TANGKAP KETUM
KERJA SIA SIA
BUANG MASA
AMIN
PGA & POLIS
BANYAK KERJA
LAIN YANG
MENDESAK
AMIN
KETUM IALAH
TONIK KESEHATAN
ASLI MELAYU
AMIN
MELARANG MINUM
KETUM SAMA
SEPERTI MELARANG
ISAP ROKOK
KHALAS
Dua serbuan, PGA rampas 623 liter air ketum di dua kampung
KOTA BHARU: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 623 liter air serta 268 kilogram (kg) daun ketum bernilai hampir RM60,000 pada Rabu minggu lalu.
Dalam dua serbuan berasingan oleh Batalion 8 di Kampung Pulau Pisang dan Pulau Pak Mat, di sini, PGA turut menahan dua lelaki tempatan berusia 26 dan 38 tahun ketika sedang memproses air ketum.
Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain, berkata operasi pertama jam 1.30 tengah hari, PGA merampas dua perahu bersama enjin galah, 119kg daun ketum serta 46 bungkusan air ketum selepas suspek melarikan diri ke kawasan semak.
Katanya, operasi kedua jam 3 petang pula menahan dua lelaki tempatan ketika sedang memproses dan membungkus air ketum di kawasan semak Pulau Pak Mat.
"Operasi merampas pelbagai peralatan memproses ketum termasuk periuk, tong gas, dapur memasak, perahu selain 623 liter air ketum serta 268 kg daun ketum.
"Saringan ujian air kencing mendapati seorang suspek positif dadah dan hasil rampasan dan tangkapan diserahkan ke IPD Kota Bharu.
"Siasatan awal mendapati kegiatan penjualan ketum di kawasan terbabit aktif sejak tiga tahun lalu," katanya menerusi kenyataan di sini.
Katanya, suspek yang ditahan dipercayai bekerja secara separuh masa memproses air ketum dengan upah harian dan air ketum itu dijual dengan harga RM10 sebungkus.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racyn 1952 dan Seksyen15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan