Isnin, 25 Mei 2026

PAGI INI


PAGI INI 



PAGI INI

SENIN 25     MEI 2026

PERANG HARI KE 88

GENCATAN SENJATA MASIH BERJALAN


MAT TERAM BUAT LAWAK
Kemarin Mat Teram kata semua OK – rundingan yang di urus oleh Pakistan hanya tunggu masa untuk di tuntas.

HARI INI SEMUA ELEEEK ... KAH KAH KAH.

ANAK TERAM kahwin – Teram kata dia tak mahu pergi kenduri – nak berada di Rumah Putih – jeng jeng jeng – ini membuatkan  MEDIA kelam kabut – apakah Teram akan serang Iran   kerana itu dia tak nak pergi makan kenduri – kah kah  kah.

CONGO – SUDAN – UGANDA – tiga negara ini sedang jadi pentas teater VIRUS EBOLA -  paling jahat di laporkan bahawa BILL GATES pembawa Virus Kobid beri derma 50 juta untuk lawan EBOLA . Ini nak coverline  - kerana semua virus ini di ternak oleh syarikat yang Bill Gates ada kepentingan.

BILA PRN?
Macam macam cerita – PRN  untuk Johor dan Melaka tak lama lagi. SPR dah buat kenyataan yang SPR dah bersedia.

Ada BERITA kata Agong nak Najib bin Razak di ampun agar dia dapat kempen di Johor untuk gerombolan – jeng jeng jeng.

BERSAMA
Parti baru ini makin merebak luas – dah lebih 20 ribu ahli – wow – tak sampai seminggu.

TAPI .... TETAPI jika BERSAMA tak pandai nak BERSAMA  PARTI LAIN maka KANCIL AKAN BUNGKUS – dalam politik ada teori UNITED FRONT – ini paling ilmiah – mudah aje – ramaikan kawan kurangkan musuh .
MUSUH SEKARANG HANYA SATU – Anwar bin Ibrahim. Amin.

HOKKIEN
Pagi ini cerah segar – kemarin ujan tak jadi. Langit biru berawan putih. Matahari dah bersinar indah. KL & KL Sentral berkabus nipis.

Wow – Di Pintu Masuk Cengkerik bersimponi amat kuat -  gumbira betul pagi – desing dan desit dari dalam hutan belukar cukup kuat.

Keluarga Siti tunggu gua di Wakaf Pertama.  Awalnya tak ramai makan.  Kali ke dua ramai makan – Tak Tak pun ikut sama – Tiong Laki Bini seperti biasa mendapat rezeki.

Ketika gua bersenam di Wakaf Tiga gua  ada pengawal baru – Jantan Putih – dia  dan Tak Tak tunggu gua – nampaknya dua ekor ini makin intim.

Hari ini akan panas – jika tak hujan baik sekali – harap ada angin malam BAWA SEJUK. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI SENIN

BRO
Lu bijak jika lu tahu lu bodoh. Lu bodoh jika lu merasa lu tahu semua.

BRO
Lu jangan malu di lihat bodoh. Rasan malu jika lu pura-puar tahu.

BRO
Musuh yang bijak lebih baik  untuk kita menyusun melawan dari musuh yang bodoh. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA




Tiada ulasan:

Catat Ulasan