Ahad, 23 Ogos 2026

ANGKAT SENJATA UNTUK MERDEKA JALAN TEPAT


BERJUANG

ANGKAT SENJATA

UNTUK MERDEKA

GARIS POLITIK

TEPAT

AMIN

Perintah berkurung dikuatkuasa di Narathiwat berikutan siri serangan


BANGKOK: Seluruh wilayah Narathiwat dikenakan perintah berkurung susulan siri insiden keganasan, termasuk serangan pembakaran dan letupan yang melanda beberapa wilayah di selatan Thailand itu sejak malam tadi.

Portal berita tempatan, Bangkok Post melaporkan pasukan keselamatan Narathiwat menerusi hantaran di Facebook mengumumkan pelaksanaan perintah berkurung itu bermula jam 10.15 malam Sabtu hingga 6 pagi Ahad.

Pihak berkuasa mengarahkan penduduk tempatan supaya berada di rumah dan perlu mendapatkan kebenaran rasmi daripada tentera, polis atau pentadbiran tempatan sekiranya mempunyai urusan mendesak untuk keluar.

Langkah keselamatan ketat itu dilaksanakan susulan insiden keganasan berterusan yang berlaku di Narathiwat, Yala dan Pattani bermula jam 8 malam tadi waktu tempatan.

Kumpulan penyerang dilaporkan membakar pejabat pentadbiran, tayar kenderaan serta meletupkan tiang elektrik dan kedai serbaneka.

Sekurang-kurangnya 11 insiden dilaporkan berlaku di wilayah Narathiwat sahaja, manakala satu kejadian letupan kereta menyebabkan dua individu cedera.

Berikutan perkembangan itu, Wilayah Tentera Keempat Thailand menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan berhati-hati.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan