Isnin, 28 September 2026

TEATER DAP ADA SKRIP TAMBAHAN

 


TEATER DAP

ADA  SKRIP

TAMBAHAN

KAH KAH KAH

RAFIZI NIK NAZMI

LETAK JAWATAN

TAK PERLU RESTU

DARI MAT BURUT

AMIN

DAH SEMINGGU

BALIK DARI CHINA

TEATER  MASIH

BERJALAN

KHALAS

Terserah PM dan parti tentukan kedudukan saya’


PETALING JAYA: Timbalan Se­tiausaha Agung DAP, Steven Sim Chee Keong menyerahkan kepada Perdana Menteri,  Anwar bin Ibrahim dan parti untuk menentukan kedudukannya sekiranya jawatan Menteri Pengangkutan perlu dipangku susulan hasrat Anthony Loke Siew Fook meletakkan jawatan.

Sebaliknya, Steven Sim yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, tumpuannya ketika ini adalah memastikan sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta koperasi mendapat perhatian dalam Belanjawan 2027.

Katanya, soal pelantikan pemangku Menteri Pengangkutan bukan bidangnya kerana perkara itu merupakan budi bicara Perdana Menteri selepas mene­rima cadangan daripada parti.

1 ulasan:

  1. Semua kena faham, politik ini memang pentas berlakon, bukan semua mempunyai kelayakan berlakon, watak berubah mengikut skrip, make up berubah mengikut pentas, depan Melayu lain, depan Cina lain depan India lain, depan Sabah lain depan. Sarawak lain kah kah kah kah, cuma teknologi maklumat semakin meningkat, semuanya diketahui penipuan, sapu curi semuanya dikeluarkan satu persatu, kalau siasat biar siasat semua pemimpin parti politik di negara sekaligus? Boleh? Betulkan kepala dahulu, betulkan kepala jabatan ketua kementerian ketua pejabat diatas dahulu, kah kah kah kah atas makan percuma siang malam kemudian berlakon hebat seakan orang-orang politik, kah kah kah kah

    BalasPadam