difitnah.

Tei membuat laporan polis susulan penyiaran laporan media yang memetik Kumar sebagai berkata Tei diugut oleh peguam bekas ketua pesuruhjaya SPRM Azam Baki.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya berkenaan dua siaran media di atas yang tidak berasas dan berunsur fitnah dikatakan oleh Pengarah JSJ Bukit Aman, M Kumar. 

“Saya tidak pernah membuat dakwaan yang dikatakan itu dalam laporan polis mahupun di dalam rakaman keterangan di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah yang dirakam oleh pegawai penyiasat. 

“Saya menggesa pihak polis mendedahkan bukti yang menunjukkan saya membuat dakwaan sedemikian dengan kadar segera,” katanya dalam laporan polis dibuat di ibu pejabat polis daerah (IDP) Dang Wangi, Kuala Lumpur, pagi tadi.

Tei dalam laporan polis pada 13 Mei di Putrajaya mendakwa Azam mengugut dan cuba menghalangnya daripada mendedahkan skandal rasuah Sabah pada November 2024.

Dia mendakwa ugutan itu dibuat Azam melalui peguamnya (peguam Tei).

Tei mendakwa insiden itu berlaku pada 10 November 2024 ketika dia sedang dalam proses mendedahkan skandal rasuah yang melibatkan 15 orang ahli politik berpangkat tinggi di Sabah.

Azam menolak tuduhan terhadapnya sebagai tidak berasas mempertimbangkan untuk menyaman Tei.

‘Kesan serius pada fakta’

Sementara itu, Tei memberitahu Malaysiakini, kenyataan Kumar itu memberikan kesan yang sangat serius terhadap kesahihan fakta tentang naratif kes jenayah ugutan yang dilakukan oleh Azam Baki terhadap saya. 

“Oleh yang demikian, saya membuat laporan polis ini supaya pihak polis segera menjalankan siasatan secara tegas dan bebas,” katanya.

Di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu pada 30 Jun tahun lepas, Tei mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menawarkan rasuah kepada Adun Tanjung Batu Andi Suryady Bandy dan bekas Adun Sindumin Yusof Yacob.

Kedua-dua ahli politik itu juga mengaku tidak bersalah.

Pada Disember lalu, Tei memohon untuk dibicarakan bagi empat lagi pertuduhan memberi rasuah RM176,830 kepada bekas pembantu Perdana Menteri Anwar Ibrahim, Shamsul Iskandar Akin.

Bekas pengerusi PKR Melaka itu juga mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan menerima rasuah, yang didakwa diterimanya untuk membantu syarikat Tei mendapatkan lesen perlombongan mineral di Sabah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan