Khamis, 9 Julai 2026

RAMPAS HARTA CURI 1MDB


RAKYAT DAH

LETIH TUNGGU

KES BERTAHUN

TAK SELESAI

AMIN

RAMPAS HARTA

JADIKAN HAK

 MILIK NEGARA

AMIN

MASUK KAN 

ROSMAH SEGERA

KE DALAM PENJARA

KHALAS


SPRM siasat dakwaan aset hartanah mewah USD13 juta berkait dana 1MDB




Rosmah beri keterangan berhubung siasatan rumah agam RM53 juta di luar negara: Ini jawapan KP SPRM


PUTRAJAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),  Abd Halim Aman tidak menafikan beberapa individu termasuk golongan kenamaan terkenal mungkin dipanggil berhubung siasatan pemilikan dan pemindahan aset hartanah mewah bernilai AS$13 juta (RM53 juta).

Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah isteri seorang bekas Perdana Menteri akan dipanggil dalam masa terdekat berhubung siasatan dalam Ops Agam, yang baru dijalankan SPRM, pada bulan lalu.

"Dalam melakukan penyiasatan tiada apa-apa lencongan atau batasan bagi kami, siasatan itu akan dibuat merangkumi semua aspek daripada sampai ke bawah dan segala aspek akan dicakupi di situ.

"Jadi bagi menjawab soalan (adakah panggil isteri bekas Perdana Menteri), seperti dikemukakan itu, sesiapa saja akan dipanggil seandainya ia mempunyai kaitan dan relevan dalam proses penyiasatan pihak kami," katanya pada sidang khas SPRM, di sini hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan