PAGI INI
PAGI INI
SENIN 15 JUN 2026
PERANG HARI KE 108
GENCATAN SENJATA JALAN KEMBALI
MOU – TANDA TANGAN
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
Mula Mat Teram kata HARI AHAD – kah kah kah – TAK JADI – sekarang alih ke JUMAAT 19 JUN DI SWITZERALAND – KAH KAH KAH
Ahad kemarin hari jadi Mat Teram ke 80 – dia harap akan masuk tarikh ini dalam sejarah kah kah kah.
Kita tunggu dan lihat JUMAAT ini jadi ke tidak kerana salah satu dari FASAL yang akan di tanda tangani ialah HENTI SERANG LEBANON.
Apakah SETANYAHU dan ISRAHELL bersetuju – atau Setanyahu akan sabotaj – jeng jeng jeng.
Sebenarnya, Mat Teram nak buat tanda tangan ini untuk senangkan hati SAUDAGAR MINYAK dan PENJUAL INSURAN yang makin kelam-kabut – Malah BURSA SAHAM dah kacau bilau.
SELAT HORMUZ akan dibuka tapi amsih DIBAWAH KAWALAN IRAN. Amin.
PENGKHIANAT
Tuduh menuduh berterusan antara Zahid bin Hamidi dengan Anwar bin Ibrahim - KHIANAT – kah kah kah
Ini baik untuk orang ramai - bila lanun dan pencuri bergaduh – mereka berbunuh sesama sendiri.
AWAS !!! AWAS !!! AWAS !!!
Ramai politikus yang berpotensi memimpin negara akan DI TUDUH .... tuduh apa ? Tuduh macam macam untuk pastikan nama mereak calar balar.
Ini trik lama – jeng jeng jeng.
Kes KAPAL Zahid bin Hamidi boleh dibuka.
Ke Tengku Fraud berjalan ke Bangkok boleh di buka.
DR SAM – bakal PM Malaysia ada kes ke ? Jeng jeng jeng Amin.
HOKKIEN
Pagi ini basah segar sejuk. Lopak air di sana sini. Kemarin hujan petang. Matahari dah keluar. Cahaya lemah. Langit tidak cerah – putih pucat. KL & KL Sentral berkabus.
Di Pintu masuk Terkukur bersuara balas membalas. Cengkerik bersimponi.
Di jalan Ibu Garang dah menunggu – Siti muncul bergurau dengan Tak Tak. Kemudian semua ikut gua berjalan. Sampai depan Pokok Ara gua beri makan. Ramai datang makan pagi ini.
Siti ikut dan teman kan gua bersenam di Wakaf Tiga – berjalan ke Wakaf Pertama – ramai mengekor – ha ha - gua tak sangka pagi ini ada DUA EKOR LEMBU GEMOK - mereka warga Hokkien - sekali sekali muncul - duduk di hujung kampong - Setingan India yang pilihara.
Pagi ini ramai dapat Friskies termasuk Puppy Itam yang gua lihat badan dah bersih mungkin mandi air hujan. Pagi ini gua gumbira – ramai datang makan termasuk Tiong Laki Bini.
Di Pintu Keluar Murai berkicau – ha ha – menjadikan pagi Senin pagi yang indah.
BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI SENIN
BRO
Pagi ini kita bersyukur masih sehat menyambut pagi ini.
BRO
Lu lupakan kemarin – semua dah berlalu.
BRO
Pagi ini lu rancang projek dan kerja baru. Amin
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA



Tiada ulasan:
Catat Ulasan