Khamis, 2 Julai 2026

PAGI INI


PAGI INI






PAGI INI

KHAMIS 2 JULAI   2026

PERANG HARI KE 119

RUNDING HARI KE 13 ?


MOU – BELI MASA
Mat Teram dapat banyak kutukan dan kritikan. Kutukan datang dari MAGA –  Teram di kutuk keranA buat MOU dengan Iran.

Maka MENTERI PERANG cuba menapis dan beri tahu  bahawa :  MOU INI HANYA UNTUK BELI MASA... AMERIKA ADA PELBAGAI MAINAN LAGI.... jeng jeng jeng

Ertinya lepas bulan November  IRAN AKAN DI SERANG.

Masa ini Mat Teram perlu  harga minyak  tidak naik – harga barang tidak naik – kerana bulan November ada pemilihan ahli Dewan Senate – kalau  majoriti DEMOKRAT MENANG Mat Teram hadapi masalah besar.

MAT TERAM AKAN DI PECAT ? kah kah kah – amin

HOKKIEN
Pagi ini  gua baru berjalan nak masuk ke Hokkien gua dengar suara Murai  dan Terkukur  - Aduh pagi yang indah.

Pagi ini basah sejuk – kemarin ujan sekejap – Matahari  bercahaya merah dah muncul –  cahaya masih lemah langit berawan putih – KL & KL Sentral berkabus nipis.

Di Pintu Masuk Jantan Luka muncul dengan dua Gundik – lalu gua beri Friskies – Jantan Luka ini amat ganjil – Dia akan menjerit dulu bila gua buka beg – ini tanda terima kasih. 

Pagi ini takda sapa ikut gua ke Wakaf Tiga kecuali Tak Tak – pulang ke Wakaf Satu Ibu Garang dan Ibu Itam dah menunggu – Tiong Laki Bini datang berlabuh – Gua beri mereka Friskies.

Berjalan pulang Ibu Itam mengekor – kemudian muncul Siti – mereka dapat makanan. Siti takut dengan Bi Itam – lalu ikut gua ke Pintu Keluar – gua beri Siti  nasi dan debu daging.

Ketika gua mengetik – cahaya matahari belum bersinar – tapi pasti panas sampai  – malam sejuk santai. Amin
 
BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT  PAGI
HARI KHAMIS

BRO
Lu jangan hanya cakap nak buat baik. Buat dan lakukan.

BRO
Hari ini lu wajib pastikan lebih baik dari kemarin.

BRO
Yang terbaik mungkin tidak terjadi – yang penting apa respons lu. Amin

LAKUAKN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT MEMAKI BAJU BATIK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan