Rabu, 1 Julai 2026

MOU TAKTIK BELI MASA


AMERIKA AKAN

SERANG IRAN

AMIN

MOU INI BELI

MASA UNTUK

TAK GANGGU 

TERAM HADAPI

PEMILIHAN SENATE 

TENGAH TAHUN

NOVEMBER INI

KHALAS


Laluan bebas Selat Hormuz hanya 60 hari - Speaker Parlimen Iran

ISTANBUL: Laluan bebas Selat Hormuz hanya diberikan bagi tempoh 60 hari berdasarkan memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai baru-baru ini dengan Amerika Syarikat (AS).

Dalam wawancara yang disiarkan menerusi saluran Telegram pada Selasa, Speaker Parlimen Iran, Mohammad Bagher yang juga ketua perunding negara itu, menegaskan Iran sama sekali tidak akan melepaskan haknya terhadap Selat Hormuz.

Mengulas serangan balas antara Iran dan AS pada hujung minggu lalu, beliau mendakwa Tehran menganggap tindakan itu sebagai pelanggaran terhadap perjanjian tersebut, yang bertujuan menamatkan konflik antara kedua-dua pihak.

"Dalam pelanggaran gencatan senjata terbaharu, pangkalan tentera AS di Bahrain dan Kuwait telah menjadi sasaran," katanya.



Tiada keperluan campur tangan luar operasi Selat Hormuz - Iran

TEHRAN: Iran menegaskan tiada keperluan untuk campur tangan pihak luar dalam operasi membersihkan periuk api di Selat Hormuz kerana tindakan sedemikian hanya akan merumitkan keadaan.

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmaeil Baqaei berkata negara itu memahami tanggungjawabnya sebagai negara pesisir dan mempunyai keupayaan untuk melaksanakan operasi berkenaan tanpa bantuan pihak lain.

"Iran mengetahui tanggungjawabnya lebih baik daripada mana-mana pihak lain dan mempunyai kemampuan untuk menunaikannya.

"Jadi, tiada keperluan untuk campur tangan pihak luar," katanya kepada pemberita seperti dipetik agensi berita rasmi IRNA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan