Selasa, 25 Ogos 2026

JANGAN PANASKAN DENGAN MEMBAKAR AL-QURAN


CUACA  SEDANG

PANAS

AMIN

JEREBU SEDANG

MENYERANG

AMIN

KUIL HARAM

DAH DI ROBOH

AMIN

JANGAN PANASKAN

LAGI DENGAN

MEMBAKAR  KITAB

AL- QURAN

KHALAS



Bakar al-Quran: Polis tahan lelaki di Chow Kit

Polis semalam menahan seorang lelaki di sebuah hotel di Chow Kit, Kuala Lumpur bagi membantu siasatan kes pembakaran serta kecurian naskhah al-Quran di sekitar Seremban dan Kuala Lumpur.

Ketua Polis Negeri Sembilan Alzafny Ahmad berkata penahanan lelaki berusia 25 tahun itu dibuat susulan aduan orang awam mengenai kebakaran di tepi padang di Senawang pada 22 Ogos lepas.

"Pemeriksaan mendapati kebakaran tersebut melibatkan beberapa naskah al-Quran dan polis turut menerima laporan berkaitan kecurian al-Quran di sebuah masjid di Forest Height, Seremban kira-kira jam 4.45 petang pada hari yang sama.

"Susulan itu, lelaki terbabit ditahan kira-kira jam 9.30 malam semalam dalam satu serbuan di sebuah hotel di Chow Kit, Kuala Lumpur," katanya dalam kenyataan di Seremban hari ini.

Alzafny berkata dalam pemeriksaan di dalam bilik hotel itu polis menemukan dua beg mengandungi 16 naskah al-Quran serta merampas tiga telefon bimbit dan barangan peribadi yang dipercayai milik suspek.

Katanya, semua naskhah al-Quran yang ditemukan di dalam beg milik suspek dipercayai dibawa keluar tanpa izin dari masjid dan surau di sekitar kawasan Chow Kit.

"Polis juga tidak menolak kemungkinan beberapa naskhah tersebut diambil dari sebuah universiti di utara berdasarkan penemuan cop hak milik universiti berkenaan.

"Pada hari yang sama, pemeriksaan turut dilakukan di rumah milik keluarga suspek di Senawang dan polis merampas 36 kulit al-Quran di dalam bilik suspek," katanya.

Dia menambah siasatan awal mendapati penemuan tersebut mempunyai kaitan dengan kes pembakaran al-Quran di tepi padang tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan Seksyen 295 kanun yang sama.

Alzafny berkata suspek juga mempunyai empat rekod jenayah lampau dan baru dua bulan tamat menjalani perintah pengawasan polis.- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan