Khamis, 2 Julai 2026

MEMUKUL BANDUAN DALAM PENJARA


MEMUKUL BANDUAN

DALAM PENJARA

SAMA SEPERTI 

MEMUKUL

  S. JIBENG

AMIN


Lima pengawal Penjara Taiping akan didakwa cederakan banduan

Lima warden yang ditempatkan di Penjara Taiping akan didakwa esok (Jumaat) kerana mencederakan banduan dalam insiden yang sebelum ini digambarkan oleh pihak penjara sebagai “rusuhan”.

Tiga warden akan didakwa atas pertuduhan menyerang dan menyebabkan kecederaan manakala dua lagi akan didakwa kerana menyebabkan kecederaan menggunakan senjata.

Polis pada satu kenyataan hari ini berkata pertuduhan itu berkaitan kecederaan terhadap tiga mangsa.

Pada 17 Jan lalu, sekumpulan besar tahanan yang dipindahkan ke Penjara Taiping diserang oleh pengawal ketika mereka sedang dibawa dari sebuah dewan sementara ke blok penjara yang berada dalam keadaan sangat teruk dan tidak sesuai untuk didiami manusia.

Menurut laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), para banduan sebelum itu gagal mencapai persetujuan dalam rundingan agar mereka tidak dipindahkan ke blok berkenaan.

Bagaimanapun, mereka tidak melawan apabila pengawal memaksa mereka berpindah.

Sebaliknya, pengawal yang bertindak ganas sebelum kemudian menggambarkan banduan terbabit sebagai mencetuskan rusuhan.

Bagaimanapun, bukti CCTV mendapati tiada sebarang kejadian banduan bertindak ganas.

Sebelum ini, Suhakam memulakan siasatan awam berhubung dakwaan lebih 100 tahanan di Penjara Taiping diserang kira-kira 60 warden ketika proses pemindahan dari Dewan B ke Blok E, menyebabkan seorang tahanan, Gan Chin Eng, maut.

Gan ditahan reman di Penjara Taiping sejak 2020 atas kesalahan berkaitan dadah dan sedang menunggu prosiding mahkamah ketika meninggal dunia.

Siasatan awam Suhakam mendapati penderaan dan kecuaian di Penjara Taiping menunjukkan kegagalan sistemik dalam pengurusan dan pentadbiran penjara tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan