Jumaat, 29 Mei 2026

LANCHAUKAN AMERIKA


LANCHAULA

KAH KAH KAH

KAH  KAH KAH

AMIN

BERANI BULI

BERANI  UGUT

OMAN NEGARA

YANG KECIL

KAH KAH KAH

SILA UGUT IRAN

KALAU BERANI

KAH KAH KAH

KHALAS



Ketua Perbendaharaan AS ugut kenakan sekatan terhadap Oman jika sertai kutipan tol Hormuz


WASHINGTON: Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Scott Bessent, semalam mengancam untuk mengenakan tindakan terhadap sekutunya, Oman, jika negara itu membantu melaksanakan sistem kutipan tol di Selat Hormuz yang strategik.

Beliau turut memberi amaran bahawa sekatan seumpama akan dikenakan terhadap semua pihak terbabit.

"Oman khususnya perlu tahu bahawa Perbendaharaan AS akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terbabit – secara langsung atau tidak langsung – dalam memudahkan kutipan tol di selat itu dan mana-mana rakan yang bekerjasama akan dikenakan penalti," kata Bessent menerusi hantaran di X.

Beliau berkata, AS tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang usaha melaksanakan sistem tol di Selat Hormuz, dengan merujuk kepada cadangan Iran untuk berbuat demikian sebagai sebahagian daripada potensi perjanjian dengan Washington.

Bessent kemudian memberitahu sidang media di Rumah Putih bahawa beliau bercakap dengan duta Oman lebih awal semalam dan menerima jaminan bahawa 'tiada rancangan untuk mengenakan tol' di laluan perairan penting itu.

"Saya memberitahunya bahawa perkara itu sama sekali tidak boleh diterima dan beliau tidak mahu mengambil risiko individu atau institusi kewangan Oman dikenakan sekatan," katanya.

Selat Hormuz, yang menjadi laluan kira-kira satu perlima bekalan tenaga dunia, menjadi titik panas sejak AS dan Israel melancarkan perang terhadap Iran pada penghujung Februari lalu.

Tindakan balas Tehran mencetuskan keganasan di rantau itu dan menyaksikan Iran hampir menyekat laluan selat berkenaan, sekali gus menyebabkan harga tenaga dan baja global melonjak.

Oman sebelum ini menjadi orang tengah dalam rundingan antara Washington dan Tehran di Geneva sebelum perang tercetus, selain turut menjadi sasaran serangan Iran.

Pada Rabu, Presiden AS, Donald Trump, dilihat mengancam Oman apabila ditanya mengenai kemungkinan pengaturan jangka pendek yang membolehkan negara itu dan Iran mengawal Hormuz, dengan berkata beliau akan 'memusnahkan mereka' jika Muscat berbuat demikian.

Rumah Putih bagaimanapun belum memberikan maklum balas segera apabila ditanya AFP sama ada Trump tersasul dan sebenarnya merujuk kepada Iran, bukannya sekutunya Oman.

Ancaman Bessent itu dibuat beberapa jam selepas Perbendaharaan AS mengenakan sekatan terhadap 'Persian Gulf Strait Authority' milik Iran, agensi baharu Tehran yang mengutip bayaran bagi kapal yang melalui selat berkenaan.

Washington turut memperluaskan ancaman sekatan terhadap mana-mana pihak yang membayar caj itu kerana mereka dianggap 'mungkin memberi sokongan dan menerima perkhidmatan daripada' Pengawal Revolusi Iran dan sekali gus 'terdedah kepada risiko sekatan.'

Pada Khamis, AS dan Iran saling menuduh melanggar gencatan senjata yang sedang berkuat kuasa susulan pertukaran serangan, yang disifatkan paling serius sejak kedua-dua negara bersetuju melaksanakan gencatan senjata pada April lalu.

Kedua-dua negara kini terperangkap dalam rundingan tidak langsung yang berlarutan selama beberapa minggu menerusi pihak pengantara bagi menamatkan konflik, namun setakat ini masih gagal mencapai penyelesaian.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan