ROSMAH BIN
MANSOR AKAN
MASUK PENJARA
AMIN
BILA NAJIB BEBAS
ROSMAH AKAN
JADI JANDA
AMIN
NAJIB AKAN
PAKAI BINI KE2
KAH KAH KAH
KESIANLAH PADA
ROSMAH SEKALI
LAGI JADI JANDA
AMIN
TAPI KALI INI
ROSMAH BIK MAMA
JADI JANDA KAYA
KAH KAH KAH
KHALAS
TERKINI: Rosmah bertanggungjawab kehilangan barangan kemas Lubnan, diperintah bayar RM67.5 juta
KUALA LUMPUR: Isteri bekas Perdana Menteri, Rosmah bin Mansor diperintahkan membayar RM67.5 juta kepada syarikat barangan kemas Lubnan selepas didapati bertanggungjawab atas kehilangan 43 barang kemas bernilai AS$14.57 juta.
Hakim Mahkamah Tinggi, Quay Chew Soon dalam penghakimannya sebentar tadi, memerintahkan Rosmah membayar jumlah ganti rugi atas kehilangan barangan itu dalam tempoh sebulan bermula daripada penghakiman yang diputuskan hari ini kepada Global Royalty Trading SAL.
Ketika membacakan penghakimannya, Chew Soon berkata terdapat 'prima facie' bahawa suami kepada Najib bin Razak itu gagal memulangkan barangan kemas berkenaan kepada syarikat berkenaan.
Mahkamah turut memerintahkan Rosmah membayar kos RM150,000 iaitu masing-masing RM75,000 kepada plaintif dan pihak ketiga.
Pada 29 Mac 2023, Global Royalty menyaman Rosmah dan mendakwa beliau berbohong bahawa 44 barang kemas termasuk kalung berlian, anting-anting, cincin, gelang dan tiara yang diserahkan oleh ejen syarikat kepada beliau telah dirampas pihak berkuasa Malaysia atas kesalahan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).
Syarikat berpangkalan di Beirut itu mendakwa, hanya satu daripada 44 barang kemas terbabit berada dalam simpanan dan kawalan polis, manakala 43 bakinya tidak berada dalam jagaan mereka.
Global Royalty kemudian mendakwa Rosmah meletakkan tanggungjawab kepada Kerajaan Malaysia sedangkan sebenarnya barang kemas itu telah hilang.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan