INI AMAT PELIK
LAGI HAIRAN
AMIN
AYAH MATI
ISTERI MATI
ANAK MATI
ADIK MATI
ADIK IPAR MATI
TAPI MASA
PENGKEBUMINA
TAK MUNCUL
JENG JENG JENG
APAKAH MOJTABA
INI CEDERA PARAH ?
KAKI PUTUS?
MATA BUTA?
AMIN
APAKAH MASIH
DALAM HOSPITAL?
AMIN
APAKAH MOJTABA
KINI MENJADI
SATU KONSEP?
JENG JEG JENG
KHALAS
Ketiadaan Mojtaba, pengganti Khamenei ketika acara pengebumian bapa cetus tanda tanya
TEHRAN: Upacara bagi orang awam memberi penghormatan kepada bekas Pemimpin Agung Iran, Allahyarham Ayatollah Ali Khamenei yang berlangsung semalam, dihadiri tiga anak lelaki pemimpin itu, bagaimanapun, Mojtaba Khamenei, yang juga pengganti bapanya tidak kelihatan pada istiadat itu.
Stesen televisyen negara itu menyiarkan rakaman tiga anak lelaki Khamenei iaitu, Mostafa, Meysam dan Masoud menunaikan solat jenazah untuk pemimpin itu di kompleks agama terbesar di Tehran, Imam Khomeini Grand Mosalla.
Sehingga kini, Mojtaba masih belum muncul di khalayak, malah fotonya juga tidak pernah didedahkan kepada umum.
Beliau dilaporkan cedera dalam serangan yang mengorbankan bapanya serta beberapa lagi anggota keluarga pada 28 Februari lalu, ketika Israel dan Amerika Syarikat (AS) mengebom sasaran di Iran pada permulaan perang.
Sumber yang rapat dengan Mojtaba memberitahu Reuters, wajahnya mengalami kecacatan akibat serangan itu dan turut berdepan kecederaan serius pada sebelah atau kedua-dua kakinya.
Seorang wanita yang turut hadir bagi memberikan penghormatan terakhir, menzahirkan kekecewaan kerana berharap dapat melihat pemimpin tertinggi baharu itu sepanjang berlangsungnya upacara pengebumian berkenaan.
Bapa mereka bersama beberapa lagi anggota keluarga yang lain terbunuh dalam serangan udara ketika AS dan Israel melancarkan perang terhadap Iran pada 28 Februari.
Konflik terbabit berlarutan selama beberapa minggu sebelum kedua-dua pihak mencapai penyelesaian gencatan senjata yang rapuh, mengakibatkan kematian dan kemusnahan di seluruh rantau berkenaan, selain menyaksikan kerajaan teokratik Iran yang disokong Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) terus kekal berkuasa.
Bagi menunjukkan kesetiaan rakyat kepada negara dan semangat revolusi, Iran mengadakan upacara perarakan pengebumian besar-besaran selama seminggu untuk Khamenei.
Jenazah Khamenei ditempatkan selama sehari di sebuah bangunan bagi memberikan penghormatan terakhir dibuat dalam kalangan pemimpin Iran dan pegawai asing.
Pada Sabtu, keranda Khamenei diletakkan di kawasan terbuka bersama keranda anak perempuannya, menantu lelaki, menantu perempuan serta cucu perempuannya berusia 14 bulan.
Semalam, puluhan ribu lagi rakyat berkabung termasuk anggota tentera, pelajar institusi pengajian agama serta orang awam lelaki dan wanita yang memenuhi masjid terbabit bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Khamenei dan keluarganya, sambil mengibarkan bendera yang tertera janji untuk membalas dendam terhadap AS dan Israel.
Sebahagian rakyat turut menunaikan solat jenazah berjemaah di kompleks yang dinamakan sempena pemimpin tertinggi pertama Iran, Imam Khomeini, yang menjadi Pemimpin Tertinggi Iran pada 1989, sebelum Khamenei mengambil alih kepemimpinan.
Media Iran turut melaporkan majlis penghormatan itu dilanjutkan sehingga jam 10 malam berikutan jumlah individu yang hadir terlalu ramai.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan