HUTAN
DI EROPAH
TERBAKAR
AMIN
HUTAN KITA
TERBAKAR
AMIN
TANDA DUNIA
MAKIN PANAS
KHALAS
Kebakaran di Kalimantan: Indonesia perhebat operasi pembenihan awan
JAKARTA: Kerajaan Indonesia meningkatkan operasi pembenihan awan secara agresif bagi mengekang penularan kebakaran hutan dan tanah yang terus melanda beberapa wilayah di Kalimantan.
Ketua Biro Perhubungan Awam dan Kerjasama Luar Negeri Kementerian Perhutanan, Ristianto Pribadi, berkata inisiatif itu digerakkan sebagai sebahagian daripada strategi bersepadu yang turut merangkumi pemadaman di peringkat darat, rondaan berterusan serta pengesanan awal.
"Pelaksanaan itu turut disokong oleh usaha pemadaman darat, rondaan, pengesanan awal serta koordinasi erat antara kementerian, agensi dan kerajaan wilayah.
"Teknologi pembenihan awan amat penting untuk meningkatkan kebarangkalian taburan hujan di samping membasahi kawasan tanah gambut serta kawasan yang berisiko tinggi terbakar," katanya.
Berdasarkan rekod operasi di Kalimantan Barat, usaha pembenihan awan dijalankan dari 13 hingga 17 Ogos lalu membabitkan sembilan penerbangan tugas dengan anggaran isi padu hujan mencecah 10.92 juta meter padu.
Ramalan cuaca terkini menunjukkan peluang tambahan bagi operasi siri baharu dari 23 hingga 27 Ogos.
Agensi Meteorologi, Klimatologi, dan Geofizik (BMKG) kini sedang menyelaraskan persiapan bersama pihak berkepentingan bagi memastikan kelancaran operasi berkenaan.
Ristianto bagaimanapun, menjangkakan keadaan cuaca di wilayah itu kekal kering dengan pertumbuhan awan yang terhad sepanjang penghujung Ogos ini.
Sementara itu, kira-kira 1,500 anggota tentera tambahan bersama enam helikopter besar bagi operasi pengeboman air dikerahkan ke Kalimantan Barat ketika pihak berkuasa Indonesia mempergiat usaha mengawal kebakaran hutan dan tanah.
Setiausaha Kabinet, Teddy Indra Wijaya, berkata Presiden Prabowo Subianto mengarahkan langkah itu dilaksanakan dalam mesyuarat yang diadakan sejurus selepas beliau tiba di Pangkalan Tentera Udara Indonesia Supadio di Kalimantan Barat pada hari ini bagi meninjau usaha menangani kebakaran berkenaan.
Teddy berkata, anggota tambahan itu terdiri daripada tiga batalion Tentera Nasional Indonesia (TNI) dari luar Kalimantan dibawa masuk bagi memperkukuh pasukan yang sedia terbabit dalam operasi pemadaman kebakaran.
"Anggota di lapangan juga digerakkan sepenuhnya untuk memadam titik panas, manakala usaha ini akan diperkukuh dari udara dengan penambahan enam helikopter besar bagi operasi pengeboman air," katanya dalam kenyataan. - AGENSI

Tiada ulasan:
Catat Ulasan