Ahad, 21 Jun 2026

TMJ TIBAI ANWAR BIN IBRAHIM


KEADAAN POLITIK

DALAM NEGARA

MAKIN BERAT

BERAT

TMJ TIBAI

ANWAR 

BIN IBRAHIM

KAH KAH KAH

RAJA DAH

MASUK POITIK

KHALAS



TMJ jawab Anwar : Kerajaan Persekutuan yang 'bocorkan' Johor

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, berkata Kerajaan Persekutuan wajar mengembalikan sebahagian besar hasil yang dikutip daripada negeri itu bagi memastikan pembangunan Johor dan kebajikan rakyat dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Tunku Ismail menegaskan Johor menyumbang lebih RM40 bilion setahun kepada Kerajaan Persekutuan, namun pulangan yang diterima semula jauh lebih kecil berbanding jumlah tersebut.

Menurutnya, hanya sekitar RM2 bilion hingga RM3 bilion dikembalikan kepada negeri itu untuk menampung keperluan hampir lima juta penduduk.

"Ya, memang banyak 'bocor'. Kerajaan Persekutuan yang 'bocorkan' Johor," titah baginda.

Tunku Ismail berkata demikian ketika sesi bersama rakyat Johor, semalam sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri Anwar bin Ibrahim yang sebelum ini menyifatkan Johor sebagai negeri kaya tetapi berdepan isu “kebocoran”.

Beliau turut menyatakan bahawa keadaan tersebut menyebabkan banyak keperluan asas rakyat Johor bergantung kepada kelulusan dan peruntukan Kerajaan Persekutuan, termasuk pembaikan sekolah, naik taraf hospital serta kerja baik pulih jalan raya.

"Apabila kita memberi hasil negeri kita lebih RM40 bilion setahun dan dipulangkan hanya RM2 bilion hingga RM3 bilion untuk menjaga 4.9 juta rakyat Johor, bagaimana? Benda itu tidak logik," katanya.

Sehubungan itu, Tunku Ismail berpandangan sekurang-kurangnya 25 hingga 30 peratus hasil yang dikutip daripada Johor wajar dikembalikan kepada negeri bagi mempercepat pelaksanaan projek pembangunan dan kebajikan rakyat.

Dalam masa sama, Tunku Ismail turut membangkitkan isu kelewatan beberapa projek kesihatan utama di Johor, termasuk Hospital Pasir Gudang, selain kekurangan doktor dan petugas kesihatan serta status Hospital Sultanah Aminah 2 yang masih belum dimuktamadkan.

Beliau memaklumkan Hospital Pasir Gudang pernah berdepan risiko pembatalan sebelum beliau sendiri mendesak secara berterusan selama empat tahun bagi memastikan projek itu diteruskan.

Namun, menurutnya, hospital tersebut masih berdepan kekurangan tenaga kerja sehingga menjejaskan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat.

"Siapa yang susah? Rakyat yang susah atau orang atasan yang susah? Rakyat yang susah," katanya.

Tunku Mahkota Johor itu juga menegaskan bahawa isu kelewatan projek-projek utama antara faktor yang mengekang pembangunan Johor, walaupun negeri itu menyumbang besar kepada ekonomi negara.

Beliau turut menjelaskan bahawa tuntutan supaya lebih banyak hasil dikembalikan bukan bertujuan mewujudkan konflik dengan Kerajaan Persekutuan, sebaliknya untuk memastikan kebajikan rakyat Johor terus terpelihara.

"Kita bukan mahu bermusuh, berdepan dengan sesiapa, atau memberi masalah kepada kerajaan yang mentadbir negara.

"Tetapi mereka kena menjaga kita sebagai rakan. Sudah tiba masanya Kerajaan Persekutuan mengambil serius kehidupan rakyat Johor, kesejahteraan rakyat dan pembangunan Johor," katanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan