WOIT
NGO INI BEBAL
TAK FAHAM
POLITIK MALAYSIA
AMIN
NICKY DAH BERI
DUIT PADA PKR
AMIN
NICKY DAH PAKAI
BAJU PKR
AMIN
NICKY
DAH BERGAMBAR
DENGAN ANWAR
BIN IBRAHIM
AMIN
MUSTAHIL TAK
FAHAM FAHAM
KHALAS
30 CSO gesa Peguam Negara jelaskan asas DNAA kepada Nicky Liow
KUALA LUMPUR: Peguam Negara, TMohd Dusuki Mokhtar digesa memperjelas asas perintah melepas tanpa membebaskan (DNAA) diberikan kepada ahli perniagaan, Liow Soon Hee atau Nicky Liow, pada Jun 2023.
Gesaan itu dikemukakan gabungan 30 pertubuhan masyarakat sivil (CSO), yang antara lain mendesak Dusuki memperjelas keputusan menghentikan pertuduhan kes pengubahan wang haram bernilai lebih RM36 juta membabitkan Nicky.
Gabungan itu berkata, perintah DNAA kepada Nicky itu sebaliknya hanya diketahui selepas disahkan peguam, Datuk Rajpal Singh baru-baru ini, yang antara lain memaklumkan perintah itu diberikan pada 15 Jun 2023 selepas Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi dikemukakan ahli perniagaan terbabit.
"Selepas lebih tiga tahun, AGC masih belum memberi penjelasan mengenai alasan representasi berkenaan diterima, selain pertimbangan yang menjadi asas kepada keputusan terbabit atau sama ada pertuduhan akan dikemukakan semula pada masa hadapan.
"Isu utama bukanlah keputusan bagi satu kes semata-mata, sebaliknya mengenai ketelusan.
"Orang ramai berhak mengetahui alasan pendakwaan kes terbabit dihentikan, bukannya ia dimaklumkan melalui sidang media pihak pembelaan, beberapa tahun kemudian," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Peguam maklumkan anak guamnya bebas
Pada Julai lalu, Nicky Liow dilaporkan dilepas dan dibebaskan daripada 26 pertuduhan pengubahan wang haram bernilai lebih RM36 juta, selepas pendakwaan menarik balik kes berkenaan tiga tahun lalu.
Rajpal Singh dipetik berkata, Nicky juga sudah melangsaikan tunggakan cukai RM400,000 kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi menyelesaikan pertuduhan berkait Borang Nyata Cukai bawah Akta Cukai Pendapatan.
Mengikut kertas pertuduhan, Nicky sebagai pengarah syarikat, didakwa terbabit pengubahan wang haram dan memiliki wang, dipercayai hasil daripada aktiviti haram, di beberapa lokasi berhampiran Lembah Klang, antara 2016 hingga 2021.
Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) dan 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA).
Dalam pada itu, gabungan terbabit turut menggesa AGC mendedahkan asas keputusan, pertimbangan diambil kira serta garis masa yang membawa kepada pemberian DNAA terhadap Nicky.
Nyatakan pendirian terhadap baki pertuduhan
Mereka turut menggesa AGC memperjelas pendirian terhadap baki pertuduhan yang masih belum dimuktamadkan.
"Kami juga menggesa Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen serta Parlimen memastikan rang undang-undang pengasingan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya turut memasukkan beberapa perkara.
"Ia sekurang-kurangnya perlu memasukkan garis panduan berkanun mengenai pelaksanaan budi bicara pendakwaan serta kewajipan menyediakan laporan tahunan mengandungi statistik terperinci, termasuk pendakwaan dihentikan, alasan dan keputusan akhirnya.
"Obligasi ini perlu berkuat kuasa serentak dengan pindaan Perlembagaan, bukannya pada suatu tarikh selepas itu.
"Pengasingan jawatan tanpa perlindungan sedemikian hanya akan menjadi perubahan pada bentuk, bukannya asas transformasi," katanya.

Cerita dipilih dahulu, mana sesuai angkat masuk, tak sesuai tolak ke tepi, ini cara media main peranan, semua begitu angkat bakul sendiri tinggi, bakul orang lain dijatuhkan, setiap hari ada kes dadah, rasuah, tangkap dakwa dakwi tak masuk, kenapa NGO tak bising kes 47 itu? Adakah NGO ini dibayar oleh orang-orang politik? Kenapa kes rasuah Azam Baki senyap menyap? Kenapa kes rasuah bertimbun sudah kurang? Adakah semua menutup aurat kesalahan kaum sejenis? Kah kah kah kah
BalasPadam...asas perintah melepas tanpa membebaskan (DNAA)...
BalasPadamgwa bukan ahli hukum seperti latheefa koya atau ambiga,
boleh tolong jelaskan DNAA itu?
jika si A bukan ahli mana2 parti politik, tak pernah bergambar selisih bahu dengan perdana menteri, presiden parti. buat salah yang sama dan dihadap depan tuan hakim. akan mendapat DNAA juga?
jika si B miskin papa kedana tidak boleh hire peguam handal seperti zahid bagan datoh, bukan gedebe presiden parti, takda datuk seri, jika buat kesalahan sama adakah boleh dapat DNAA juga?
mohon penjelasan