POLITIK BARU
PENYATUAN
MELAYU
AMIN
PULANG KE BUMI
ASAL
TANAH MELAYU
KHALAS
Kejayaan bentuk kerajaan negeri baharu bukan penamat – Asyraf Wajdi
KUALA LUMPUR – Kejayaan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) membentuk kerajaan baharu di Negeri Sembilan bukan penamat, sebaliknya permulaan kepada amanah yang lebih besar.
Setiausaha Agung UMNO, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki bertekad, amanah itu akan dipikul dengan penuh rasa tanggungjawab melalui sebuah pentadbiran yang stabil, bersih, berintegriti dan sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat.
“Kemenangan ini membuktikan bahawa dua parti terbesar orang Melayu memilih jalan muafakat serta meletakkan kepentingan rakyat mengatasi segala-galanya.
“Insya-Allah lahirlah sebuah kekuatan yang membawa rahmat dan keberkatan,” ujarnya hantaran menerusi laman sosial Facebook hari ini.
Beliau mengulas kemenangan BN dan PN memperoleh majoriti 25 dari 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan semalam.
Asyaf Wajdi selanjutnya menyatakan, kemenangan itu bukanlah kerana kekuatan, kebijaksanaan atau usaha kita semata-mata tetapi semuanya berlaku dengan izin, rahmat dan pertolongan Allah SWT.
Ujarnya, segala perbezaan berjaya dirapatkan di Negeri Sembilan demi satu tekad yang sama iaitu mengembalikan kestabilan politik, memacu kemajuan negeri dan mengutamakan kebajikan rakyat.
“Terima kasih kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan atas mandat dan kepercayaan yang diberikan BN dan PN.
“Kemenangan ini bukan penamat, sebaliknya permulaan kepada amanah yang lebih besar. Semoga Allah SWT terus memelihara permuafakatan ini dan mengurniakan Negeri Sembilan sebuah masa depan yang lebih maju, sejahtera dan diberkati. – MalaysiaGazette

Ramai pakar-pakar muncul dengan macam-macam analisis, macam-macam kajian, kah kah kah nak mencari sebab-sebab kekalahan, nak cari sebab kemenangan? Hebat pakar-pakar muncul selepas keputusan diumumkan, sebelum kajian tak betul? Mana pakar-pakar kajian dalam Kerajaan MADANI? Adakah betul semuanya? Ada kah orang-orang politik mendengar kajian mereka? Semua seronok sendiri semua taksub ego tinggi kerana menganggap diri hebat belaka, kalau PMX turun beribu-ribu sambut, tetapi siapa yang sambut? Tukang bodek tukang jilat tukang cium tangan adalah beribu-ribu sekarang kah kah kah kah hakikatnya tidak semua sekeliling kita menyokong kita pun? Sudah terlambat Bossku sudah jauh ketinggalan pakar-pakar membuat kajian sekarang? Kalau buat kerja secara ikhlas untuk rakyat nescaya akan mendapat sokongan, kalau tidak pasti ditendang keluar macam Anthony Loke sekarang kah kah kah hebat Menteri Pengangkutan ini, hebat petah berhujah bercakap undang-undang baru, projek sini projek sana, dagu tinggi muka tinggi akan kecundang juga, empayar Rom pun jatuh inikan pula empayar politik tempatan, walaupun mengajar Rom bina kapal jiwa kita masih duduk dalam kelompok asabiyah kah kah kah kah
BalasPadam