CUKONG KORPORAT
DAN MAFIA POLITIK
Pada 6 November 2025 dunia tergempar bila Presiden Mexico Claudia Sheinbaum di gomol dari belakang oleh lelaki yang tidak di kenali. Presiden wanita ini selamat. Tapi ini hanyalah serang peribadi.
Serangan yang lebih menakutkan dan menggoncangkan negara Mexico ialah serang ganas dari kartel dadah. Di Amerika Latin ini dipanggil Narco-politics - di Malaysia kita panggil Politik Dadah.
Ini merujuk kepada jalinan organisasi pengedaran dadah haram berkait dengan institusi kerajaan. Kartel dadah di Amerika Latin ini menggunakan pengaruh kewangan atau kekerasan ke atas ahli politik, penguatkuasaan undang-undang dan sistem undang-undang untuk melindungi operasi haram mereka.
Politik Dadah ini amat berkuasa bukan hanya di Mexico malah hampir di semua negara di Amerika Latin kini menghadapi masalah Politik Dadah.
Malah di Pakistan juga Politik Dadah sentiasa bergerak kencang. Pernah saya terbaca pada tahun 1978 bagaimana penyeludup dadah dari Utara Pakistan membawa dadah dalam lori menuju ke pelabuhan kapal laut di Karachi.
Bentrokan berlaku bila kastam cuba mengambil tindakan. Lori pembawa dadah ini di iringi oleh pasukan soldadu Pakistan.
Istilah "politik narkotik" di Pakistan merujuk kepada keterlibatan mendalam perdagangan dadah haram dengan struktur politik negara, rangkaian militan, dan keselamatan serantau.
Terletak di sepanjang "Bulan Sabit Emas", Pakistan berfungsi sebagai laluan transit utama untuk candu , produk hashih dan ganja dari Afghanistan. Industri dadah ini memacu industri haram yang mungkin berjumlah 3 bilion dolar.
Kenapa saya menimbulkan industri dadah ini? Dan apa kaitannya dengan badan politik negara Malaysia?
Adalah benar industri candu dan dadah dalam negara kita tidak sebesar dan meluas seperti di Tiga Segi Emas – Siam, Myanmar dan Laos.
Tapi awas - kerja dan pendekatan Politik Dadah ini tidak berbeza walau pun dalam negara apa.
Politik Dadah ini bergerak sama ada di Colombia, di Mexico, di Pakistan mendus operandi adalah sama. Malah di Malaysia juga kumpulan gelap ini sedang bergerak kencang.
Betul ke ini? Atau ini hanya fitnah dari tulisan Hishamuddin Rais?
Untuk pencerahan biar saya bersurah lanjut. Saya telah bersurah tentang Ghee Hin dan Hai San minggu lalu. Sambungan kali ini akan memberi gambaran bahawa Ghee Hin dan Hai San ini masih wujud malah makin berkembang luas dalam badan politik Malaysia.
Untuk ini saya bawa kembali para pembaca kepada Pilihan Raya Kecil Port Dickson pada 13 Oktober 2018. Anwar bin Ibrahim yang baru dapat pengampunan mahu bertanding untuk menjadi ahli Parlimen.
Malaysiakini pada 9 Oktober 2018 telah melaporkan: BERSIH menggesa Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar bin Ibrahim menangguhkan majlis makan malam percuma untuk 3,000 hingga 4,000 tetamu di Lukut sehingga selepas pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson pada 13 Okt.
Jamuan makan malam PRK Anwar bin Ibrahim ini sebenarnya di taja oleh kepala kongsi gelap China. Ini adalah pelaburan awal oleh samseng untuk masuk ke dalam badan politik Malaysia melalui Anwar bin Ibrahim.
Cara yang sama di guna pakai di Colombia, di Mexico atau di Pakistan. Ini bukan fitnah Hishamuddin Rais.
Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan pernah mendedahkan hal ini dalam YouTube : ...Dedahnya lagi, kumpulan kongsi gelap ini mampu mengawal ahli politik dan pegawai polis kerana mereka menjalankan aktiviti haram seperti dadah....’
Astro Awani pada 30 Oktober 2017 telah membuat laporan : PDRM buru '9 Dragons' dipercayai VIP dalangi sindiket perjudian negara. Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan terdapat dalang dan ketua sindiket perjudian di negara ini terdiri daripada kalangan orang kenamaan berpangkat Datuk, Datuk Seri serta Tan Sri.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan menyifatkan golongan orang kenamaan tersebut menggunakan pengaruh mereka untuk melindungi sindiket haram berkenaan.
Justeru apa yang saya tulis ini sah bukan fitnah.
Amat jelas samseng, gengster dan kumpulan kongsi gelap ini telah masuk ke dalam badan politik Malaysia.
Secara resmi samseng kongsi gelap masuk ke badan politik Malaysia dibawa oleh Anwar bin Ibrahim.
Saya menulis sedemikian kerana Anwar bin Ibrahim sendiri secara sedar ketika PRK di Port Dickson telah di beri ingatan oleh BERSIH bahawa penaja jamuan makam malam untuk memancing undi itu dalam PRK itu ialah kumpulan kongsi gelap.
Justeru apabila nama Azam bin Baki, Victor Chin dan Farhash muncul dalam laporan Korporat Mafia dalam akhbar Bloomberg saya tidak hairan.
Apa yang menghairankan saya ialah kenapa Bloomberg mengambil masa yang agak lama untuk membocorkan berita ini.
Sejarah merakam bagaimana Hai San dan Ghee Hin mencari dana menjual candu. Dana ini diperlukan untuk membentuk kumpulan soldadu kaki pukul untuk menjalankan operasi peras ugut atau pau.
Samseng dan kumpulan gelap hari ini juga seperti kenyataan Ketua Polis Negara terlibat dalam perniagaan dadah. Mereka juga terlibat dalam perniagaan lendir – pelacuran.
Perniagaan haram ini memang lumayan. Ini menjadikan kepala samseng ini orang kaya berduit. Langkah pertama para samseng kaya ini ialah membeli ... saya ulang ... membeli gelaran darjah kebesaran dari Raja-Raja Melayu.
Justeru mereka mula bergelar Datuk, Datuk Seri atau Tan Seri. Jelas terbukti wang judi, wang dadah dan duit lendir boleh membeli gelaran Datuk Seri atau Tan Sri dari Raja-Raja Melayu.
Apabila telah ada gelaran Datu Seri atau Tan Seri maka samseng China ini akan memulakan perniagaan untuk menghalalkan duit haram yang telah banyak terkumpul.
Perniagaan awal yang lumayan ialah mendiri kawasan perumahan baru. Datuk Samseng kongsi gelap kini menjadi Cukong dan di kenali sebagai ‘developer ‘ yang dihormati.
Kawasan perumahan ini ada yang lumayan. Maka ada politikus akan di berikan rumah banglo – mungkin sebagai hadiah atau tanda terima kasih kerana meluluskan projek perumahan ini.
Umum sering mendengar bagaimana Country Heights di Kajang dan The Mines di Sungai Besi di dirikan dengan bantuan politikus. Politikus Melayu besar tinggal di wilayah ini.
Begitu juga kawasan perumahan di Sungai Long yang didirikan oleh ‘ developer ‘ Cukong China yang dikaitkan dengan Anwar bin Ibrahim
Justeru pada 20 Julai 2023 Sinar Harian telah melaporkan : Rumah Anwar di Bandar Sungai Long adalah pajakan – Peguam.
Bayangkan Anwar bin Ibrahim terpaksa menggunakan khidmat peguam untuk menamatkan desas desus dan fitnah yang tersebar. Desas desus yang mengatakan bahawa Anwar bin Ibrahim mendapat rumah percuma dari ‘ developer ‘ Cukong China yang latar belakang agak meragukan.
Kenapa politikus Melayu boleh di beli oleh Cukong China. Kenapa politikus Melayu dapat di pengaruhi oleh kumpulan kongsi gelap.
Jawabnya amat mudah. Politikus memerlukan dana untuk berkempen mencari undi. Seperti apa yang dilakukan oleh Anwar bin Ibrahim di PRK Port Dickson pada tahun 2018.
Apa yang terjadi kepada Anwar bin Ibrahim ini tidak semestinya akan berlaku kepada semua politikus. Para samseng dan gengster juga dapat menilai apakah politikus Melayu tu memiliki masa depan untuk mereka melabur dana.
Memahaminya amat mudah. Para Cukong yang kaya raya dari hasil lendir dan dadah kini telah menjadi Datuk Seri dan Tan Sri. Kini telah menjadi pemaju perumahan. Maka mereka perlu mara setingkat lagi untuk terus mengumpul harta.
Kali ini mencebur diri memasuki perniagaan di bidang jual beli saham di Bursa Saham Kuala Lumpur.
Di sini Azam bin Baki memainkan peranan. Melalui SPRM si Cukong separti Victor Chin ini boleh mendapat pertolongan melalui SPRM yang di kepalai oleh Azam bin Baki.
Azam bin Baki tolong macam mana? Tolong siasat Syarikat yang diberahikan oleh Cukong ini. Cari kesalahan syarikat ini. Pasti boleh bertemu. Maka syarikat ini akan beralih tangan. Mungkin dengan harga di bawah pasaran.
SPRM ini sama macam Polis buat road block pegang Mat Rempit dan periksa motosikal. Pasti akan bertemu salah jika ingin mencari salah untuk tujuan pau.
Syarikat yang di sasar mungkin ada bayaran cukai tidak tuntas. Ancam untuk bekukan akaun syarikat. Ada seribu satu macam kesalahan yang SPRM boleh selongkar. Semua ini dilaporkan oleh Bloomberg.
Mungkin Syarikat Victor Chin jadi syarikat yang di berahikan oleh satu Cukong baru. Justeru Victor minta pertolongan dari Farhash untuk selamatkan syarikat nya.
Kenapa pertolongan dari Farhash di perlukan.
Pertanyaan ini akan membawa kita kembali ke Anwar bin Ibrahim. Kita wajib mengetahui apa hubungan Farhash dengan Anwar bin Ibrahim. Kini Anwar bin Ibrahim bukan lagi YB dari Port Dickson. Kalau dulu jamuan makan malam di taja oleh samseng kini pelaburan telah membawa pulangan yang lumayan.
Samseng jual lendir kini telah menjadi ahli korporat. Samseng rumah urut kini bergelar Tan Seri. Syarikat Cukong kini tersenarai di Bursa Saham.
Apakah hubungan Cukong ini dengan politikus masih wujud ? Sila tunggu minggu hadapan. Amin. (TT)
TULISAN INI
DISIARKAN JUGA DALAM PORTAL
MALAYSIA KINI
https://www.malaysiakini.com/columns/776151










Tiada ulasan:
Catat Ulasan