Selasa, 22 September 2026

SYRIKAT APA BAKAR KEBUN SAWIT ?


KITA SEMUA

NAK TAHU

SYARIKAT MANA

YANG BAKAR

KEBUN SAWIT?

AMIN 

SAPA ADA

MAKLUMAT?

AMIN

ADA SYARIKAT

MALAYSIA KE ?

KHALAS


Jerebu dijangka berlarutan hingga awal tahun depan


KUALA LUMPUR: Masalah jerebu di negara ini dijangka berlarutan hingga awal tahun depan berdasarkan cuaca panas dan kering yang berterusan, selain berlaku pembakaran, termasuk di kawasan terbuka.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,  Arthur Joseph Kurup, berkata jangkaan itu turut disumbangkan oleh fenomena El Nino yang berlaku ketika ini dan diramal meningkat kepada Super El Nino pada November hingga Disember yang berpotensi berterusan sehingga awal tahun depan.

Katanya, Monsun Barat Daya yang berlaku serentak dengan fenomena El Nino dijangka berterusan hingga pertengahan 2027 yang menyebabkan taburan hujan yang lebih rendah serta cuaca yang lebih panas dan kering.

"Negara sedang berhadapan dengan El Nino kuat dan berpotensi mencapai tahap 'Super' (sangat kuat) bermula Oktober hingga Januari 2027.
"Keadaan kering berpanjangan akan meningkatkan risiko berlaku kebakaran terbuka, terutama di kawasan mudah terbakar, sekali gus berpotensi memburukkan keadaan jerebu," katanya.

Keadaan jerebu sedia ada akan bertambah buruk

Arthur berkata, berbanding masalah jerebu sebelum ini, ia berlaku dalam tempoh antara satu hingga dua bulan sebelum cuaca kembali pulih seperti sedia kala.

Beliau berkata, tanpa hujan dan cuaca yang semakin panas, keadaan jerebu sedia akan akan bertambah buruk.

Sementara itu, Arthur berkata, Malaysia akan membantu Indonesia menangani kebakaran hutan dan tanah di republik itu, termasuk menyediakan keupayaan pemadaman kebakaran dari udara serta operasi pembenihan awan (OPA).

Perkara itu dinyatakan pada surat dihantarnya kepada Menteri Lingkungan Hidup Republik Indonesia pada 9 September lalu dan kemudian dipersetujui Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, terhadap tawaran Malaysia membantu memadam kebakaran hutan di Kalimantan dengan lebih 1,400 titik panas dikesan.

Katanya, bantuan ditawarkan merangkumi operasi pengeboman air dari udara menggunakan helikopter, sokongan pemadaman menggunakan pesawat amfibi dan pelaksanaan OPA.

"Bentuk dan skop bantuan akan diperinci bersama pemerintah Indonesia berdasarkan keperluan dan kesesuaian keadaan di lapangan serta tertakluk kepada persetujuan kedua-dua agensi kedua-dua negara.

"Keupayaan itu selaras kesiapsiagaan bantuan dikenal pasti menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)," katanya.

Indonesia terima tawaran bantuan Malaysia

Sabtu lalu, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi ketika berada di Jakarta, berkata Indonesia menerima tawaran Malaysia untuk membantu memadam kebakaran hutan di republik itu yang menyebabkan jerebu berlarutan beberapa minggu.

Ahmad Zahid berkata, Malaysia turut bersetuju dengan perancangan jangka panjang bagi mencegah kejadian jerebu akibat kebakaran hutan daripada berulang, yang turut berlaku di Sumatera dan beberapa wilayah lain di Indonesia.

Usaha penyelarasan

Arthur berkata, usaha penyelarasan berhubung cuaca panas dan jerebu sudah dimulakan sejak Jun lalu menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu dan Cuaca Kering dipengerusikannya pada 15 Jun lalu.

"Mesyuarat ini menjadi platform penyelarasan utama bagi memastikan kesiapsiagaan negara menghadapi cuaca panas dan kering, risiko pembakaran terbuka dan kemungkinan pencemaran jerebu yang boleh menjejaskan kesihatan awam, kesejahteraan rakyat serta ekonomi negara.

"Saya juga mengetuai delegasi Malaysia pada Mesyuarat ke-27 Kumpulan Kerja Teknikal dan Jawatankuasa Pemandu Peringkat Menteri Sub-Serantau (MSC) di Bali, Indonesia, baru-baru ini," katanya.

Arthur berkata, antara hasil utama mesyuarat itu ialah persetujuan negara anggota terus memperkukuh langkah pencegahan, pemantauan, kesiapsiagaan dan tindak balas terhadap kebakaran serta jerebu merentas sempadan.

"Pada mesyuarat itu, Malaysia memaklumkan perancangan pelaksanaan OPA yang mungkin membabitkan ruang udara Indonesia dengan Indonesia bersedia menyelaras perkara itu bersama agensi berkaitan.

"Kedua-dua negara juga bersetuju meneroka peluang kerjasama dua hala dan memeterai memorandum persefahaman, khususnya dalam bidang alam sekitar dan perubahan iklim," katanya.

Arthur berkata, susulan jerebu, NRES mengemuka surat kepada setiausaha agung ASEAN mengenai pencemaran merentas sempadan pada 21 Ogos lalu.

"Surat ini untuk menggesa negara anggota ASEAN melipatgandakan usaha dan tindakan kesiapsiagaan bagi mencegah kebakaran yang boleh menyebabkan pencemaran jerebu merentas sempadan.

"Sekretariat ASEAN mengambil maklum surat itu dan sudah mengedarkannya kepada negara anggota ASEAN," katanya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan