Khamis, 14 Mei 2026

PAGI INI


PAGI INI





PAGI INI

KHAMIS 14   MEI 2026

PERANG HARI KE 74


TERAM DI CHINA
Kah kah kah – sampai di lapangan terbang Peking – TERAM di sambut oleh  budak sekolah – menyanyi dan menari kah kah kah – TAPI xi jin ping tak ada untuk sama menari kah kah kah.

Hari ini Khamis mula bincang – esok  celah – PASTI MAT TERAM AKAN KLIM : xi is my best fren kah kah  kah.

KAWAN NABI
Heboh berita kawan Nabi Muhamad kena hina oleh Dr Ustad Pakar Islam – heboh – gua hairan apo ceriat – sapa kompelin.

Apakah tak sedar  banyak cerita  karut yang selalu keluar dari mulut Tuan Haji Doktor Al Ustaz .... karut lagi marut. 

Ini semua bak kata Arwah Usman Awang : MEMBUREEET – kah kah kah.

HARGA MINYAK
Ini gua agak risau  kerana subsidi ini makin mencekik bajet negara – BERAT – gua risau kalau bajet rumah sakit di potong ...Untuk gua CUKAI YANG KAYA !!! Khalas

HOKKIEN
Pagi ini cerah indah segar – matahari bersinar panas – Langit biru terbentang – kemarin tak hujan – pagi ini  KL & KL Sentral cerah.

Semua menunggu  gua di lorong masuk – ramai datang makan. Saekor Tiong ikut sama makan Gua gumbira   tapi ada pula  yang berebut – gigit  dan menjerit – gua tak dapat buat apa  tapi Siti tak ambil pot.

Pagi ini ramai ikut gua  berjalan ke Wakaf Tiga – bila pulang ke Wakaf Pertama – ramai lagi menunggu – Tiong pun ada sama tapi pagi ini   hanya saekor.

Berjalan pulang di pintu masuk  suara Murai berkicau dari  hutan belukar pagar – Bila Murai berkicau pagi jadi indah.

Gua rasa  hari ini akan panas – petang  mungkin tak hujan – agaknya musim hujan dah berundur. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI KHAMIS

BRO
Lu wajib ada kawan. Kalau lu takda kawan bila lu habis duit lu nak pinjam dengan sapa ?

BRO
Kawan lu yang sejati ialah sosok yang setia pada lu walau pun dia tahu lu agak palat.

BRO
Lu perlu makan dengan kawan-kawan – jangan jadi looser. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJAA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan