Isnin, 18 Mei 2026

SEBELUM KE PILIHAN RAYA - KITA TURUN KE JAAN RAYA

PRU16 AKAN

SAMPAI

AMIN

KALAU PENDEMIK

KENCING TIKUS

SAMPAI DULU

DARURAT 

AKAN DI UMUM

KAH KAH KAH

KHALAS


Kemungkinan PRU16 diadakan lebih awal, ini reaksi pimpinan parti politik utama


KUALA LUMPUR: Pimpinan tiga parti iaitu UMNO, BERSATU dan DAP masing-masing menyatakan kesediaan untuk menghadapi kemungkinan termasuk Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) diadakan lebih awal.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Mohd Razlan Rafii berkata, pihaknya sentiasa mengambil langkah proaktif memperkukuh jentera di semua peringkat dalam mendepani sebarang situasi perubahan landskap politik negara.

"Sebagai sebuah parti yang lama, kami sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan. Insya-Allah UMNO akan terus bekerja seperti biasa untuk fokus kepada keperluan rakyat," katanya kepada BH.

Sebelum ini, Anwar bin  Ibrahim membayangkan kemungkinan membubarkan Parlimen untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) lebih awal jika rakan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan terus bertindak menggugat kestabilan politik di negara ini.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata pendirian berkenaan diambil susulan keputusan UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk bertanding secara solo di semua kerusi di Johor.

Sementara itu, Ketua Penerangan BERSATU, Tun Faisal Ismail Aziz, mengakui jentera partinya sedia mengatur langkah dan mempercepat persiapan bagi mendepani PRU yang boleh diadakan bila-bila masa.

Tambahnya, usaha memperkukuh organisasi serta meningkatkan kesiapsiagaan di semua peringkat sedang giat dilaksanakan bagi memastikan parti berada pada tahap terbaik sekiranya berdepan pilihan raya mengejut.

"BERSATU sudah mula bergerak dalam mod pilihan raya. Selepas elemen toksik tiada, parti semakin kukuh dan teratur.

"Persiapan jentera sedang dilaksanakan dan perlu dipercepatkan lagi jika PRU dilaksanakan lebih awal," katanya.

Tambah Tun Faisal, kemungkinan PRU diadakan lebih awal sudah dijangkakan ramai, berdasarkan prestasi kerajaan dalam menguruskan isu semasa termasuk krisis ekonomi, kos sara hidup dan kewangan negara.

Dalam pada itu, Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Syahredzan Johan berkata partinya sudah menerima arahan daripada Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) dan membuat persiapan rapi bagi menghadapi pilihan raya akan datang termasuk di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

"Berkenaan PRU, saya fikir tiada masalah dari segi persiapan untuk menempuhi PRU lebih awal.

"Wakil rakyat DAP sudah mula bekerja sebaik sahaja kami dipilih, maka tidak timbul isu di lapangan. Namun apa pun, gendang sudah dipalu, maka kita harus memperkemaskan persiapan menuju PRU16," katanya.

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abdul Samad pula berkata pihaknya masih meneliti tahap keupayaan jentera parti dalam menghadapi situasi berkenaan.

"Anwar menyebut beliau akan berbincang dengan pimpinan parti-parti rakan dalam PH berhubung persoalan itu.

"Berdasarkan kenyataan itu, semua parti anggota PH telah meningkatkan lagi usaha persiapan bagi menghadapi pilihan raya.

"Dari segi tahap persediaan dan kemampuan menghadapi PRU lebih awal, ia masih perlu dilihat," katanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan