Jumaat, 29 Mei 2026

IRAN MENUNGGU SOLDADU AMERIKA MENDARAT


ACAH ACAH

TAK GUNA

KAH KAH KAH

IRAN DAH LAMA

TUNGGU BILA 

TERAM NAK

MENDARATKAN 

ASKAR

KAH KAH KAH

AMIN



Tentera AS lancar serangan di selatan Iran – Laporan


WASHINGTON – Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) mengesahkan kepada Fox News bahawa tentera Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan di selatan Iran, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Tentera AS melancarkan serangan mempertahankan diri di selatan Iran hari ini bagi melindungi anggota kami daripada ancaman oleh tentera Iran.

Tentera Iran lepaskan tembakan amaran ke arah 4 kapal berhampiran Selat Hormuz – Laporan

ISTANBUL – Angkatan tentera Iran melepaskan tembakan amaran ke arah empat kapal berhampiran Selat Hormuz selepas kapal-kapal berkenaan cuba melalui laluan air strategik itu tanpa penyelarasan, lapor Anadolu Ajansi (AA), memetik Agensi Berita Mehr pada lewat Khamis.

Agensi berita Iran itu bagaimanapun tidak memberikan sebarang butiran mengenai kapal-kapal terbabit.

Agensi Berita Fars Iran sebelum ini melaporkan bahawa pihak tentera melancarkan peluru berpandu dari selatan negara itu ke arah “sasaran tertentu”, namun sasaran sebenar tidak dikenal pasti.

Fars menyatakan beberapa sumber membayangkan kemungkinan berlaku pertempuran di perairan Teluk.

Sementara itu, televisyen kerajaan Iran melaporkan bahawa letupan yang kedengaran di bandar Jam di wilayah selatan Bushehr berpunca daripada sistem pertahanan udara yang berhadapan sasaran udara musuh.

Penyiar itu sebelum ini melaporkan satu letupan di bandar berkenaan sebelum memaklumkan bahawa sistem pertahanan udara telah memintas objek udara musuh.

Ketegangan di Asia Barat memuncak sejak Amerika Syarikat (AS) dan Israel melancarkan serangan terhadap Iran pada akhir Februari lepas.

Tehran bertindak balas dengan melancarkan serangan yang menyasarkan Israel serta sekutu AS di Teluk, selain menutup Selat Hormuz.

Perjanjian gencatan senjata mula berkuat kuasa pada 8 April menerusi pengantaraan Pakistan, namun rundingan susulan di Islamabad gagal menghasilkan persetujuan berkekalan. Presiden AS Donald Trump kemudian melanjutkan gencatan senjata itu tanpa had masa.

Kedua-dua pihak sejak itu terus bertukar-tukar cadangan dan cadangan balas dalam usaha menyambung semula rundingan secara langsung serta menamatkan konflik berkenaan.- BERNAMA-ANADOLU

Tiada ulasan:

Catat Ulasan