Ahad, 23 Ogos 2026

PROJEK HUMBANKAN MAT BURUT MAKIN MANTAP


INI BUKTI

PROJEK

PENYATUAN MELAYU

HUMBAN MAT BURUT

MAKIN MANTAP

AMIN

AWAS 

MAT BURUT AKAN

MENJALA LEBIH

MUSUH POLITIK

KHALAS


UMNO akan hantar wakil ke muktamar PAS bulan depan - Zahid


KUALA LUMPUR: UMNO akan menghantar wakil ke Muktamar Tahunan PAS Ke-72 yang dijadualkan berlangsung di Kota Bharu, Kelantan, awal bulan depan.

Presidennya,  Ahmad Zahid Hamidi, berkata siapa wakil akan dihantar UMNO bagaimanapun akan ditentukan kemudian.

"Kita pasti akan hantar wakil ke muktamar berkenaan," katanya ringkas pada sidang media selepas merasmikan Ekspo Pelancongan dan Perdagangan Islam Dunia (WITEX) serta Festival Seni dan Kebudayaan Dunia, di sini hari ini.

Terdahulu, media memetik Setiausaha Agung PAS,  Takiyuddin Hassan, berkata parti itu sudah menghantar jemputan kepada Ahmad Zahid dan tiga lagi pimpinan UMNO pada Rabu lalu untuk menghadiri muktamar berkenaan yang dijadualkan pada 4 dan 5 September.

"Kita masih menunggu. Kita menjemput Presiden UMNO sendiri serta tiga pimpinan parti itu, terpulang kepada mereka mahu hadir atau sebaliknya. Surat jemputan dibuat tiga hari lalu dan kita masih mempunyai tempoh 10 hari sebelum berlangsung Muktamar PAS di Kelantan," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan