BAGAIMANA
DATUK SERI
NAJIB BIN RAZAAK
KAH KAH KAH
APAKAH KERANA
NAJIB BIN RAZAK
DISIMPAN
DALAM JIL KAJANG
TIDAK DALAM JIL
SUNGAI BULUH
KAH KAH KAH
KHALAS
Gelaran 'Tan Sri' Isa Samad ditarik balik
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenankan penarikan balik kurniaan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri kepada Mohd Isa Abdul Samad berkuat kuasa 8 Jun lalu.
Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini berkata, penarikan balik itu kerana beliau disabitkan kesalahan dan sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Sungai Buloh, Selangor.
"Penarikan balik kurniaan ini adalah selaras dengan Statut Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia perenggan XXV dan XXVIA yang menyatakan darjah kebesaran boleh ditarik balik jika disabitkan dengan sesuatu kesalahan.
"Selain itu ia susulan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berhubung penarikan balik darjah kebesaran sempena Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan pada 7 September 2024 di Istana Negara," katanya.
Mohd Isa, 76, sedang menjalani hukuman penjara enam tahun selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lalu membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengetepikan keputusan membebaskan beliau dan mengembalikan sabitan rasuah, hukuman penjara serta denda terhadapnya.
Pada 3 Februari 2021, Mahkamah Tinggi mendapati Mohd Isa bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara enam tahun serta denda RM15.45 juta, dengan tambahan hukuman penjara dua tahun sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan pada 6 Mac 2024 membebaskan Mohd Isa daripada semua sembilan pertuduhan rasuah membabitkan RM3 juta berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak, oleh Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FICSB).
Mohd Isa pernah menjadi Pengerusi FELDA dari 2011 hingga 2017.
Sebelum itu, beliau adalah Menteri Besar Negeri Sembilan yang paling lama berkhidmat iaitu dari 1982 hingga 2004.
Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Naib Presiden UMNO pada 2004 hingga 2005 dengan memenangi jawatan itu pada pemilihan parti 2004, namun digantung keahliannya pada Jun 2005 akibat kesalahan politik wang.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan