Selasa, 22 September 2026

KUASA AMERIKA SEDANG RUNTUH

 

EMPIRE AMERIKA

KUASA DUNIA

KINI  MENUJU

RUNTUH

AMIN

CHINA RUSIA IRAN

KUASA BARU

BANGUN MELAWAN

AMIN

INI MENJEMPUT

PERANG DUNIA 

KHALAS


Dunia semakin buruk, perpecahan kuasa besar lumpuhkan UNSC - Guterres

NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, berkata keadaan dunia semakin meruncing apabila konflik bersenjata semakin banyak dan rumit.

Tambah beliau, perpecahan geopolitik dalam kalangan kuasa besar menyebabkan Majlis Keselamatan PBB (UNSC) gagal berfungsi secara berkesan.

Dalam temu bual menjelang ucapan terakhir sebagai setiausaha agung pada Perhimpunan Agung PBB (UNGA), Guterres berkata pembabitan kuasa besar dan anggota tetap UNSC dalam beberapa konflik utama dunia mewujudkan krisis yang disertai pelanggaran berterusan undang-undang antarabangsa.

"Keadaan dunia semakin buruk," katanya sambil menegaskan bahawa golongan paling terdedah di seluruh dunia kini berdepan situasi yang amat mencabar akibat konflik berterusan.

Guterres turut menyentuh kesan peperangan di Ukraine serta konflik membabitkan Amerika Syarikat (AS), Israel dan Iran yang menurutnya memberi kesan langsung kepada ekonomi global.

Beliau berkata gangguan terhadap eksport makanan, baja dan tenaga melalui Laut Hitam, digabungkan dengan ketegangan di Selat Hormuz dan Bab al-Mandeb serta serangan terhadap kemudahan minyak di Asia Barat, telah menjejaskan rantaian bekalan global.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan kenaikan harga bahan api, peningkatan inflasi serta menambah tekanan terhadap ekonomi di banyak negara.

Beliau berkata negara maju mungkin mampu menguruskan kenaikan kadar faedah dan harga tenaga, namun negara membangun berdepan keadaan yang jauh lebih sukar akibat kos makanan dan tenaga yang semakin meningkat serta kekurangan bekalan baja.

Guterres yang memegang jawatan Setiausaha Agung PBB sejak Januari 2017 akan menamatkan penggal perkhidmatannya pada 31 Disember 2026.

Beliau berkata pertubuhan itu memerlukan pembaharuan menyeluruh bagi memastikan ia terus relevan dalam menangani cabaran global yang semakin rumit.

Menurutnya, UNSC masih mencerminkan susunan kuasa dunia era Perang Dunia Kedua dan tidak lagi menggambarkan hakikat geopolitik semasa.

Beberapa nama disebut sebagai calon pengganti Guterres, termasuk Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Rafael Grossi; bekas Presiden Senegal, Macky Sall, serta diplomat Ecuador, Maria Fernanda Espinosa.

Bagi dilantik sebagai Setiausaha Agung PBB yang baharu, calon perlu memperoleh sekurang-kurangnya sembilan undi daripada 15 anggota UNSC.

Mereka juga tidak boleh menerima veto daripada mana-mana lima anggota tetap iaitu China, Perancis, Russia, United Kingdom dan AS sebelum disahkan oleh Perhimpunan Agung PBB. - AGENSI



Tiada ulasan:

Catat Ulasan