BERITA PELIK
SAPA PAKSA MB
TANDA TANGAN?
AMIN
ZAHID NAFI
ASRAF NAFI
UMNO NAFI
AMIN
HANTU DAN DEWA
MANA LETAK PISTOL
KEPALA MB PAKSA
TANDA TANGAN
AMIN
LAPORAN POLIS
DI BUAT
APA JADI ?
KHALAS
MB Negeri Sembilan hanya senyum, ambil sikap berdiam diri
SEREMBAN: Menteri Besar, Ismail Lasim mengambil sikap berdiam diri berhubung isu surat cara proklamasi bagi menurunkan takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Beliau juga enggan mengulas mengenai hasil pertemuannya dengan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi bersama tiga Naib Presiden pada Khamis lalu.
Beliau hanya tersenyum apabila diajukan soalan sebelum berlalu memasuki kenderaan rasmi dan beredar selepas melancarkan Kembara Program Masyarakat Negeri Sembilan (MANES) di Kediaman Rasmi Menteri Besar, hari ini.
Pertemuan antara Ismail dengan Ahmad Zahid dilaporkan berlangsung kira-kira jam 4 petang di bilik khas ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Pusat Dagangan Dunia Putra (WTC) Kuala Lumpur.
Pertemuan itu susulan kenyataan Ahmad Zahid sebelum ini yang mahu mendapatkan penjelasan daripada Ismail berhubung dakwaan Menteri Besar berkenaan dipaksa menandatangani dokumen surat cara proklamasi bagi menurunkan takhta Tuanku Muhriz, yang berlaku di Istana Laguna Biru, Port Dickson pada 3 Ogos lalu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan