Rabu, 1 Julai 2026

PAGI INI



PAGI INI



PAGI INI

RABU 1 JULAI   2026

PERANG HARI KE 118

RUNDING HARI KE 12 ?

JADI KE DI DOHA


SEMANGAT REPUBLIKAN
PRN  JOHOR TELAH MELAHIR SEMANGAT  REPUBLIKAN.

Jelas apa yang berlaku apabila ada kenyataan secara TERBUKA bahawa PRN ini DIJALANKAN atas  arahan ISTANA.

Tidak cukup dengan ini – DILAPORKAN  NAMA CALON JUGA TELAH DIPILIH OLEH ISTANA .

 Zakar Shi – BEKAS SPEAKER DEWAN UNDANGAN JOHOR - naik bengang dan marah – Pertama anak dia telah  TIDAK di pilih sebagai calon United Malays National Organisation.

Babak ini menjadi polemik – ramai  WARGA JOHOR kini benci dan meluat dengan apa yang berlaku.  Nampak jelas  sentimen REPUBLIKAN telah mula tersebar. TIK TOK DAN MEDIA SOSIAL SEMUA TERBUKA MENGGAMBARKAN  SEMANGAR REPUBLIKAN.

DALAM  MASA YANG SAMA : Berita Raja Charles di UK yang bayar cukai muncul. RAJA BAYAR CUKAI INI menimbulkan polemik lagi.

MUFTI PERLIS – Maza memberi komen- Pandangan Mufti ini amat menarik.

GEN ZEE semakin jelas memiliki sentimen REPUBLIKAN.

PEGUAM dan PEMIKIR  dan intelektual Melayu mula berhadapan dengan RAJA  BERPELEMBAGAAN.

Semua ini adalah benih REPUBLIKAN. PRN JOHOR AKAN DIINGATI SEMUA PENABUR BENIH REPUBLIKAN. Amin.

HOKKIEN
Pagi ini basah sejuk segar. Kemarin hujan petang. Matahari dah bersinar cahaya lembut. Langit arah kota masih kelam. Langit arah Shah Alam dah mula biru. KL & KL Sentral berkabus.

Jarum di Bangunan 118 di telan kabus.

Di jalan  muncul Ibu Itam – ikut gua setengah jalan ke Wakaf Tiga.   Gua dengar suara Gagak mendayu di Kwantung – sedih bunyinya – Tapi Keng Keng  menceriakan  pagi - walau pun dari jauh. 

Terkukur berlagu. Cengkerik dalam belukar  melesit  suara yang monotoni.

Di Wakaf Pertama Ibu Garang muncul. Tiong berlabuh – pagi ini DATANG solo.  Ibu Itam dan Jantan Muda datang – bila gua tabur friskies – semua rapat makan TAPI Ibu Garang  menyerang  yang lain . Lalu gua  halau dia dari Meja Makan -  Pagi ini hanya Tiong dan Ibu Itam yang makan.

Hari ini akan panas. Malam kemarin lepas ujan sejuk santai. Kami makan  enak  cuaca sejuk di warung Tom Yam. Makan malam kami  agak spesial  - ada Wine Merah dari Carlifornia dan ada Tuak  – gua harap malam ini berulang sekali lagi. Tapi tanpa wine dan tuak. Amin

BRO
SENYUM
SAMBUT PAGI RABU
DENGAN SENYUMAN

Jalan kelam disangka terang
Naik bas pergi ke pekan
Madafaka malaon  temberang
Mari bersama kita humbankan

Tumbuh merata pohon tebu
Pergi ke pasar membeli cendawan
Madafaka   cakap selalu  menipu
Mari bersama bangun melawan

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI  INI
SELAMAT BEKERJA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan