BARUA AMERIKA
JORDAN DI BEDIL
AMIN
IRGC dakwa serang markas pemerintahan AS, pangkalan udara Jordan dengan 10 peluru berpandu balistik
ISTANBUL: Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) pada Khamis mendakwa melancarkan serangan peluru berpandu yang menyasarkan markas pemerintahan dan kawalan Amerika Syarikat (AS) di Asia Barat serta Pangkalan Udara Al-Azraq di Jordan, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Dalam satu kenyataan yang disiarkan Agensi Berita Fars, IRGC berkata Pasukan Aeroangkasa badan itu melancarkan 10 peluru berpandu balistik ke arah kedua-dua lokasi berkenaan, sambil mendakwa serangan itu "memusnahkan" kedua-dua kemudahan itu.
"Jika pencerobohan tentera pengganas AS berulang, pangkalan AS lain di rantau ini tidak akan terlepas daripada bedilan kami," menurut kenyataan itu.
Terdahulu, Jordan memaklumkan yang sistem pertahanan udaranya berjaya memintas dan menembak jatuh lapan peluru berpandu yang dilancarkan dari Iran ke arah negara itu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan