PERCAYA CAKAP
TONI LOKE
SAMA MACAM
PERCAYA ANWAR
TAK PERNAH
JOLOK JUBUR
SAIFOL BUKHARI
KHALAS
Tak hairan jika Anthony Loke terus kekal dalam Kabinet hingga PRU-16 – Ramasamy
KUALA LUMPUR – Pemimpin Urimai, P Ramasamy beranggapan Anthony Loke akan terus kekal dalam Kabinet untuk suatu tempoh agak lama, iaitu mungkin sehingga Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16).
Malah, katanya, adalah tidak menghairankan jika Anthony Loke kekal sebagai Menteri Pengangkutan sehingga PRU-16 diumumkan.
Sehubungan itu, beliau mempersoalkan tujuan sebenar `drama’ peletakan jawatan Anthony Loke sebelum ini, sekiranya Setiausaha Agung DAP berkenaan benar-benar kekal dalam Kabinet sehingga Parlimen dibubarkan.
Ujarnya, keputusan CEC sepatutnya menunjukkan bahawa DAP serius terhadap implikasi moral dan etika susulan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Namun, ujarnya, perkembangan selepas itu memberikan gambaran yang agak berbeza.
“DAP tidak seharusnya memperdayakan rakyat Malaysia dengan menggunakan sandiwara politik untuk memberikan gambaran bahawa parti itu bersedia mengambil pendirian berprinsip berhubung isu moral dan etika serius yang sedang dihadapi negara.
“Jika DAP benar-benar bersedia mengambil pendirian terhadap pengampunan Najib, mengapa parti itu tidak menggunakan peluang tersebut untuk mempertimbangkan semula penyertaannya dalam kerajaan?
“Sebaliknya, parti itu terus kekal dalam kerajaan manakala Loke nampaknya ditugaskan untuk memikul beban ketidakpuasan hati parti,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.
Sementara itu, Ramasamy turut membangkitkan isu yang disifatkan penting dan tidak boleh diketepikan begitu sahaja, iaitu berkenaan minit mesyuarat Lembaga Pengampunan.
Katanya, tanpa pendedahan penuh minit mesyuarat Lembaga Pengampunan itu, adalah sukar untuk menentukan dengan tepat apa yang telah berlaku dan apakah pendirian wakil-wakil kerajaan berhubung pengampunan Najib.
Menurut beliau, sekiranya minit tersebut akhirnya didedahkan, pendirian kerajaan terhadap pengampunan Najib akan menjadi lebih jelas.
“Lebih penting lagi, pendedahan itu akan membantu menentukan sama ada satu-satunya wakil DAP dalam Lembaga Pengampunan, Hannah Yeoh, berdasarkan kedudukannya dalam Kabinet sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), telah membantah pemberian pengampunan tersebut atau tidak,” katanya.
Sehubungan itu, tambah Ramasamy, sekiranya mahu meletakkan jawatan, Anthony Loke sepatutnya berbuat demikian tanpa membuang masa dan tanpa membawa rakyat Malaysia dalam satu perjalanan politik yang penuh drama.
Katanya, jika Anthony Loke mahu meletakkan jawatan bagi pihak menteri-menteri DAP sebagai suatu ungkapan bersama penentangan parti terhadap pengampunan Najib, maka beliau sepatutnya berbuat demikian tanpa mengubah matlamat.
“DAP mempunyai peluang untuk membuat pendirian berprinsip.
Namun, parti itu sendiri tidak mampu meninggalkan kerajaan apabila peluang tersebut muncul,” dakwanya. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan:
Catat Ulasan